Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, November 11, 2017

Panas!! : Pas terima lebih besar daripada RM90 juta

Pas terima lebih besar daripada RM90 juta
Tidak berganjak dengan dakwaan Pas menerima dana daripada Umno, Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa bertegas jumlah yang diterima lebih besar daripada RM90 juta.
Bercakap dalam slot “Terus Terang” anjuran INVOKE Malaysia, bekas pemimpin Pas itu berkata, beliau sendiri pasti maklumat tersebut tepat dan benar selepas melihat sumbernya.
“Jumlahnya lebih besar dari RM 90 juta. Saya hanya secara tegas menamakan nama Bank, iaitu Affin Bank.
“Saya masih berpendirian mempertahankan kenyataan saya itu. Saya tidak berganjak kecuali berkenaan jumlah,” ujarnya kembali mengulang isi ucapan beliau di Selising, Pasir Puteh sebelum ini.
Sedutan rakaman video berdurasi 1.24 minit oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu kemudiannya tular di media sosial pada Februari lalu.
Bagaimanapun, Husam berkata, terdapat kekangan Akta Kewangan atau di pihak bank di negara ini walaupun ramai rakyat Malaysia dan ahli Pas ingin tahu pembongkaran itu.
“Sejumlah wang telah disalurkan melalui Affin Bank kepada beberapa pihak yang berkaitan dengan kepimpinan Pas selain daripada transaksi runcit lain yang disalurkan,” ujarnya.
Sehubungan itu, Pas mesti berterus-terang, tegasnya, dalam pelbagai cara yang boleh menunjukkan ketegasan termasuk mengadakan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
“Saya berharap, walaupun saya tidak terlalu berani macam Rafizi atau orang lain, jika diizinkan dan proses mahkamah kompeten, mahkamah boleh memerintahkan bank berkenaan untuk mendedahkan akaun.
“Cara lain, Pas mesti berterus terang. Presiden Pas mesti tunjukkan ketegasan, (tapi) sampai hari ini tiada ketegasan. Bahkan Presiden Pas tidak banyak komen diberikan,” ujarnya.
Menurutnya, pengumuman Pas untuk mengenakan tindakan mahkamah ekoran dakwaannya itu bagaimanapun sudah tidak berbangkit lagi.
“Cadangan untuk menyaman saya sudah sunyi. Saya tidaklah nak mencabar.
“Pas pada mula telah beriya-iya menyaman saya. Saya difahamkan Pengerusi Lajnah Undang-undang Pas tekad untuk saman,” ujarnya dalam program yang dimoderatorkan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh.
Tidak berminat
Datuk Husam Musa ketika wawancara dalam slot ‘Terus Terang’ di Invoke.
Mengulas lanjut, Husam berkata, transaksi dana tersebut yang sebelum ini disebut oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak boleh dipadam memandangkan itu adalah sebahagian daripada rentetan transaksi berkenaan.
“Saudara Rafizi telah membuat Pengakuan Bersumpah yang sehingga hari ini tidak dicabar oleh Nasaruddin Mat Isa atau pemimpin Pas yang lain.
“Saya berpendapat (saya tidak peguam), ahli dan pimpinan Pas ada ‘locus standi’ untuk saman Rafizi jika Nasaruddin keberatan kerana ini telah menjejaskan Pas.
“Dengan itu, apa yang didakwa oleh Rafizi, boleh dibuktikan di mahkamah. Tetapi nampaknya semua pimpinan dan anggota Pas tidak berminat,” jelasnya.
Husam selanjutnya menyebut tentang tindakan pimpinan Pas sebelum ini terhadap tindakan saman oleh Najib ke atas Pas termasuk bekas Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob berhubung penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Tengah jalan kes telah dipohon untuk selesai di luar mahkamah. Saya difahamkan Dr Rosli enggan pada waktu itu diselesaikan di luar mahkamah. Kes ini belum diselesaikan.
“Kenapa Pas di pertengahan jalan setuju penyelesaian luar mahkamah? Padahal kalau Pas tegas dalam penentangan terhadap penyelewengan 1MDB, sepatutnya dibiarkan kes ini dibicarakan di mahkamah.
“Tidak perlu ada rundingan atau terma penyelesaian dengan Najib. Yang menghairankan, Pas telah memilih untuk selesai di luar mahkamah,” tegasnya.
Beliau yang pernah dilantik sebagai Naib Presiden Pas antara 2011 hingga 2015 itu berpendapat, perubahan ketara pendirian Pas tentulah mempunyai sebab tertentu.
“Isu ini berkait. Isu yang sama. Wang dari 1MDB atau tidak, digunakan untuk Pas menukar pendirian politik.
“Jumlah tidak lagi penting. Yang penting adalah termasuk Pas sebagai sebuah parti Islam yang dulu lantang dan tegas, yang letakkan Umno sebagai parti lawan yang tidak harus didekati, tiba-tiba Pas telah ambil pendekatan yang berbeza,” bidasnya.
Husam berkata, perubahan sikap Pas itu wajar menimbulkan tanda tanya sama ada berkaitan dengan ‘brainwash’ daripada agensi seperti Biro Tata Negara (BTN) yang mengaitkan DAP, Cina dan kaum lain sebagai ancaman sehingga menenggelamkan isu 1MDB dan kepincangan pengurusan Felda.
“Ini peralihan pendirian politik yang sangat ketara atau sesetengah pemimpin Pas. Tidak semua pimpinan Pas yang sanggup dibeli sebab itu ada pandangan yang berbeza dalam Pas seperti isu 1MDB, isu kerjasama Umno.
“Kebelakangan ini, suara-suara ini pun sudah tidak kedengaran lagi. Suara Tuan Ibrahim kritik Felda dan 1MDB sekarang sudah tidak ada. Mereka berlayar dalam kapal mewah yang tidak tahu ke mana.
“Mereka ada dalam keadaan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita. Sesuatu berlaku mesti ada sebab apatah lagi dalam politik,” tambah Husam lagi.
mdl
Picture

18 ulasan:

  1. Ok walaunta semua sila bg komen skit..jangan kata Husam tak payung pulak...ki,ki,ki..
    Jangan bebal noo..

    BalasPadam
  2. Klu dia tipu bermimpi beratus kali pon hanya beruk jer yg percaya husam tugu nie.
    Dulu kata nak bawa balik wang saman dari amerika.Sesen pon tak nampak.
    Penulis kitab suci haprak pon tgh menggigil kena soal mahkamah uk.Nie dia nak usung lagi fitnah demi sededak taik..hehehe

    BalasPadam
  3. haiya lobau.. org2 atas je ka yg dapat joli 90 juta tu.. macai2, ahli2 apa dapat? najib dah kasi duit tp at last pas jd parti tin kosong. ahli cabut, undi tarak... jgn kasi umno rugi bai..

    BalasPadam
  4. Cakap banyak tak mau,husam bagi bola canggung??apa lagi lobai2 pas smash la!!!
    Rafizi lagi daring,siap buat affadavit bersumpah lagi!!

    jangan jadi alasan huam dan rafizi ikut telunjuk dap kafir pula???

    oops nak tanya,dulu ngo kelantan dah hantar ka sprm suruh siasat balak kelantan siap dgn document dan data2 terperinci sampai sekarang sprm tiada siasatan??

    Inilah untungnya bersedondon dgn umno/najib,dapat keistimewaan kebal undang-undang.

    BalasPadam
  5. Kronologi pas kluar dpd haprak ialah krn dapigs tidak mghormati pendirian pas.Itu jerrr...
    Klu nak dijelaskan pjg lebar...meroyan beruk2 PANxxx nanti khasnya anak2 buah husam tugu..hehehe
    Kemudian manusia2 pendedak dapigs dlm pas membuat parti PANxxx.
    Husam tugu atau rapiji klu nak pegi mahkamah tu...bawa cukup2 bukti dan bukan sekadar mainan dlm alam siber jer...hehehe
    Rugi jer hidup di dunia mengusung dosa sana sini....
    Lupa...dia nie lah juga yg kuat kutuk dan hina mahdey suatu ketika dulu tapi skrg tertunduk2 mencium tangan mahdey.2x5 dgn rapiji...hehehe
    Mrk nie klu suruh cium bontot mahdey atau kit sial pon sanggup asal dapat dedak.Heh..tak ada pendirian langsung pemimpin PANxxx nie!!!Mmg layak utk pengikutnya...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hADI BERSAMA dAPigs sejak 2008 lagi,hadi berpelokkan dgn kit-siang/lge,yg paling menarik bila pilihanraya kecil telok intan,hadi memuji2 dap,malah TITM SIAP BAGI FORUM mempertahankan dapigs.
      Kerana hendak menentang umno.Bila TGNA meninggalkan kita,barulah,,KONSPIRASI Tasik kenyir bermuala.Dimana hasan ali/ustaz nasha mencucuk jarum.Muktamar pas di selangor bermula.para2 perwakilan dikawal ketat,ianya dijaga lebih awal.sistem CHAI bermula.ciri-ciri macam pemilihan umno bermula.
      Di sinilah kisahnya..

      Yg ni pun walaunta pas,tak boleh bezakan...

      TGNA bersama DAP
      HADI TOLAK DAP..

      Apakah agaknya hukum TGNA besama DAP?tETAPI tgna CONSISTENT MELAWAN UMNO.

      Padam
  6. Rupa2nya dlm parti hj hadi pun ada penyangak jgk ka ???

    BalasPadam
  7. Kalau betul SR dapat membuktikan apa yang dituduh, PAS akan ambil tindakan keatasa mereka

    Fitnah tetap fitnah, sehinggalah yang bersalah dibuktikan bersalah

    Jangan nak tunjuk hebat kat sini, tunggu mahkamah panggil bagi keterangan baru boleh tunjuk hebat masa tu

    Buat masa sekarang semua itu fitnah, Husang mimpi jumpa ATGNA sebanyak 15 kali pun akupun tak percaya, inikan pula cakap2 kosong Husang penipu

    Macam Lim Go End beli banglo murah la, PAS tetap anggap perkara itu fitnah sehinggalah Lim Go End dibuktikan bersalah

    Macam Rapiji bayar Rapiji, selagi Rapiji tak saman pembantu Rosmah selagi itulah rakyat anggap Rapiji bayar Rapiji

    BalasPadam
  8. Tak sabar nak tunggu bukti akaun affin tu.. sampai 10 katanya.. harap husam tak klepet lagi pulak kali ni..

    BalasPadam
  9. Macamana UIA boleh banjir? Presiden UIA tu Lim Guan Eng ke? Ada buat Oktoberfest ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. UIA banjir sebab PAS tebang balak kat sana

      UIA tak lah sombong macam Lim Go End

      Padam
  10. Kita bersabar sepanjang masa samada ketika dugaan Allah sdg mendatangi kita atau sebaliknya kegembiraan yg dikurniakan oleh Allah.. jauhkan sikap angkuh dan sombong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer setuju, jangan sombong macam Madey dan Lim Go End

      Padam
    2. Sebaik2 najib dia hadiahkan kita KENAIKKAN HARGA minyak DAN hari ini tambang bus di kl naik dari seringgit ka rm3.80..

      Umno mengunakan melayu untuk menjajah orang melayu,yg tertekan marhaen melayu...

      yg senag lenan..g adalh kaum bangsawa...gelak sakan..bila ada marhaen yg kais pagi makan petang menyembah2 golongan bangsawan yg membeli kesetiaan dgn handphone dan fake battery..

      Madey sombong...minyak naik..

      lim guan eng cina..tambang bus naik...

      selagi melayu mahu kembali kebelakang ka zaman fiudai..selagi itulah ianya dijajah oleh bangsawannya sendiri.

      Padam
    3. Mereka semua kelompok yang sama, perompak, penyamun dan perasuah

      Padam
  11. Bahayanya Politk mengunakan islam sebagai alat,kerana akibat akan memecahkan masyarakat dan menjadikan agama islam boleh berubah2 mengikut acuan politik dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam bukan alat, Islam adalah panduan hidup.

      Nawaitu, pertuturan dan perbuatan semunya disempadani dengan Islam tidak terkecuali ketika berpolitik, melainkan mereka itu kafir, mereka adalah orang2 yang rugi

      Padam
  12. Husam tugu dan rapiji kejang dikatakan hulubalang utama haprak.Mrk telah diarahkan oleh pemberi dedak utk melakukan tugas memfitnah dan mengelirukan rakyat.Jika fitnah itu dicabar...kalah akan ada yg bantu.Jika tidak dicabar maka kemenangan psikologi kpd haprak.Itu perjanjian syaitan antara mrk dgn pemberi dedak....jaminan wang..kuasa dan harta.
    Jangan hairan dgn sikap dan perangai kedua2 malaun nie.Klu sanggup tertunduk2 cium tgn mahdey...suruh jilat taik mahdey pon mrk sanggup demi kuasa..wang dan harta...hehehe

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...