Iklan Penaja 1

Picture

Khamis, November 01, 2012

Bukan Islam mula fahami hudud - DHPP


Hu Pang Chow
Hu Pang Chow
 
SHAH ALAM – Pendedahan kewujudan hukum hudud bukan lagi satu kejutan kepada masyarakat bukan Islam dan mereka sudah mula memperlihatkan penerimaan dan “sudah memahami”, kata Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Sehubungan itu, Pengerusinya, Hu Pang Chow,mendakwa perkembangan ini telah menjadi kebimbangan buat MCA dan menyebabkan Presidenya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sering menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang hudud.

“Sebaliknya, tohmahan MCA semakin hari semakin melampau disebabkan tertekan kerana masyarakat bukan Islam sudah membuka mata dan sudah tidak jahil tentang hudud,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengumumkan Pas dan DAP telah mencapai titik persamaan secara umum apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Awal minggu ini, Abdul Hadi turut berkata, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.
Ujar Pang Chow, DAP sewajarnya tidak diberi tekanan untuk memahami sepenuhnya mengenai agama Islam kerana ahli-ahli DAP majoritinya terdiri daripada orang bukan Islam dan masih ‘baru’ bergabung dengan Pas.
“Kita tidak boleh menyamakan ahli-ahli DAP dan ahli-ahli Pas yang sudah mengetahui mengenai semua aspek mengenai Hudud.
“Sebenarnya, DAP lebih faham tentang Islam berbanding MCA kerana walaupun parti itu sudah lama bersamaUmno sejak lebihlima dekad, mereka tegar menghina agama Islam.
“DAP tidak pernah menghina agama lain, cuma dahulu, mereka tidak bersetuju dengan hudud sahaja. Sekarang itu bukan isu lagi,” jelasnya lagi.

Namun jelas beliau, melalui Perhubungan rapat antara kedua-dua parti ini dilihat mampu menghapuskan jurang ketidakfahaman DAP tentang agama Islam.
Sebelum ini, Sinar Harian pernah melaporkan bahawa Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika Pas terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan.

Ketika diminta mengulas perkara itu, Pang Chow mengakui memang ada berlaku tentangan kerana ia merupakan perkara baru buat masyarakat bukan Islam, tetapi senario sudah berubah.
“Isu itu sedah berlalu setahun lalu, dan orang bukan Islam sudah tidak takut kepada Hudud kerana sudah memahami mengenai hukum itu hingga menyebabkan MCA bimbang.
“Sebenarnya perjuang Pas sesuai untuk semua kaum dan perubahan ketara masyarakat bukan Islam dapat di berlaku di negeri Kelantan,” jelasnya lagi.

Mengulas mengenai siapa yang banyak memberikan penjelasan mengenai Hudud kepada ahli-ahli DHPP, Pang Chow berkata, pihak berterima kasih kerana semua pihak tidak kira peringkat jawatan dalam Pas sentiasa proaktif dalam memberikan penjelasan mengenai perkara itu.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai sokongan ahli-ahlinya, Pang Chow berkata, sokongan semakin meningkat dari masa ke semasa.

Katanya, jika di pantai barat Semenanjung Malaysia, sokongan bukan hanya tertakluk kepada orang Cina dan India sahaja, malahan turut mendapat sokongan dikalangan orang Asli dan orang Siam, manakala di Timur Malaysia, sokongan turut diperolehi daripada orang Iban, Bidayuh dan sebagainya.
Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada September tahun lalu.

Ia berkembang sehingga Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Pas dan DAP terus bertembung ekoran pendirian keras masing-masing berhubung isu pelaksanaan undang-undang hudud.

Berikutan pertembungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi kata dua keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR dan DAP./SinarHarianOnline

 BERIKLAN SAMBIL BERNIAGA.... CEPAT TERKINI!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive