Jumaat, November 16, 2012

Jangan jadikan fitnah sebagai wacana untuk runtuhkan Melayu dan Islam – Anwar Ibrahim

BAYAN LEPAS 15 November: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bangsa Melayu dan umat Islam perlu memperkasakan peradaban dan tidak menjadikan fitnah dan aib sebagai wacana sehingga melampaui batas.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, memperkasakan soal kaum dan meninggalkan kepentingan akhlak serta peradaban bukan tuntutan Hijrah yang sebenar.
“Dari aspek Melayu apa yang perlu ditekankan ialah merubah Melayu supaya menjadi bangsa yang baik dari segi akhlak, jiwa dan ilmunya.

“Bangsa Melayu dan umat Islam kini mesti bebas dari kerakusan dan memperkasakan peradaban. Jangan jadikan fitnah dan aib sebagai wacana besar dalam negara sehingga melampaui batas,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis pelancaran buku ‘Islam dan Melayu’ oleh Datuk Dr Siddiq Fadzil, sempena Seminar Maal Hijrah 1434H peringkat Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, dekat sini pagi tadi.

Majlis ini antara program Jelajah Merdeka Rakyat KEADILAN di negeri itu hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, sambutan Maal Hijrah tidak membawa pengertian sekiranya tiada perubahan yang dilakukan.

Katanya, wacana harus menjadi budaya dalam negara, namun ia seolah-olah dikongkong dari terus berkembang, walaupun Malaysia sebuah negara Islam.
“Wacana seharusnya menjadi acara rutin Kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia mengenengahkan pandangan para ilmuan. Ia juga tidak harus dijadikan sebagai acara tahunan semata-mata.

“Jika dahulu pendita Za’aba mempersoal kemiskinan bangsa Melayu, kini perbahasan mengenai isu Islam dan Melayu juga harus dilipatgandakan bagi merubah pemikiran umat supaya tidak terkongkong dan terhalang,” sambung Anwar.

Dalam isu berkaitan, beliau turut menempelak Perdana Menteri yang hanya tersenyum dan tidak menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyerang Islam di hadapan beliau.
Pelancaran buku ‘Islam dan Melayu’ – Martabat Umat dan Daulat Rakyat tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Empat panel dalam wacana tersebut ialah Siddiq Fadzil; Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusuf Rawa; dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.

Pada malam ini, Anwar dijadual solat dan menyampaikan tazkirah Maghrib di Surau Pangsapuri Idaman, Taman Pauh, Seberang Jaya.

Beliau kemudian akan berceramah di dua lokasi, masing-masing di Taipan Square, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah bermula 8.30 malam dan di Dewan SJKC Yok Eng, Kg Sungai Udang, Sungai Aceh, Nibong Tebal.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, dan Tan Choo Kang merupakan penceramah di Ceramah Merdeka Rakyat pertama.

Pada ceramah kedua pula menampilkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Dr Mansor Othman dan Tan Beng Huat./KeadilanDaily

Panas!! Hanya dengan modal sekali RM25 anda berpotensi mendapat RM10,000 dalam masa 5 minggu sahaja!

1 ulasan:

  1. Suasana diMsia buat ketika ini ia tidak boleh lari dpd certa fitnah ini.Gerombolon yang kecil ini terlampau bongkak,sombong dan angkuk.Ini ciri yang gerombolan akan hancur.Kita tak perlu khuatir sebab contoh telah banyak.Tapi yang amat kita khuatir apabila apabila pembaharuan tiba tiba lebih kuno dan lebih tidak bertamadun dpd yang sediaa ada.Sebab apa saya kata begini bila pembaharuan kita perlukan NUR pembaruan itu ada.Kita tenguk Mesir,Tunisia dan Libya mereka sebenarnya gagal.Sebab apa?Sebab keadilan itu sendiri tidak timbul.Berpuluh puluh tahun rakyat dizalim,ditindas dan bila pemerintah baru dapat kuasa tak berani juga dia pun cuba lari ataupun menutup dari agenda utama ia iaitu melunaskan hutang kezaliman PEMERINTAH DURJANA terhadap rakyat jelata.Yang salah perlu dihukum termasuk pentadbir negara yang bersetungkul melakukan kesalahan.Cuba perhatikan Mesir.Hosni jadi pelakun.Baring atas katil pakai cermin mata hitam.Hukuman seumur hidup.Hakim kangkung.ia tidak akan selesai.Hosni,anak isteri,kroni dan pentadbir negara yang bersalah patut dipancung di medan tahril dan jutaan rakyat yang dizalimi.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng