Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 06, 2012

Kelakar!!! Polis Johor buat laporan Polis... Kah kah kah kah....

Polis Johor buat laporan terhadap M'kini, Insider

Polis Johor membuat dua laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook.

NONETimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor Nor Azizan Anan

berkata lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan itu, ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

"... The Malaysian Insider dan Malaysiakini menyiarkan artikel berkaitan penyiasatan dan penahanan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu," Nor Azizan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dilapor dalam akhbar Berita Harian.

"... Polis Johor membuat dua laporan polis berhubung artikel berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 [sic] Kanun Keseksaan."

Seksyen 500 adalah peruntukan denda bagi fitnah yang berunsur jenayah yang mana ia boleh ditafsirkan dalam Seksyen 499 (penulisan), 501 (percetakan) dan 502 (penjualan) sesuatu yang berunsurkan fitnah.
Ahmad Abd Jalil 2Nor Azizan berkata penulis artikel dan saksi yang dinyatakan dalam
artikel berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bagaimanapun tidak dinyatakan bagaimana kedua-dua portal berita itu mungkin melanggar undang-undang.
Malaysiakini melaporkan pada 3 November lalu bahawa Ahmad Abdul Jalil (kiri) telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan.
Satu lagi laporan memetik peguamnya sebagai berkata polis sedang mencari beberapa orang lagi berkaitan dengan pos dalam Facebook tersebut.
Mahkamah majistret Johor Bahru mengarahkan Ahmad dibebaskan daripada tahanan reman semalam tetapi beliau telah ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza, demikian menurut peguamnya./MalaysiaKini



   JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
    

1 ulasan:

  1. Umno/BN sudah sinonim dengan nilai RM500juta. Terdahulu RM500juta dikaitkan dengan skandal kapal selam scorpene.

    Paling terbaru didedahkan pula skandal RM500juta membabitkan tanah Bumiputera Pulau Pinang.

    PANAS!! Skandal tanah Bumiputera Pulau Pinang bernilai RM500juta oleh kerajaan pusat didedahkan


    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...