Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, April 13, 2015

HOT!! : PAS MASUK JERAT UMNO/BN KIKIKIKI..

 
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS wajib berunding dengan Umno apabila diajak oleh parti tersebut demi memastikan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya lagi, pemimpin dan ahli PAS tidak sewajarnya mempersoalkan keikhlasan Umno menyokong pelaksanaan hukum itu khususnya apabila rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Dewan Rakyat kelak, lapor akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

"Umno ajak kita berunding (dalam isu hudud), maka kita wajib berunding. Kalau ada pihak mengatakan (Umno) tipu, itu urusan tuhan yang mengetahuinya.

"Bagi kita (PAS), kita anggap (sokongan Umno dalam isu hudud) semuanya ikhlas. Jangan ditangguh urusan ikhlas ini," kata Hadi seperti dilaporkan oleh akhbar itu.

Abdul Hadi berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan program Nadwah Fiqh Ikhtilaf di Shah Alam semalam.

Dalam laporan yang sama, ahli Parlimen Marang itu turut mempersoalkan sikap DAP yang terus-menerus mencampuri urusan orang Islam apabila mahu PAS menangguhkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

"DAP tak setuju laksanakan hudud, minta ia ditangguh-tangguh. Kita pilih pandangan ulama bahawa hudud itu dilaksanakan ke atas orang Islam, orang bukan Islam mereka ada hak ikut undang-undang lain.

"Tetapi dia (DAP) nak ganggu juga hal mengenai orang Islam. Kita nak laksanakan hukum ini bukan seperti yang dilakukan IS (Negara Islam) dan Taliban, belum apa-apa bunuh,” katanya dalam laporan itu.
 
mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...