Di 
sebalik slogan berjuang berlandaskan Islam, PAS mengakui proses 
pemilihan parti itu kini dicemari kempen kotor dan gejala tidak sihat, 
malah ia didakwa bukanlan perkara baru.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi berkata, kempen kotor 
dalam pemilihan parti itu bukan lagi rahsia, namun di sebalik pengakuan 
itu beliau tidak menolak kemungkinan ia didalangi pihak luar yang ingin 
mengambil kesempatan.
“Ada individu dilabel liberal, menolak hudud, sebagai begitu, sebagai begini. Ia memang berlaku," katanya kepada Malaysiakini.
Kelmarin, bekas Naib Presiden PAS, Ahmad Awang, mengakui sukar untuk 
mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden walaupun beliau 
mendapat pencalonan minimum seperti disyaratkan perlembagaan parti itu.
Ahmad yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pusat Islam dan Yang
 Dipertua Persatuan Ulama Malaysia antara 1981 hingga 1999 berkata, 
pemilihan jawatan dalam PAS kali ini dicemari kempen kotor dan amalan 
berat sebelah.
Antara tokoh yang dikaitkan sebagai mangsa kempen kotor itu ialah bekas 
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang kalah 
dalam perebutan jawatan Yang Dipertua Kawasan Kampar.
Pemilihan jawatan tertinggi PAS pusat dijadual diadakan Jun ini.
Ada kebenaran
Ada kebenaran
Asmuni yang juga seorang peguam berkata, apa yang didedahkan Ahmad itu memang ada kebenarannya. 
Tidak ketinggalan, Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin dan Pengarah 
Pilihan Raya PAS yang juga Ahli Parimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. 
Asmuni menambah, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi 
mengatasi amalan itu dan berjanji akan mengambil tindakan tegas jika ada
 bukti kukuh mengenainya.
“Kalau melibatkan ahli, tindakan yang boleh diambil ialah membawa mereka ke lembaga disiplin parti.
"Jika calon sendiri terbabit, mereka mungkin boleh digugurkan daripada bertanding," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai risalah memburuk-burukkan Nizar sebagai
 "tali barut DAP" Asmuni berkata, ia bukanlah amalan yang wajar untuk 
PAS.
"Sekiranya ada pihak tidak berpuas hati, mereka boleh berdebat atau 
memberi penerangan, bukannya menyebarkan risalah seolah-olah membaling 
batu sembunyi tangan.
"Itu bukan akhlak Islam," katanya.
mk 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
itu sebab tgna panggilan mereka ni sampah dalam pas.atau pro umno.
BalasPadam