Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 03, 2012

Panas!!! Skandal RM40 juta, Umno ulang kesilapan NFC

KUALA LUMPUR 2 November: Pemimpin BN mengulangi kesilapan sama berdolak dalik menjawab skandal RM40 juta untuk Umno Sabah sepertimana isu National Feedlot Corporation (NFC), kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Seperti dalam kes NFC, mereka pada mula seboleh-boleh menafikan kebenaran kes itu, namun akhirnya terbongkar juga, samalah dalam isu (skandal RM40 juta) ini, kerana itu sahaja jalan yang mereka ada.

“Mereka boleh terus menafikan, tapi mereka sendiri tahu, kita ada bukti dan perkara ini akan terbongkar hari demi hari,”

katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya isu RM40 juta disumbangkan seorang ahli perniagaan kepada Umno Sabah hanya ‘permainan pembangkang’.

KEADILAN sebelum ini membuat laporan kepada Bank Negara berhubung skandal wang RM40 juta milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menggesa perkara itu disiasat.

Pada 2008, ahli perniagaan, Michael Chia ditahan di Hong Kong bersama wang Singapura bernilai RM40 juta atas tuduhan pengubahan wang haram.

Chia kemudian memberitahu Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa wang itu untuk Musa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengatakan wang itu adalah sumbangan politik kepada Umno Sabah, tanpa mendedahkan penyumbangnya.

Mahkamah lindungi Salleh untuk selamatkan NFC
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berkata, penolakan permohonan pemberi maklumat kes NFC, Datuk Shamsul Bahrin Ismail untuk mengenepikan tuduhan ke atas beliau membuktikan mahkamah cuba melindungi Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohammed Salleh.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, hakim tidak sepatutnya membuat keputusan terburu-buru untuk menolak permohonan tersebut,  sebaliknya mengambil masa untuk mengkaji kes tersebut.
Beliau juga mendesak SPRM bertindak adil dan tidak berat sebelah mahupun melindungi pihak yang sepatutnya didakwa.

“Institusi kehakiman haruslah adil untuk menegakkan keadilan, dan SPRM juga harus berani menjalankan tanggungjawab menyiasat sesebuah kes tidak mengira latar belakang seseorang walaupun kepada seorang bekas menteri sekalipun,” kata Zuraida./KeadilanDaily

 JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...