Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, April 30, 2015

POWER!! : CALON PERMATANG PAUH JAWAB TUDUHAN JAHAT BN..

 

Calon PKR Permatang Pauh Dr Wan Azizah Ismail tampil menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Bercakap dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan di Seberang Jaya malam tadi, presiden PKR itu tampil menegaskan perkara itu.

“Jangan hina saya, saya bukan setia membabi buta,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan sekumpulan individu di Kajang, kawasan Dewan Undangan Negerinya, yang berkata beliau hanya taatkan arahan Anwar.



SAH!! : CUKAI ZALIM GST TETAP DIKENAKAN KEPADA TOPUP PRABAYAR..

kad tambah nilai

CYBERJAYA - Isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, isian semula RM10 sebagai contoh akan dijual pada harga RM10.60 termasuk GST enam peratus.
  
Halim dalam kenyataan yang dikeluarkan SKMM berkata, agak mustahil‎ untuk pembekal perkhidmatan melaksanakan perubahan dalam masa dua hari dengan kembali kepada kadar pra-GST bermula 1 Mei, seperti yang diminta.
  
"Masalah untuk kembali kepada kadar pra-GST adalah kerana kerumitan untuk membuat konfigurasi semula kepada sistem, bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektronik, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang berjumlah kira-kira 30,000," katanya.
  
Halim berkata ia juga melibatkan kos yang besar bagi pihak pembekal perkhidmatan dan ejen-ejen pihak ketiga selain stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara.
   

Rabu, April 29, 2015

HOT!! : Pegawai SPR maut balik dari Permatang Pauh

 Pegawai SPR maut balik dari Permatang Pauh

IPOH - Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru balik dari Permatang Pauh maut selepas motosikal berkuasa tingginya terbabas di Kilometer 342.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah pagi tadi.
  
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi ketika Imran Kamili Ahmad Nazirin, 45, menunggang motosikal Harley Davidson untuk pulang ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.  
  
"Mangsa dikatakan terlanggar bongkah kayu di tengah jalan menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.


Ulama Pas tidak boleh di tegur ? - Dr MAZA



Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia. Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.

Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.


BERITA BAIK : NAJIB TIDAK AKAN UNDUR...

 Najib

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak akan menyerah kalah meskipun beliau diasak dan dikritik hebat sejak kebelakangan ini.

Kenyataan tersebut yang dibuat pada akhir ucapan pembentangan ‎laporan tahunan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Angkasapuri, malam tadi itu seolah-olah memberi isyarat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau akan terus menerajui kerajaan BN.

"Sudah menjadi adat dan sunnah orang berjuang, pasti menempuh getir serta liku-liku cabaran.‎ Namun, para hadirin dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, walau dilintang dengan seribu aral,

"Biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah,

"Malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya.


Selasa, April 28, 2015

PANAS!! : NAJIB TERUS DI TEKAN..

 

Seorang lagi tokoh tampil mendesak perdana menteri supaya jangan terus berdiam diri terhadap kritikan dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi reaksi kepada kritikan dibuat Dr Mahathir.

"Najib perlu melakukan sesuatu. Sesiapa yang menjadi perdana menteri bertanggungjawab (untuk memaklumkan) kepada rakyat," katanya di sidang media selepas menghadiri forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia hari ini.

"Beliau tak boleh mendiamkan diri, kan?" katanya.

Abdullah berkata, menjadi perkara biasa bagi seseorang pemimpin menyuarakan pandangannya kepada rakyat.

Katanya, Najib perlu melakuka sesuatu bagi menangani serangan Dr Mahathir kerana jika tidak, ia akan memberi kesan buruk kepada Umno dan masyarakat.

Ditanya sama ada Najib perlu meletak jawatan sebagai perdana menteri atau sebaliknya, Abdullah berkata: "Dia mesti membuat keputusan itu."



HOT!! : JANGAN PERCAYA FITNAH MUSUH PRK PERMATANG PAUH KATA DATUK SALLEH MAN

Fitnah, tohmahan modal di Permatang Pauh?

PERMATANG PAUH - Jangan mudah percaya dengan fitnah yang muncul sepanjang tempoh kempen PRK Permatang Pauh.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man Mat Aji berkata, dalam tempoh sehari dua ini sudah ada fitnah,  tohmahan dan mungkin selepas ini banyak lagi benda akan keluar dari pihak lawan.

Bagaimanapun, beliau yakin pengundi lebih memahami keadaan sebenar dan tidak terpengaruh dengannya.

“Mereka sudah faham kerana kita bukan berada pada zaman 1950-an atau 60-an.

"Kita berada dalam era globalisasi yang lebih mencabar dan masyarakat faham apa yang berlaku,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera daerah mengundi (JDM)  di Permatang Tengah, malam kelmarin.


HOT!! : PRU14 ADALAH "TSUNAMI RAKYAT" KERANA CUKAI ZALIM GST..

 Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat sekiranya sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak ditambah baik dari segi pelaksanaannya, maka tidak mustahil BN akan berdepan ‘tsunami rakyat’.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, BN selama ini dapat bertahan kerana kehebatan dasarnya.

“Dalam politik, selama ini BN boleh bertahan biarpun menghadapi banyak isu ialah kerana ia menjaga kesejahteraan kehidupan rakyat. Di sinilah hebatnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Hebatnya Mahathir beliau tidak usik perut rakyat, manakala GST mengusik perut rakyat.

“Manakala pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, mengusik perut rakyat. Jika ini tidak diatasi segera, PRU 14 nanti, yang berlaku bukanlah tsunami Melayu, tetapi tsunami rakyat,” katanya kepada Sinar Online.


Isnin, April 27, 2015

HOT!! : "TSUNAMI MELAYU" PRU14,PRK PERMATANG PAUH DAN ROMPIN..

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diramal berdepan 'tsunami Melayu' setelah dikecewakan pengundi Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata ini susulan dasar-dasar pentadbirannya, seperti perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), menimbulkan kemarahan Melayu.

Katanya beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan maklum balas daripada orang ramai sebagai “pengunjung kedai mamak” dan sumber-sumber yang boleh dipercayai.

“Saya nampak akan kemungkinan berlakunya tsunami Melayu pada pilihan raya umum akan datang,” kata bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu itu.

Menulis dalam blognya semalam, Zainuddin berkata Najib, seperti juga pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi, berani memperkenalkan “dasar -dasar yang mencabar rakyat”.



PRK : KEMPEN ANTI GST PANAS!! DI PERMATANG PAUH

Jamu udang kara sebagai protes GST

PERMATANG PAUH - Sebagai tanda membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penduduk Permatang Pauh akan dijamu dengan udang kara (lobster) bakar dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, ia dilakukan kerana makanan orang kaya itu dikecualikan dari GST.

"Makanan orang kaya seperti udang kara tidak dikenakan GST, Sebab itu kita mengambil keputusan mungkin Rabu atau Khamis ini, kita akan adakan BBQ udang kara tanpa GST.

"Lagipun,orang Permatang Pauh jarang makan udang kara kerana ia mahal. Kami akan membawanya ke sini agar mereka dapat makan kerana tiada GST," katanya ketika berucap sebelum melancarkan bilik gerakan besar PR di Simpang Tiga Masjid Kubang Semang, malam semalam.


Ahad, April 26, 2015

GST ISU UTAMA PRK PERMATANG PAUH..

 Datuk Saifuddin Nasution Ismail

BUKIT MERTAJAM - Jentera PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini, akan terus menumpukan isu Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Beliau berkata keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dari 28 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) PKR bahawa masyarakat Permatang Pauh lebih mengutamakan isu sistem pencukaian itu berbanding isu lain.

"Penerangan jentera kita tentang isu GST dan kesengsaraan akibat GST ini adalah isu yang paling teratas sekali menerima penerimaan dan sambutan yang baik dari rakyat.

"Contoh, dengan gerakkan jentera kami dari rumah ke rumah, pasar, tempat- tempat berhimpun penduduk, dengan menyebarkan risalah seperti ini, kami dapati petunjuk yang sangat terang dan jelas bagaimana rakyat begitu resah sekali akibat pelaksanaan GST," katanya pada sidang media harian PKR PRK Permatang Pauh, di bangunan Yayasan Aman, di sini hari ini.

PANAS!! : NAJIB TERUS DISERANG..MUHYIDIN TERSENYUM..

 Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus menggantikan tempat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya pemimpin itu berundur dari jawatannya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara tersebut telah menjadi adat dalam Umno serta pentadbiran dalam kerajaan.

“Saya tidak mahu bermusuhan dengan ramai orang. Kalau ikut adat Umno, penggantinya (bagi jawatan Perdana Menteri) mestilah timbalannya.

“Tetapi kalau dia (Muhyiddin) buat perangai, dia pun akan kena juga,” katanya dalam program Bicara Negarawan yang diadakan di Kelab K, Taman Melawati di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai pengganti Najib sekiranya Najib berundur.

Beliau dalam pada itu menyuarakan gesaannya sekali lagi terhadap Najib untuk berundur dari jawatan perdana menteri.


Sabtu, April 25, 2015

HOT!! : AMARAN YB KHALID SAMAD..WAJIB BACA..


Foto Saya

Permatang Pauh dan Kemunculan ‘PAS Ekstrim’

Saya menyambut baik teguran Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini melalui FBnya terhadap tulisan saya; tanpa disebut nama. Beliau mempersoalkan sebab mengapa saya “membuat dakwaan rambang terhadap masa depan PAS berdasarkan apa yang berlaku di PRK Permatang Pauh” yang bersifat negatif pada pandangan beliau. Pada masa yang sama, beliau menegur sikap yang melukakan imej parti oleh mereka yang “melanggar keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat secara terbuka”.

Sebagai salah seorang Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sememangnya wajar menegur saya dan saya menerimanya dengan baik. Sememangnya hujjah Dato' Tuan berhubung contoh baik di Rompin adalah tepat. Begitu juga hujjah berhubung kesediaan PAS mengagihkan kekuatannya di antara Rompin dan Permatang Pauh sebagai bukti keutuhan PR adalah juga benar. Namun masalahnya adalah, di Rompin, PAS yang bertanding dan PKR serta DAP memberikan sokongan yang padu, tetapi ianya tidak sebegitu di Permatang Pauh. Begitu juga kesediaan PAS Pusat mengagihkan kekuatan PAS sebahagian ke Rompin, membantu calon PAS dan sebahagian ke Permatang Pauh, membantu calon PKR adalah tidak selari dengan sikap PAS Permatang Pauh dan khususnya DPP Pulau Pinang.

Kewujudan sikap berbeza seperti yang dizahirkan DPP Pulau Pinang, yang saya gelar sebagai sikap ‘PAS Ekstrim’, adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan mana-mana pihak, termasuk Dato' Tuan di atas sebarang alasan sekalipun. Saya hanya ingin memberikan amaran bahawa sekiranya perwakilan PAS tidak berhati-hati dalam pemilihan yang akan datang, maka sikap ‘PAS Ekstrim’ akan menguasai kepimpinan PAS. Maka selepas itu contoh baik seperti yang ditunjukkan di Rompin serta oleh PAS Pusat dewasa ini yang mengagihkan kekuatan untuk membantu rakan PRnya di Permatang Pauh mungkin tidak akan lagi kelihatan.


Nasihat : Ulama Pas, Tidak salah undi PKR

 Dr Abu Bakar Abdullah

KUALA TERENGGANU - Selagi tiada keputusan dikeluarkan Majlis Syura Ulama dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak salah bagi ahli Pas mengundi calon PKR dalam PRK Parlimen Permatang Pauh.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah, yang meminta semua pihak merujuk kepada kedua-duanya mengenai isu dikeluarkan oleh Ketua Urusan Ulama Pas Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman berhubung fatwa pengharaman mengundi calon menolak hudud.

“Rujuk pada Majlis Syura dan juga presiden. Jangan mendahului kepimpinan. Masing-masing boleh bagi pendapat dan kita tidak boleh menghilangkan orang yang mahu beri pendapat atau pandangan, tetapi sebaik-baik pandangan dan pendapat hendaklah dibuat oleh pihak berautoriti.

“Dari segi asasnya, tahalluf siyasi masih berjalan dan kerjasama politik diteruskan sehingga kini. Setakat ini, tidak timbul perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

HOT!! : KEJUTAN PRK PERMATANG PAUH..

 

Seperti dijangka, PKR mengumumkan presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh.

Ini bermakna, Wan Azizah bakal bertanding untuk kerusi ini buat kali ketiga.

Timbalan presiden parti, Azmin Ali mengumumkan perkara itu dalam acara di Arena Seberang Perai, Seberang Jaya pada malam ini.

Dalam ucapannya di acara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau membawa amanat Anwar yang mahu "perjuangan diteruskan".

Katanya, itulah pesan Anwar kepadanya ketika beliau melawat ketua umum PKR itu di Penjara Sungai Buloh petang ini.

Katanya, Anwar juga menyampaikan salam kepada seluruh rakyat Permatang Pauh dan memintanya supaya sentiasa kuat.

"Dia suruh saya balik (Permatang Pauh) dan kuat kerana ada perjuangan yang perlu diteruskan," katanya.


Jumaat, April 24, 2015

PEMUDA PAS : JANGAN BOIKOT PRK PERMATANG PAUH..

PERMATANG PAUH: MEDAN PROTES RAKYAT, JANGAN BOIKOT

JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK menggesa seluruh jentera mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk membantu gerak kerja pilihanraya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Kami tidak mahu berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya termasuklah boikot daripada mana-mana jentera daripada negeri Perak yang telah diamanahkan bertugas mengikut jadual ditetapkan.

Pemuda PAS Perak berharap semua dapat wala' kepada keputusan Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kita bertugas di Permatang Pauh.

Harus diingat, PAS mempunyai satu kerusi di dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu Dun Permatang Pasir dan gerak kerja ini adalah salah satu usaha mengekalkan kemenangan PAS Dun itu.
 

TEGURAN!! : ULAMA NASIHAT PAS PERMATANG PAUH..


 

 Pandangan bahawa haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh seperti yang dinyatakan seorang pemimpin akar umbi PAS, perlu dikaji lebih mendalam, kata Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah itu berkata sesuatu hukum agama tidak boleh dijatuhkan dengan mudah tanpa penerangan terperinci kerana akan mengelirukan masyarakat, lapor Sinar Harian hari ini.

"Sememangnya akan jatuh haram menyokong calon yang menolak perlaksanaan hudud secara ingkar dalam keadaan dia menyakini hukum itu dari Allah.

"Jika seseorang itu menolak asas hudud seperti potong tangan untuk mencuri, itu bahagian asas hukum yang tidak boleh ditolak.

“Namun jika yang ditolak adalah hukum ranting seperti jumlah yang dicuri atau lain-lain kaedah sabitan bersifat jihad (proses penyelidikan), bagi saya itu belum boleh dianggap tolak hudud serta jadi haram menyokong calon terbabit," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Khamis, April 23, 2015

HOT!! : RANCANGAN JAHAT UMNO DI BONGKAR!!!

 

Suasana sukar yang dilalui oleh PAS hari ini adalah merupakan antara ujian paling getir yang pernah dilaluinya.

Suasana PAS dalam keadaan sekarang tidak meninggalkan kita banyak pilihan ia hanya dua iaitu antara PAS undur ke belakang atau PAS maju ke depan.

Pencapaian PAS tidak pernah difikirkan oleh pemimpin PAS sebelum ini apabila dengan izin Allah adanya Pakatan Rakyat telah membolehkan PAS berada pada tahapnya hari ini.

Di Pulau Pinang walaupun berbekalkan hanya satu kerusi PAS dapat berperanan sebagai kerajaan berbanding dengan Johor yang ada empat kerusi PAS namun peranannya adalah sebagai pembangkang sahaja.

Pencapaian PAS dalam memecahkan tembok perkauman dipermudahkan dengan adanya PR di mana telah terbukti di tempat yang kerusi campuran PAS berjaya menembusi dengan sokongan pengundi Cina dan India.

Sentimen pengundi Cina dan India banyak dipengaruhi oleh asakan Pakatan dan manisfesto yang dibawa. PAS telah berjaya memanfaatkan sokongan ini apabila ia bersama PR dan berjaya mendapat sokongan pengundi bukan Melayu.



PANAS!! : MP BN DESAK NAJIB BUBAR PARLIMEN..

 

Perdana Menteri boleh "membersihkan" tanggapan negatif terhadap diri, keluarga dan pentabdirannya dengan mengadakan pilihan raya lebih awal, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, Datuk Seri Najib Razak boleh mengambil jalan singkat membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya bagi mendapatkan mandat baru.

"Persoalan yang timbul ialah, sama ada hayat pemerintahan BN dan Umno boleh dipastikan bagi melanjutkan pemerintahan demi kepentingan parti terus terjamin," katanya dalam blog beliau.



Rabu, April 22, 2015

HOT!! : AHLI PAS DI SERU MENGUNDI PKR DI PERMATANG PAUH...

 Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Ahli PAS perlu mengundi calon PKR di Permatang Pauh

Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum.

PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.

Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.

Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru. Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.

HOT!! PAS PERMATANG PAUH UNDANG MASALAH..

 
Rentetan kemelut kerjasama Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Pemuda PAS menggesa Majlis Syura parti itu menegur seorang ulama akar umbinya yang mengeluarkan 'fatwa' berkaitan hudud.

Menurut dewan itu, pandangan Ketua Urusan Ulama PAS Permatang Pauh Badrul Abdul Rahman bahawa “haram mengundi calon tolak hudud” boleh mengundang masalah kepada peluang pembangkang.

“Apa yang dia katakan boleh mewujudkan sedikit masalah, jadi kita minta teguran itu dibuat oleh Majlis Syura Ulama,” kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau juga berkata Badrul seharusnya merujuk kepada Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS, untuk membuat kenyataan berkaitan hukum hakam.

“Dia (Badrul) boleh rujuk Majlis Syura berkaitan hukum dan sebagainya.

“(Mereka) lebih arif mengenai perkara (hukum) tersebut,” katanya.



HOT!! : AHLI DAN PEWAKILAN PAS WAJIB BACA...


 


Tranungkite - Sikap yang ditunjukkan Pemuda PAS Pulau Pinang dan kawasan Permatang Pauh dalam menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh adalah wajah baharu parti Islam itu sekiranya kumpulan tertentu dipilih dalam muktamar Jun nanti, kata Khalid Samad.

 "Inilah wajah baharu PAS dalam konteks hubungan dengan Pakatan Rakyat jika kumpulan baharu dipilih sebagai Jawatankuasa PAS Pusat dalam muktamar PAS ke 61 Jun nanti.

"Merekalah yang akan menggantikan wajah-wajah seperti Dr Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin, Mujahid Yusof Rawa dan pimpinan lain yang digelar 'Jebon' dan 'Parasit'," kata ahli jawatankuasa PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider. Pemuda Pulau Pinang pimpinan Yusni Mat Piah dan kawasan Permatang Pauh pimpinan Omar Osman mengambil sikap tidak memberikan kerjasama kepada PKR dalam menghadapi PRK akan datang, walaupun PAS Pusat memutuskan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon PKR di situ.

Selasa, April 21, 2015

HOT!!! : ULAMA PAS DESAK SEMAK SEMULA FATWA CUKAI ZALIM GST..

 

Bersediakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang cara perbelanjaan kerajaan berdasarkan kepada Laporan Audit Negara sejak 10 tahun lalu?

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata jika negara berdepan masalah kewangan, apa yang mesti dikaji ialah bagaimana negara berbelanja.

“Selagi kerajaan tidak berbelanja secara berhemah, sampai bila pun negara tidak akan memiliki hasil dan pendapatan mencukupi walaupun cukai dikutip bernilai berbilion ringgit," katanya dalam satu kenyataan.



PANAS!! : MAJLIS FATWA NAJIB ULANGI CUKAI ZALIM GST " HARUS"..

 

Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekali lagi mengulangi bahawa hukumnya harus untuk kerajaan mengutip Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pengerusinya Tan Sri Abd Shukor Husin berkata majlis itu tidak menafikan bahawa terdapat golongan kurang bernasib baik dan oleh kutipan cukai boleh membantu mereka.

Katanya, setelah mengkaji pandangan berbeza-beza yang dikemukakan ramai sarjana, MFK berpendapat harus mengenakan GST dengan beberapa syarat.

Antara syarat itu, kata Shukor, kerajaan harus komited menegakkan syariat Islam, terdapat keperluan kewangan dan demi kebaikan awam dan bukan untuk tujuan maksiat.



Isnin, April 20, 2015

HOT!! : KENYATAN TERKINI YB KHALID SAMAD

Sehari dua ni ‘naik’ betul nama saya di Berita Harian dan Utusan Malaysia. Walaupun saya tidak berhubung dengan mereka sejak berakhirnya sidang Parlimen pada 9 April. Turut dimuatkan pula kisah saya dan TGHH dimuka hadapan Berita Harian dua hari berturut-turut. Juga rajin betul Utusan membaca dan memetik dari Blog saya dan menyiarkan artikel saya dalam akhbar mereka, walaupun tidak sepenuhnya.

Artikel Pertama: BH 17 April “Khalid Persoal Hadi”

Sebenarnya saya tidak persoal apa-apa. Saya hanya menjelaskan keadaan apabila ditanya wartawan.

Saya ditanya oleh wartawan samada saya tahu mengenai ‘Private Member’s Bill’ atau ‘Usul Undang-Undang Persendirian’ yang diserahkan kepada TS Speaker Dewan Rakyat pada 18 Mac sebelum ianya diserahkan. Saya jawab saya tidak diberitahu dan Setiausaha Agung pun telah sebut bahawa beliau pun tidak tahu. Begitu juga ketua whip Ahli Parlimen, Dato Mahfuz Omar juga telah mengesahkan bahawa beliau tidak tahu. Kami hanya dimaklumkan secara rasminya pada 30 Mac semasa mesyuarat AJK PAS Pusat.

Maka ditanya lagi “sebagai AJK PAS Pusat dan Ahli Parlimen, tidakkah sepatutnya kamu diberitahu?” Saya jawab, “itulah sebaiknya, tetapi saya yakin TGHH telah berbincang dengan yang lain, saya tidak tahu siapa dan menyerahkan usul itu agak cepat atas sebab kekangan waktu. Ada tempoh 14 hari notis yang perlu dipatuhi”.

Jawapan saya yang sebegini dilaporkan wartawan BH sebagai “Khalid Persoal Hadi”. Nampak gaya sudah semakin desperate pihak tuan kepada BH (UMNO) untuk melaga-lagakan saya dengan TGHH.


ISU GST : AKAN KALAHKAN KERAJAAN UMNO/BN DI PRK..

 Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Dalam politik semua boleh berlaku. Dalam konteks Permatang Pauh, kejutan itu mungkin, tetapi sukar.

Demikian respon  penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff ketika ditanya keberangkalian BN untuk merampas semula kerusi Permatang Pauh daripada PKR.

Agus berkata, kenyataannya itu adalah berdasarkan faktor kini yang dilihat tidak memihak kepada BN.

“Isu-isu semasa di Permatang Pauh seperti GST, 1MDB dan isu ekonomi lainnya tidak memihak kepada BN.

“Di samping serangan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya kepada Sinar Online hari ini.


HOT!! : DR M HINA ORANG PERMATANG PAUH..

 Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad optimis BN tidak menghadapi masalah untuk terus mempertahan kerusi Parlimen Rompin pada PRK itu 5 Mei depan.

Beliau berkata, ini kerana BN mempunyai sokongan kuat pengundi kawasan itu terhadap kepimpinan bekas Ahli Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis sejak 1990. 

"Di Rompin, sokongan BN masih ada...pasti menarik untuk tahu marginnya kali ini," katanya kepada pemberita pada forum antarabangsa 'Mendampingi Golongan Muda Untuk Menjenayahkan Perang dan Mentenagakan Keamanan' di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.   

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian Jamaluddin dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas.


Ahad, April 19, 2015

HOT!!! HOT!! : BERITA SEDIH BUAT KERAJAAN ZALIM UMNO

Mohamad Sabu

PADANG TERAP - Pas Pulau Pinang bersetuju dan menyokong sesiapa sahaja calon PKR yang bakal bertanding pada PRK Permatang Pauh.

Pesuruhjayanya, Mohamad Sabu berkata, ketetapan itu dibuat bagi membolehkan PR terus menguasai kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Kalau ada ahli yang tidak sokong calon yang dicadangkan PKR, tidak mengapa kerana ia tidak mewakili keputusan parti.

“Akhirnya setelah keputusan dibuat, kita akan bersatu dan menyokong mana-mana calon yang dipilih PKR untuk bertanding,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas, di sini hari ini.


Sabtu, April 18, 2015

KEMPEN KOTOR PEMILIHAN PAS : BUKAN AKHLAK ISLAM..HOT!!!

 
Di sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses pemilihan parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, malah ia didakwa bukanlan perkara baru.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin mengambil kesempatan.
 
“Cerita label melabel sesama ahli PAS memang sudah lama berlaku. Bukan ketika pemilihan kali ini saja. Sebelum pemilihan pun ini sudah berlaku.
 
“Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
 
Kelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.
 
Ahmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata, pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan berat sebelah.
 

USTAZ AHMAD AWANG PERLU DIANGKAT MENJADI PRESIDEN PAS..PENTING!!

 

Pengalaman beliau didalam organisasi Ngo Islam dan didalam parti.

Di samping menjalankan tugas-tugas rasmi dalam perkhidmatan kerajaan, Ustaz Ahmad Awang aktif menyertai dan menerajui pertubuhan-pertubuhan NGO di pelbagai bidang khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan.

Di antaranya beliau menerajui pimpinan Persatuan Ulama Malaysia selama kira-kira 17 tahun, dan Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan lebih 20 tahun. Lain-lain pertubuhan yang pernah beliau pimpin adalah Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Persatuan Bekas Pelajar Maahad Al-Ehya’ Ash-Shariff Gunung Semanggol dan Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaya.

1MDB KAJIAN : NAJIB PALING DIPERSALAHKAN..PANAS!!


Kebanyakan orang tidak tahu untuk menyalahkan pihak mana dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun, kebanyakan mereka paling banyak menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tinjauan pusat penyelidikan bebas Merdeka Center bersama stesen radio BFM, mendapati 52 peratus responden tidak pasti siapa harus dipersalah.



Jumaat, April 17, 2015

MESEJ JELAS!! : CALON PRESIDEN PAS


Ustaz Ahmad Awang: Fahami Awlawiyyat Politik, Perkukuhkan Pakatan Rakyat


Veteran PAS tegur 'perosak' Pakatan

Saya mengikuti dengan penuh kehairanan dan kebimbangan, perkembangan mutakhir hubungan antara anggota parti-parti Pakatan Rakyat.

Ia kelihatan seolah-olah perbalahan antara ketiga-tiga parti lebih diutamakan pemimpin-pemimpin tertentu berbanding dengan berbalah dengan Umno/BN!

Sedangkan Umno/BN adalah merupakan musuh bersama, yang mana untuk menghadapi mereka, Pakatan dibentuk.

Saya tidak tahu sama ada perbalahan bersama ini ditimbulkan atas sebab adanya agenda tertentu mereka yang berbalah, atau atas sebab mereka menganggap perbalahan adalah cara terbaik untuk mengukuhkan Pakatan.

Sekiranya mereka berbalah dengan penuh kesedaran bahawa perbalahan ini akan merosakkan Pakatan, maka saya anggap mereka gagal memenuhi tugasan mereka sebagai pemimpin yang bijak dan berhemah.

Sebagai pemimpin tanggungjawab dan kewajipan utama kita, dalam suasana politik semasa, adalah untuk mengukuhkan Pakatan.

Ini adalah kerana usaha membebaskan rakyat dari penindasan dan kezaliman Umno/BN akan hanya mampu dilaksanakan melalui Pakatan buat masa ini.

 

Khamis, April 16, 2015

TERBAIK!! : PAS SOKONG PKR DI PRK PERMATANG PAUH..menangis umno kah kah kah

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM – Pas menyerahkan kepada rakannya PKR untuk menentukan calon sesuai bagi PRK Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi Pas, mereka akan menyokong siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PKR.
“Mesyuarat Pas Pusat juga telah sepakat menyerahkan (pemilihan calon) kepada PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

HOT!! : MENTERI GST DAH TERASA BAHAMNYA..KAH KAH KAH KAH...

 

Umno akan mengadakan penerangan dan penjelasan besar-besaran berhubung pelaksanaan cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menghalang cubaan pembangkang daripada menyebarkan maklumat tidak tepat semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata pihaknya yakin penerangan dan penjelasan yang diberi akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat khususnya penduduk.

"Sudah tentu GST akan menjadi sebahagian daripada isu utama yang akan dibangkitkan pakatan pembangkang sepanjang tempoh berkempen namun kami akan cuba sedaya upaya untuk memberi penerangan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat tentang GST hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau yakin akan dapat membuktikan bahawa GST adalah jauh lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikenakan sebelum ini.



Rabu, April 15, 2015

POWER!! : SUHAKAM TEGUR KERAJAAN BN..

 himpunan kita lawan

Kerajaan digesa memberikan jaminan kebebasan berhimpun yang merupakan hak rakyat Malaysia bagi tujuan mewujudkan keseimbangan terhadap perbezaan.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) melalui Laporan Tahunan 2014 mengharapkan agar kerajaan melalui pimpinan Barisan Nasional dapat memberikan layanan sama rata kepada peserta himpunan aman.

“Suruhanjaya menyatakan harapan agar keseimbangan hak di antara kumpulan-kumpulan berbeza yang terlibat di dalam tunjuk perasaan aman akan dapat dicapai.

“Walaupun pihak polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk perasan, Suruhanjaya berharap agar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut, amalan terbaik serta norma antarabangsa mengenai kebebasan berhimpun dapat dipatuhi,” memetik laporan tahunan tersebut.

PRK HOT!! : PAS "101 peratus" di belakang calon PKR.

 

Kedatangan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh telah menyuntik nafas  baru dalam Pakatan Rakyat apabila barisan pemimpin utamanya turunberamai-ramai di Guar Perahu malam tadi untuk melancarkan jentera pilihan raya kecil gabungan tersebut.

Pakatan pembangkang itu, yang dianggap oleh banyak pihak telah berpecah kerana ketegasan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud, menyaksikan barisan pemimpinnya hadir malam tadi tanpa menunjukkan sebarang tanda permusuhan.

Malam tadi, semuanya dilupakan kerana DAP dan PAS berikrar untuk turun berkempen dalam pilihan raya itu yang akan bermula selepas penamaan calon pada 25 April.

MP Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa yang mewakili PAS - dalam ucapannya - memberi jaminan bahawa PAS "101 peratus" di belakang calon PKR.



Selasa, April 14, 2015

BERITA PANAS!! : BENARKAH DAKWAAN INI ?? JIKA BENAR PAS SUDAH PARAH!!!

 

Ahmad Awang, calon yang sejak awal diramal mampu memberi saingan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mula bersuara.

Bagaimanapun, ketika teka-teki sekitar kesediaannya bertanding tidak dinyatakan secara muktamad, beliau membangkitkan pula dakwaan kempen kotor dan berat sebelah menjelang pemilihan parti itu Jun ini.

"Kalau bertanding (mesti) nak menang, tetapi kalau keadaan ini dibiarkan tiada maknanya. Mesti kalahlah.

“(Mereka) guna ulama, buat aktiviti khusus untuk menangkan Ustaz Hadi. Macam kita ini, (siapalah sangat)," katanya yang masih mempertimbangkan mencabar pemimpin nombor satu PAS itu.

Daripada kira-kira 30 daripada 191 kawasan, Ahmad semalam layak bertanding selepas mendapat pencalonan daripada kira-kira 3 kawasan PAS.

Hadi selesa dengan sekurang-kurangnya 22 pencalonan manakala Naib Presiden Husam pula mendapat sekurang-kurangnya 9 pencalonan.



FATWA GST : HOT!! USTAZ UMNO CABAR ULAMA PAS...LAYAN..KIKIKIKI...

Fathul Bari

SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan pimpinan Pas dicabar mengeluarkan fatwa bahawa semua cukai di bawah pentadbirannya adalah haram sebelum menyanggah hukum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada masa ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Pas Kelantan tidak sewajarnya menyalahgunakan dalil untuk menyerang pelaksanaan cukai baharu itu sahaja tanpa pemahaman mendalam.

"Sebenarnya, nas-nas tersebut adalah bersifat umum terhadap apa-apa cukai, jadi kenapa ditumpukan kepada GST sahaja, saya melihat ini ada usaha-usaha politik.

"Kalau hendak cakap cukai itu haram, saya minta Kerajaan Kelantan bercakap haram ke atas semua cukai, cukai pendapatan haram...cukai pintu haram...haramkan semua cukai, kenapa GST sahaja, tolong jangan selektif," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Isnin, April 13, 2015

HOT!! : BERITA INI MEMBUAT KERAJAAN ZALIM BN PENING...HA HA HA HA...

 Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
 
KUALA LUMPUR - "Kerusi itu kerusi (milik) PKR sejak awal lagi. Kita sudah buat keputusan tidak akan ganggu kerusi rakan kita," tegas Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Beliau menjelaskan pihaknya, turut merancang untuk membantu PKR memperkukuhkan kubu di Permatang Pauh.
 
"Kita tidak akan kacau kerusi rakan kita, bahkan kita turut bagi kerjasama untuk PKR memenangi pilihan raya tersebut.
 
"Ini juga menunjukkan bahawa kemampuan untuk bekerjasama antara Pas dan PKR masih wujud," katanya ditemui selepas sidang media hari ini.
 
Dalam pada itu, beliau turut  menyuarakan keyakinan dalam kemenangan PKR di Permatang Pauh.
 

HOT!! : PAS MASUK JERAT UMNO/BN KIKIKIKI..

 
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS wajib berunding dengan Umno apabila diajak oleh parti tersebut demi memastikan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Katanya lagi, pemimpin dan ahli PAS tidak sewajarnya mempersoalkan keikhlasan Umno menyokong pelaksanaan hukum itu khususnya apabila rang undang-undang persendirian berkaitan hudud dibentangkan di Dewan Rakyat kelak, lapor akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

"Umno ajak kita berunding (dalam isu hudud), maka kita wajib berunding. Kalau ada pihak mengatakan (Umno) tipu, itu urusan tuhan yang mengetahuinya.

"Bagi kita (PAS), kita anggap (sokongan Umno dalam isu hudud) semuanya ikhlas. Jangan ditangguh urusan ikhlas ini," kata Hadi seperti dilaporkan oleh akhbar itu.

Abdul Hadi berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan program Nadwah Fiqh Ikhtilaf di Shah Alam semalam.

PRK : Perpecahan dalam PR beri manfaat kepada kerajaan zalim BN

puad

PERMATANG PAUH - Isu 'perpecahan' dalam PR dilihat memberi manfaat untuk Barisan Nasional (BN) memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, parti sekutu dalam PR masih tidak dapat menyelesaikan masalah seperti isu Pas dengan DAP, PKR dan masalah dalaman Pas.

"Pihak pembangkang juga ada banyak isu seperti hudud... jadi kelebihan itu adalah sama rata," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama ketua cawangan dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Mengkuang, di sini hari ini.

Sabtu, April 11, 2015

KERANA CUKAI ZALIM GST PERNIAGA MENGELUH..

 IMG-20150410-WA0005

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sejak 10 hari lalu mengundang pelbagai rungutan daripada masyarakat.
Namun kali ini berbeza pula situasinya apabila peniaga kad tambah nilai pra bayar pula mengeluh berikutan pelaksanaan cukai baru itu.

Tinjauan The Rakyat Post di Kompleks Pertama mendapati, senario boikot jualan kad tambah nilai pra bayar dilihat semakin menular dalam kalangan peniaga.

Sebahagian besar pengunjung yang menggunakan perkhidmatan tersebut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan drastik yang diambil para peniaga di sini yang memboikot produk berkenaan.
Sebelum ini, tersebarnya beberapa foto premis jualan di laman sosial yang mempamerkan notis enggan menjual kad tambah nilai pra bayar disebabkan kadar GST yang didakwa menekan para peniaga.

HOT!! : LAGI SERANGAN KEPADA NAJIB...PARAH!!

 

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpandangan, para penyokong Datuk Seri Najib Razak kini mungkin hanya menunjukkan sokongan yang dibuat-buat kepada perdana menteri itu.

Menurut bekas penasihat ekonomi negara itu, anggota Umno sememangnya akan menyatakan sokongan kepada presiden yang berkuasa pada masa itu.

Daim bagaimanapun memberi amaran bahawa tindakan ini mungkin tidak mencerminkan sentimen sebenar anggota berkenaan.

“Kalau (seseorang) menjadi presiden, ada kuasa, di hadapan memang mereka sokong. Di belakang kita tidak tahu. Umno ini caranya memang begitulah



Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive