Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 10, 2012

PRU13: 40% calon Pas orang muda

012
Menjelang PRU 13
Menjelang PRU 13 
 
KUALA LUMPUR - Pas akan membariskan kira-kira 40 peratus calon golongan muda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Setiausaha Dewan Pemudanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau berkata ,inisiatif meletakkan calon di bawah 40 tahun untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) dibuat bagi memanfaatkan bakat yang ada serta pendapat bernas golongan itu selain memberi lebih ruang kepada generasi baru itu bersuara dalam arena politik Malaysia.

"Kalau dapat, kami akan tonjolkan calon berpotensi (mewakili PAS) daripada Dewan Pemuda Pas pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Kali Ke-53 di Kelantan pada pertengahan bulan ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Muktamar Dewan Pemuda Pas akan diadakan pada 14 dan 15 November di Kota Baru, Kelantan, sementara Muktamar Agung Pas akan diadakan pada 16 hingga 18 November, bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' di Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Memang fokus (muktamar) adalah pilihan raya. Harapannya selepas muktamar, kami akan gariskan beberapa perkara dan ia akan memberi tonik baharu kepada perwakilan," kata Khairul Faizi./SinarHarianOnline

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...