Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, September 06, 2017

Yb Khalid Samad nasihat Azmin Ali

Khalid Abdul Samad

iklan : www.jomservis.blogspot.my

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dinasihatkan agar menerima pandangan dan keputusan dibuat Pakatan Harapan berhubung kerjasama politik dengan Pas.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, sebarang tindakan yang bercanggah dengan keputusan dicapai Pakatan Harapan hanya akan menimbulkan masalah lain.

“Selagi Azmin tidak berikan kami satu penghujahan dan penjelasan yang boleh meyakinkan kami bahawa keputusan itu (berunding dengan Pas) adalah sesuatu yang perlu diteruskan, kita juga berhak mempunyai pandangan masing-masing.
“Bagaimanapun, itu hak Azmin hendak beri pandangan (berunding dengan Pas) sedemikian. Pakatan Harapan sudah buat keputusan dan ia muktamad,” katanya.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Azmin, bahawa tindakan beliau untuk berunding dengan Pas adalah tepat. Ia susulan kenyataan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju hubungan PKR dengan Pas diteruskan.

Khalid memberitahu, pandangan Azmin itu bagaimanapun tidak akan sesekali memecahbelahkan parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan.
“Betul atau salah itu keputusan masing-masing. Kami berpegang pada keputusan yang telah dicapai. Kalau tidak berpegang pada keputusan itu dan masing-masing hendak buat ikut suka, masalah lain akan timbul.

“Azmin juga menghormati keputusan tersebut, jadi kami anggap masalah ini selesai. Nak (teruskan) berunding dengan Pas, itu pandangan beliau. Kita sudah berbahas dan berbincang  hampir tiga jam, saya rasa wajarlah Azmin terima pandangan rakan-rakan yang lain.
Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini mengekalkan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Pas untuk menjatuhkan BN pada PRU14.
Terdahulu, terdapat usaha daripada PKR untuk berbincang dan memujuk Pas bagi mewujudkan kerjasama politik menjelang PRU14.

Azmin, bagaimanapun berkata, usaha dan perbincangan tersebut merupakan inisiatif daripada PKR dan bukannya atas kapasiti Pakatan Harapan atau komponen lain.
Pas juga menegaskan parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan, sebaliknya sedang memperkasakan blok pembangkang ketiga bagi menghadapi PRU14.

sh

Picture

15 ulasan:

  1. Kesungguhan PKR mahu berbaik semula dengan PAS meskipun tidak mendapat restu daripada Pakatan Harapan (PH) merupakan bukti ‘Faktor PAS’ adalah penting pada PRU 14, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Mohd Shahir(Roslan SMS). Sebab itu dalam diam-diam Anwar Ibrahim menyuruh Azmin terus berbincang dengan PAS walaupun dah berkali-kali PAS menegaskan tidak akan mengadakan kerjasama politik denga parti yang ada hubungan dengan AMANAH dan DAP.

    BalasPadam
  2. Terbaik kalau PAS menyertai blok pembangkang. Tapi Hj. Hadi menolak dan memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan malah bermesra dengan UMNO. Cukup jelas dan mudah difahami, PAS dan UMNO mungkin akan bergabung membentuk kerajaan selepas PRU ke 14. Jangan terlalu mengejar kedudukan sehingga boleh meretakkan perpaduan. Insaflah, keutamaan rakyat itu lah yang paling utama. Dulu Pakatan Rakyat terbarai kerana PAS, kini mungkin kah PKR akan terbarai kerana PAS.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus, itulah kekuatan PAS, walaupun tiada tindakan balas dari PAS, PKR akan terbarai, duduk diam je, tak perlu bersuara pun, kalau PAS bersuara pun bukan kerana nak bekerjasama dengan PKR malah jauh sekali dengan Haprak.

      Elok PKR bekerjasama je dengan PAS gunakan platform Gagasan Sejahtera untuk menghidupkan kembali reformasi yang telah dimatikan oleh top dog Haprak.

      Padam
    2. Yang buat terbarai adalah sikap pemimpin yg penipu..gelojoh..gila kuasa dan gagal menjaga nafsu syahwat punca segala2nya.Bodoh!!!!

      Padam
    3. PAS xsekuat mn pun...lps bgabung ni ja dpt sambutan. Itupun dgn sokongan dr rakan komponen lain. Klu harap dia sj, jd mcm yg lps2 tu ajalah...xde apa pencapaian yg nk dibanggakan sgt. Bhujah dlm parlimen pun xseberapa. Benteng terakhir kononnya

      Padam
    4. Ye ke tak kuat? Kalau gitu toksah kacau pas lgi.. biarkan geng 1% shj yg rasa dia kuat ..

      Padam
  3. Apa kata kalau pas x nak join ph, ph yg join pigs....so pas blh jd abg long kan...itupun kalau pas sanggup tinggalkan amno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa punya komen ni? PAS tinggalkan umno? Masabila PAS terikat dengan umno?

      PAS bukan nak jadi abanglong tapi PAS nak Islam yang memimpin, kena faham tu bro antiug!!!!

      Takkan DAPigs pulak nak Islam yang memimpin!!!!

      Padam
    2. Pada pan apa sahaja yg dibuat oleh dap akan dianggap selari dgn islam oleh pan..

      Padam
    3. Yang nak jadi pemimpin tu pun xada ciri2 pemimpin...ckp main lps, keputusan xfirm, mcm mn nk corakkan negara? Setakat ckp nk ikt cara islam xcukup, mcm mn persoalannya. Klu btl2 bgs, buktikan kegemilangan di kelantan, ekonomi dan keagamaan. 2-2 kena balance. Hutan makin menimbun rsnya...bkn makin bkurang. Hutan pun makin gondol, bkn makin segar....

      Padam
    4. Mcm nilah, ckp mcm ni xjelas. Ce tnjk mn yg xselari dgn agama yg dap tu bt...senang. takat ckp mcm ni, mcm ckp kosong sj...fakta la ckt

      Padam
    5. Mcm nilah, ckp mcm ni xjelas. Ce tnjk mn yg xselari dgn agama yg dap tu bt...senang. takat ckp mcm ni, mcm ckp kosong sj...fakta la ckt

      Padam
    6. Sokongan dap kpd oktoberfest.. kalau kau boleh jawab yg ini baru aku bg contoh lain pulak.. sila bg jawapan ye rizal.. jgn jadi mcm wanrosli yg tak disukai ramai tu keh keh..

      Padam
    7. Rizal mana engkau ni? Jawab cepat.. itupun kalau kau benar dan beranilah..

      Padam
    8. telur rizal dah simpan dlm freezer

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...