HOT!! PAS PERMATANG PAUH UNDANG MASALAH..

 
Rentetan kemelut kerjasama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pemuda PAS menggesa Majlis Syura parti itu menegur seorang ulama akar umbinya yang mengeluarkan 'fatwa' berkaitan hudud.

Menurut dewan itu, pandangan Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman bahawa “haram mengundi calon tolak hudud” boleh mengundang masalah kepada peluang pembangkang.

“Apa yang dia katakan boleh mewujudkan sedikit masalah, jadi kita minta teguran itu dibuat oleh Majlis Syura Ulama,” kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga berkata Badrul seharusnya merujuk kepada Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS, untuk membuat kenyataan berkaitan hukum hakam.

“Dia (Badrul) boleh rujuk Majlis Syura berkaitan hukum dan sebagainya.

“(Mereka) lebih arif mengenai perkara (hukum) tersebut,” katanya.



Muka depan akhbar

Badrul menimbulkan ketegangan apabila mengeluarkan kenyataan itu di tengah-tengah kemelut pelaksanaan hudud di Kelantan yang gagal mendapat sokongan diharapkan daripada PKR dan DAP.

PAS Permatang Pauh sebelum ini mendesak PKR memohon maaf dan menarik balik keputusan tidak menyokong rang undang-undang hudud yang mahu dibentangkan parti Islam itu di Parlimen.

PAS kawasan itu, melalui mesyuarat 19 April lalu, dilapor memberikan kata dua itu kepada PKR jika mahu mereka membantu kempen pilihan raya di kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Sementara itu, 'fatwa' Badrul itu mendapat perhatian media arus perdana apabila Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan akhbar masing-masing.

Utusan menggunakan tajuk “Haram, Berdosa jika undi calon tolak hudud” manakala Sinar pula menggunakan judul “fatwa PAS Permatang Pauh”.

Pilihan raya kecil Parlimen itu diadakan susulan Anwar sebagai penyandangnya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat selepas disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya dan dipenjarakan di Sungai Buloh.

PKR dijangka meletakkan anggota keluarga Anwar, kemungkinan besar isterinya dan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail manakala BN pula menjanjikan kejutan, yang masih dirahsiakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kawasan itu pada 7 Mei ini dan penamaan calon pada Sabtu ini.

Kawasan itu mempunyai seramai 71,890 pemilih biasa, 627 pemilih awal dan 11 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengalahkan calon BN Datuk Mazlan Ismail dan calon bebas Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

mk
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
ha mat
AUTHOR
22 April 2015 5:21 PTG delete

pi mai pi mai tangtu

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes