Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 20, 2015

ISU GST : AKAN KALAHKAN KERAJAAN UMNO/BN DI PRK..

 Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Dalam politik semua boleh berlaku. Dalam konteks Permatang Pauh, kejutan itu mungkin, tetapi sukar.

Demikian respon  penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff ketika ditanya keberangkalian BN untuk merampas semula kerusi Permatang Pauh daripada PKR.

Agus berkata, kenyataannya itu adalah berdasarkan faktor kini yang dilihat tidak memihak kepada BN.

“Isu-isu semasa di Permatang Pauh seperti GST, 1MDB dan isu ekonomi lainnya tidak memihak kepada BN.

“Di samping serangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya kepada Sinar Online hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dipetik sebagai berkata, BN mampu melakar kejutan di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Sementara ketika ditanya mengenai situasi di PRK  Rompin, Agus berkata, kawasan tersebut terlalu sukar untuk dimenangi Pas.

“Pas sukar menang di Rompin, kawasan tradisi Umno yang dijaga baik oleh Ahli Parlimen sebelum ini. Jika pun Pas boleh capai ialah mengurangkan majoriti BN,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei depan sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang, sementara PRK Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Manakala PRKRompin pula diadakan berikutan kematian Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih.

Dalam PRU13, Jamaluddin mengekalkan kerusi kawasan tersebut yang disandangnya sejak 23 tahun lalu, apabila mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...