Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, April 28, 2015

HOT!! : JANGAN PERCAYA FITNAH MUSUH PRK PERMATANG PAUH KATA DATUK SALLEH MAN

Fitnah, tohmahan modal di Permatang Pauh?

PERMATANG PAUH - Jangan mudah percaya dengan fitnah yang muncul sepanjang tempoh kempen PRK Permatang Pauh.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man Mat Aji berkata, dalam tempoh sehari dua ini sudah ada fitnah,  tohmahan dan mungkin selepas ini banyak lagi benda akan keluar dari pihak lawan.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi lebih memahami keadaan sebenar dan tidak terpengaruh dengannya.

“Mereka sudah faham kerana kita bukan berada pada zaman 1950-an atau 60-an.

"Kita berada dalam era globalisasi yang lebih mencabar dan masyarakat faham apa yang berlaku,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera daerah mengundi (JDM)  di Permatang Tengah, malam kelmarin.


Menurutnya, pengundi perlu mengekalkan PKR di Permatang Pauh kerana mengenang khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbaik dan legasi itu akan diteruskan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...