Khamis, Oktober 16, 2014

"Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin," - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul AM PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah terserah kepada mana-mana pihak jika mahu memilih keluar dari parti itu dan parti tidak boleh menghalang.

Bagaimanapun katanya, jika ahli itu merasa tidak puas hati kerana terdapat perkara yang dianggap tidak betul, seharusnya mereka membaiki PAS dari dalam dan bukannya dengan keluar parti.

"Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin," kata ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), di sini hari ini.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sepatutnya ia dijadikan medan bagi umat Islam untuk berkhidmat kepada agamanya.

“Saya sendiri kenal dia (Tamrin) sewaktu dia membawa ayahnya (Allahyarham Tun Gafar Baba) datang berjumpa dengan saya dua kali sewaktu arwah masih hidup.

“Tun ketika itu telah berkerusi roda dan ditolak Tamrin. Datangnya hanya semata-mata datang dan tidak bercakap kerana mungkin beliau tidak mampu lagi untuk bercakap,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Tamrin yang menghantar surat keluar dari PAS semalam.

hd

6 ulasan:

  1. Nak betulkan dari dalam kena singkir yg top2 dulu. Mungkinkah kalau politik amalan Pas seperti sekarang ini?

    BalasPadam
  2. salah parti Pas je yg nmpk..yg len suma parti maksum termsuk dap..presiden Pas ngan ulama kalo nk duk dlm pr kene ikut ckap nuar je..x bole bg idea len..kalo nuar nk wat prk guna duit rkyt suma kene ikut..nuar ngan org cina bole blembut,dgn pemimpin Pas .ini xbole,itu x bole.ak rsa yg patut singkir yg top2 tu parti belah sana..laki cita2 nk jd pm,bini cita2 nk jd mb..ank cita2 nk jd org yg suka meluat kt org agama

    BalasPadam
  3. Parti penabur fitnah dan menikam kawan.TAPI BISU DI PARLIMEN

    BalasPadam
  4. Kadang2 awal umur seseorang itu dia bijak, warak dan penghujung nya di jadi liability atau bebanan yang menyusahkan.

    Sepatut nya Nik Aziz nasihati Hadi dan terutama Abduh.

    Jangan jadi orang tua nyanyok yg guna pamper

    BalasPadam
  5. Dulu aku undi PAS.Skrg aku harap ada parti Islam yg lain.PAS parti lupa diri dan angkuh bila di beri kemenangan.

    Konon kuat, di mana PAS kuat? Adakah kerana memerintah Kelantan yg di menangi bersama Perpaduan Ummah?

    BalasPadam
  6. Nik Aziz dah nyanyok ni

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng