Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, April 08, 2015

ORANG KUAT NAJIB BERBUNYI HE HE HE HE HE...

Idris Haron

AYER KEROH - [DIKEMASKINI] Semua pihak perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui negara yang kini berdepan ekonomi tidak menentu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron berkata, rakyat tidak seharusnya menuding jari sekiranya terdapat kelemahan pentadbiran di bawah kepimpinan Najib sehingga mendesak pemimpin itu berundur, sebaliknya perlu bersatu mengembalikan kekuatan supaya negara terus seimbang membangun.

Beliau berkata, kritikan secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan Najib dilihat hanya memburukkan lagi keadaan.

“Najib perlu diberi peluang untuk mentadbir dan memimpin negara yang kini berdepan situasi sukar akibat tekanan ekonomi tidak menentu.


“Jika dahulu Tun Mahathir pun pernah dicabar Tengku Razaleigh Hamzah semasa tempoh lima tahun pertama menjadi perdana menteri, tetapi kerana tekanan diberikan itu membuatkan beliau mampu mentadbir negara sehingga 22 tahun.

"Malah, Tun Abdullah Ahmad Badawi juga mengalami situasi sama semasa bergelar perdana menteri,” katanya di sini, semalam.

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Najib akan berjaya menerajui negara secara berkesan biarpun didesak oleh pelbagai pihak untuk melepaskan jawatannya.

“Sepanjang beliau memimpin negara, pelbagai cabaran diberikan. Kita bukan sahaja pandai menuding jari tetapi perlu melihat situasi dan mengkaji kelemahan secara bersama untuk mengembalikan kekuatan.

“Berilah peluang kepada beliau untuk memimpin bagi menjadikan negara dalam keadaan lebih baik,” katanya.

‎Beliau berkata, isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dimainkan segelintir pihak untuk mendesak pemimpin itu berundur juga tidak seharusnya timbul, biarpun Najib sudah mengumumkan tiada sebarang pembelaan daripada kerajaan jika terdapat pihak yang pecah amanah.

Menurutnya, audit secara bebas dan menyeluruh ke atas akaun 1MDB dilaksanakan Ketua Audit Negara, sebelum laporan mengenainya akan diperincikan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bagi merungkai persoalan dilemparkan pembangkang dan dalam media sosial.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...