Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 15, 2015

PRK HOT!! : PAS "101 peratus" di belakang calon PKR.

 

Kedatangan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh telah menyuntik nafas  baru dalam Pakatan Rakyat apabila barisan pemimpin utamanya turunberamai-ramai di Guar Perahu malam tadi untuk melancarkan jentera pilihan raya kecil gabungan tersebut.

Pakatan pembangkang itu, yang dianggap oleh banyak pihak telah berpecah kerana ketegasan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud, menyaksikan barisan pemimpinnya hadir malam tadi tanpa menunjukkan sebarang tanda permusuhan.

Malam tadi, semuanya dilupakan kerana DAP dan PAS berikrar untuk turun berkempen dalam pilihan raya itu yang akan bermula selepas penamaan calon pada 25 April.

MP Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa yang mewakili PAS - dalam ucapannya - memberi jaminan bahawa PAS "101 peratus" di belakang calon PKR.



Beliau menolak dakwaan bahawa PAS bersekongkol dengan Umno, kerana Umno menyokong langkah parti itu untuk melaksanakan pindaan kepada kanun jenayah syariah di Kelantan.

Mujahid juga menyangkal laporan media yang mendakwa PAS telah diminta membantu Umno di Permatang Pauh.

Sebaliknya, Mujahid berkata, PAS tetap komited dengan rakan sekutunya dalam Pakatan.

Air mata Wan Azizah
 
Jentera pilihan raya kecil Pakatan dilancarkan dengan kibaran bendera ketiga-tiga parti dalam Pakatan dan pengisytiharan awam untuk meneruskan gerakan Reformasi.
 
Kedua-dua ketua kerajaan Pakatan - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merangkap setiausaha agung DAP dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali selaku timbalan presiden PKR, turut hadir di majlis malam tadi.
 
Bagaimanapun, tumpuan ialah pada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang disebut-sebutkan akan dipilih sebagai calon partinya untuk bertanding di Permatang Pauh.
 
Mengiringi beliau adalah barisan pemimpin Pakatan dari negeri-negeri.
 
Beliau menggesa pengundi membantu PKR mengekalkan kerusi itu yang menurutnya telah dirampas secara tidak adil dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Suaminya kehilangan kerusi tersebut selepas keluarganya gagal dalam permohonan pengampunan terhadap sabitan tuduhan liwat ke atas Anwar dan hukuman penjara lima tahun pada 10 Februari lalu.
 
mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...