Rabu, November 07, 2012

Penjelasan Dr Mujahid Yusof Rawa Yang Berforum Bersama YB Nurul Izzah Anwar


 Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa

Isu Izzah: Rumusan tidak bertanggungjawab, kata Dr Mujahid
SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan  “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.

"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.

"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.

"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya./SinarHarianOnline

 KUMPULAN BAKAL JUTAWAN ONLINE.. BERMINAT DAFTAR SEKARANG!!

2 ulasan:

  1. Hampa telah buka jalan kat puak yang banggang, aku baru tengok berita tv tiga diutas oleh utazah umno yang membolehkan melacur jika dharurat tu dia pun benggong juga bercakap dalam parlemen tapi katanya dia hanya dengar dari sumber utusan meloya saja, tak ka benggong namanya tu, kalau nak komen atau nak jawab dalam parlemen carilah sumber yang betul baru buat komen ,sama saja ulamak-ulamak semak unmo .

    BalasPadam
  2. dah kantoi.. kurang lagi undi utk pakatan.. best lagi lakonan izzah dlm ombak rindu.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng