Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Februari 09, 2015

Allahu Akbar!! : Hudud di Kelantan tidak akan ditangguh

Ahmad Yakob
 
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan tidak akan menangguhkan perlaksanaan Enakmen Syariah II walaupun mendapat cadangan daripada pihak tertentu yang mahukan agenda banjir diselesaikan terlebih dahulu.
 
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, enakmen yang diluluskan pada 1993 adalah amanah rakyat Kelantan sebagaimana suruhan dalam Al-Quran.
 
Katanya, kewajipan untuk melaksanakannya seumpama solat lima waktu yang tidak boleh dipertikaikan syariatnya.
 
“Solat wajib didirikan walaupun musibah melanda dan tidak boleh melengah-lengahkan apatah lagi mengesampingkannya dengan alasan  untuk memberi laluan kepada semua mangsa musibah memperoleh hak kebajikan mereka secara sempurna. 
 
“Begitulah juga hukum syariah termasuk Kanun Jenayah Syariah yang bakal dilaksanakan di Kelantan. Usaha menegakkannya di muka bumi ini mesti berjalan seiring dengan agenda kebajikan dan kemasyarakatan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan banyak pihak termasuk beberapa kepimpinan Pas yang mahu perlaksanaan hudud ditangguhkan dan memberi keutamaan kepada isu pasca banjir.
 
Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, amanah itu perlu diselesaikan setelah diberikan kepercayaan dan tanggungjawab untuk melaksanakannya sejak 20 tahun lalu.
 
Dalam pada itu Ahmad berkata, dalam tempoh pemulihan daripada banjir, kerajaan negeri akan tetap meneruskan sidang Dun khas Mac ini bagi pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015),  yang terpaksa ditangguhkan pada penghujung Disember lalu.
 
“Masyarakat terutamanya umat Islam perlu yakin bahawa hanya undang-undang ALLAH sahaja yang mampu menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh masyarakat hari ini sama ada dalam kes jenayah ringan atau berat.
 
“Agenda kebajikan kepada rakyat pasca banjir diteruskan sebagaimana jadual kerajaan seiring dengan usaha ke arah pelaksanaan kanun jenayah syariah ini, saya dan seluruh kepimpinan di peringkat Kerajaan Negeri meneruskan perjuangan murni ini dan ia menjadi agenda utama kami,” katanya.
 
sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...