Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Ogos 25, 2012

Hot!!! Projek IC Sabah: Mahathir (Setan) terlibat beri kewarganegaraan pada pendatang

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Projek IC Mahathir atau ‘Projek-M’ didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.

Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.

Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.

Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui ‘Projek Presiden Mahathir’.

“Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini,” jelas Chong Eng dalam kenyataan.
Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas.

“Ketika ditanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanakah mereka memperolehi IC, jawapan yang diberi (oleh penama) sama sahaja, iaitu dari ‘Projek Mahathir’,” ujar Dr Chong.
Penglibatan Mahathir dalam projek kad pengenalan tersebut, dakwanya, diperkuat melalui perakuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim pada 1980 an.

Perakuan itu mendedahkan satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri), menyebut bahawa projek tersebut diluluskan Mahathir.
Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Bagaimanapun banyak pihak berpendapat penubuhan RCI tidak lebih satu sandiwara untuk mengurangkan keresahan rakyat Sabah menjelang pilihan raya umum./KeadilanDaily

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
 
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...