Rabu, April 29, 2015

HOT!! : Pegawai SPR maut balik dari Permatang Pauh

 Pegawai SPR maut balik dari Permatang Pauh

IPOH - Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru balik dari Permatang Pauh maut selepas motosikal berkuasa tingginya terbabas di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi ketika Imran Kamili Ahmad Nazirin, 45, menunggang motosikal Harley Davidson untuk pulang ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.  
  
"Mangsa dikatakan terlanggar bongkah kayu di tengah jalan menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.


“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
  
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tapah.

sh

3 ulasan:

  1. Innalilla hiwainna ilaihiroji'un Allah lebih sayang padanya semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang soleh sebabnya jika dia dipanjangkan umur mungkin lebih banyak kerja buatnya menaikan kemarahan para calun PR (Pilihan Raya) jika tidak berlaku adil dalam menjalankan tugas ameeeen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow komen mcm hidup tak mati2.... arwah dah meninggal... carilah dia di padang mahsyar nanti kalau ramalan anda tidal tepat... apa salahnya bersangka baik... hanya kerana arwah pegawai SPR semua mula berspekulasi....

      Padam
  2. Kalau sudah tiba ajal, pukul 11:45pagi pun boleh tak nampak longgokan kayu itu. Bagaimana pula dengan pemandu-pemandu lain, tiadakah kemalangan lain lagi disebabkan tidak nampak longgokan kayu disiang-siang hari itu?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng