Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 04, 2015

PANAS!! : Pas Segamat calon Husam sebagai Presiden

Husam Musa

SEGAMAT – Pas Kawasan Segamat sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai calon Presiden semasa Mesyuarat Agung Kawasan Pas Segamat Kali Ke-32 di Hotel Golden Lake, di sini, hari ini.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, selain Husam, sebanyak tiga nama telah dicalonkan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Datuk Husam mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 44 undi diikuti oleh Datuk Seri Abdul Hadi (36 undi) dan Datuk Dr Mujahid Yusof (satu undi). Seramai 83 ahli Pas Kawasan Segamat telah mengundi dan terdapat dua undi rosak.


“Kita melihat pencalonan ini dibuat dari peringkat akar umbi dan berharap Datuk Husam menerima dengan terbuka pencalonan ini kerana kami memang menyokong penuh beliau bertanding jawatan Presiden,” katanya.

Menurutnya, pencalonan ini juga dilihat sebagai isyarat kepada pemimpin di peringkat pusat bahawa ahli-ahli di peringkat akar umbi mahu melihat pembaharuan pada Pas dan percaya Husam boleh melakukannya.

Firdaus yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Tiga Johor berkata, Husam juga merupakan aset berguna kepada Pas kerana kebolehannya berkomunikasi dan merapatkan hubungan di antara parti-parti komponen pakatan yang lain.

“Saya yakin lebih daripada 40 kawasan Pas di seluruh negara akan menyokong Datuk Husam sebagai Presiden dan percaya setiap perwakilan juga sudah cukup matang untuk memilih siapa yang selayaknya menduduki kerusi Presiden,” katanya.

Sementara itu, Husam ketika sidang medianya berkata, sebagai pemimpin, dia berasa berbelah bahagi sekiranya tidak bertanding jawatan tersebut kerana dirinya merupakan hak bersama ahli-ahli Pas yang lain.

“Sekarang merupakan masa ahli-ahli membuat pencalonan dan tidak semestinya kita buat keputusan sekarang. Jadi, jika saya kata saya tidak mahu bertanding sekarang, perasaan ahli-ahli yang menyokong saya mungkin akan terguris.

“Saya sendiri berada di dalam dilemadan melihat pencalonan ini dibuat kerana mereka ada hak untuk berbuat demikian kerana ada di antara mereka (ahli –ahli Pas) mahu menyampaikan perasaan mereka agar dapat diberi perhatian,” katanya.

Pada mesyuarat tersebut juga, Pas Kawasan Segamat turut mengekalkan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden.

sh
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...