Jumaat, November 09, 2012

Kemudahan pesakit teruk, kebajikan kakitangan kesihatan diabai - Datuk Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR 8 Nov: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution mempersoal kelemahan Kementerian Kesihatan yang lambat memuktamad penyambungan perjanjian konsesi pembekalan ubat di hospital dan klinik kerajaan terutama di luar bandar.

“Perjanjian memuktamad sambungan konsesi mengambil masa dua hingga tiga bulan. Sebagai contoh, di kawasan saya (Machang). Pesakit diberi slip untuk ambil ubat di farmasi tetapi ubat habis.

“Pesakit terpaksa datang semula satu atau dua minggu berikutnya. Kalau masih hidup, Okaylah. Kalau dah ‘padam’, macam mana?” katanya pada perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat, hari ini.

Memberi contoh Parlimen Machang yang ada lebih 100,000 penduduk tetapi hanya sebuah pusat kesihatan disediakan, Saifuddin berkata, kemampuan perkhidmatan kesihatan awam kini tidak setara dengan penambahan penduduk.

“Begitu juga keadaan hospital yang kekurangan katil dan sesak. Ada pesakit diminta pulang awal terutama yang berada pada tahap ‘dressing’ (cuci luka). Mereka diminta berulang alik ke hospital setiap hari. Ini rungutan rakyat yang kita dengar,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu.

Beliau berkata, kerajaan perlu menangani kekurangan peralatan, keselesaan ruang kerja dan kebajikan doktor dan kakitangan kesihatan perlu ditangani kerajaan termasuk isu kebajikan kakitangan terutama masalah kuarters yang terhad di hospital.

“Hanya 900 kaki persegi. Ini tidak kondusif untuk profesion doktor. Kita tahu ada yang bekerja sehingga 16 jam sehari. Hal ini membuatkan kualiti khidmat oleh mereka dikompromi.

“Doktor kerajaan mudah ‘terpanggil’ untuk pergi ke sektor swasta. Perkara ini menjadi faktor (mereka berpindah kerja),” kata Saifuddin./KeadilanDaily

JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng