Ahad, Februari 22, 2015

HOT!! : SETAN MELAYU DIKENALI KIKIKIKIKIKI...

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak

GEORGETOWN - Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) meminta Pas meletakkan calon di PRK Permatang Pauh bagi mengelak ketandusan calon dan penguasaan legasi keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, calon Pas harus diberi peluang bertanding di Permatang Pauh kerana majoritinya adalah pengundi Melayu.

"Jika dinilai dari sudut penyokong dan sejarah pilihan raya, pengundi Pas adalah golongan majoriti di parlimen berkenaan dan dengan meletakkan calon Melayu ia boleh menjadi penyumbang kepada kemenangan calon," katanya.

Menurutnya, masalah pemilihan calon dari Pas bukanlah satu masalah kerana Pulau Pinang mempunyai pemimpin Pas yang berkaliber.

"Ramai calon Pas dari negara ini layak termasuk Pesuruhjaya Pas Negeri.

“Cadangan ini dibuat berdasarkan kepada tahaluf siyasi dan dasar persefahaman yang menjadi mekanisme perjuangan komponen parti,” katanya.

Rahmad berkata, bagi calon BN pula, parti itu perlu menampilkan calon yang boleh menambat hati pengundi.

"Mereka perlu pilih calon dari anak tempatan dan 'calon boleh menang' yang diterima semua kaum," katanya.

sh

IKLAN PENAJA : JOM BERDAFTAR DENGAN KEDAI ONLINE...TERUS MENDAPAT BONUS RM400.00..CEPAT TERBARU!! TERKINI!!

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng