Sabtu, Ogos 08, 2020

Rabu, Ogos 05, 2020

Selasa, Ogos 04, 2020

Isnin, Julai 27, 2020

Jumaat, Julai 24, 2020

Isnin, Julai 20, 2020

Sabtu, Julai 18, 2020

Khamis, Julai 16, 2020

Jumaat, Julai 10, 2020

Khamis, Julai 09, 2020

Selasa, Julai 07, 2020

Isnin, Julai 06, 2020

PERAMPASAN ATAS NAMA PENGGALIAN: Menghumban warga Palestin ke dalam bakul sejarah



Terjemahan Bahasa Melayu

PERAMPASAN ATAS NAMA PENGGALIAN: Menghumban warga Palestin ke dalam bakul sejarah
Trauma global yang terkesan dari wabak COVID-19 dalam beberapa bulan kebelakang ini telah memberi kita kesempatan untuk menyemak semula beberapa pertentangan yang nyata di dunia, yakni tata dunia yang bobrok, ketidakserataan kelas masyarakat yang semakin membarah, gangguan yang bersifat sistematik, dan penolakan hak asasi manusia dalam pelbagai bentuk, samada terhadap mana-mana individu atau terhadap mana-mana warga atau etnik.
Dalam masa tujuh dasawarsa yang lepas, sejarah warga Palestin telah menjadi suatu gejala penderaan tanpa henti seperti yang ditekankan oleh mendiang tokoh intelektual dan sejarawan Edward Said yang menggambarkan ia sebagai politik perampasan (politics of dispossession).
Saat ini kita menyaksikan pengulangan semula politik jahat ini tatkala Israel dalam rencana terbarunya untuk terus merampas tanah warga Palestin di Tebing Barat.
Pemasyuran itu meski telah ditunda, adalah rencana untuk terus merampas sepertiga tanah dari saki baki yang tinggal untuk warga Palestin, termasuk sebahagian Lembah Jordan, dan menjadi satu lagi contoh perampasan tanah yang melampau.
Namun kemarahan kita terhadap ketidakadilan ini hadir dengan ketidakpedulian, sebagai akibat dari konflik terpanjang dalam sejarah yang disebut sebagai persoalan Palestin.
Palestin semakin layu? Tanggapan terkini konflik Palestin-Israel adalah suatu persoalan yang mustahil dan mencabar akal.
Bagaimana kita sampai ke tahap ini? Tidak ada jawapan yang tepat kerana permasalahannya ternyata merumitkan dan konflik ini telah dibaluti dengan naratif yang berpusing-pusing. Inilah teori ‘Kucing Schrödinger’.
Kita terlepas pandang tentang masalah sebenar. Apa jadi pada kucing dalam kotak tersebut tidaklah kita ketahui sehinggalah kita membuka kotak tersebut!
Namun, naratif sering berkesan dan tajam. Stereotaip adalah faktor penting di sini. Pertamanya, warga Israel digambarkan sebagai satu watak, satu warna dan satu personaliti. Begitu juga halnya dengan warga Palestin.
Terlepas dari kenyataan bahawa kedua-dua negara itu wujud dengan erti yang jauh lebih besar, melebihi tanah air mereka. Warga diaspora pula merasakan perlunya untuk bersikap nasionalis bagi membentuk gagasan dan idea yang tidak kita hiraukan.
Ketabahan, semangat dan pergulatan antara dua warga ini telah hilang tatkala ia terlepas pandang terhadap warga yang bertentangan. Mudah bagi kita untuk beri penyelesaian. Dua negara atau satu? Hak untuk menentukan nasib sendiri?
Bagaimana dengan hak asasi manusia? Ini semua adalah cubaan untuk membetulkan keadaan seolah-olah konflik itu boleh diselesaikan semudah itu.
Persoalan sebenar mengenai apa yang domestik dan apa yang asing, negara dan bangsa, perbatasan dan kedaulatan semuanya dipinggirkan.
Kesemua naratif yang merendah-rendahkan ini dilindungi dengan gejala melabel pihak itu anti-semitik dan dan pihak ini Islamofobia.
Buku ‘The Politics of Dispossession’ menggambarkan dilema ini. Melemparkan warga Palestin ke dalam tong sampah sejarah sangat mudah. Padam apa saja sisa “sejarah, masyarakat dan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri”.
Penjajahan tidak hanya melibatkan tanah air dan sempadan sesuatu negara sahaja, malah jiwa dan minda juga. Sejarah dan pembangunan empayar, Israel dan orang Islam kesemuanya ada peranan dalam pencabulan hak warga Palestin.
Sejarah Palestin panjang dan berlapis. Malangnya, sebahagian besarnya dikorbankan oleh kehendak dan nafsu serakah kuasa-kuasa Barat.
Said tidak teragak-agak untuk menyebut betapa Israel tidak hanya menyalahguna simpati yang diterima sebagai mangsa Holocaust, tetapi mengulangi “legasi Hitler” ke atas warga Palestin.
Said juga menyebut bahawa negara-negara Arab bangkit untuk mempertahankan Palestin, namun tidak begitu ikhlas tatkala ia hanya untuk kepentingan mereka sendiri dan bukan untuk membela warga Palestin.
Situasi yang sama berlaku hari ini di mana seruan orang Islam untuk mempertahankan Palestin seringkali disalahguna. Apa yang sebenarnya berlaku adalah warga Palestin terus ditindas, dirampas tanah dan hak untuk menentukan nasib sendiri.
Alasan sebenar untuk rencana terbaru Israel ini adalah untuk menggali dan mencari bukti sebagai justifikasi untuk mengusir warga Palestin dari tanah air mereka.
Dalam erti kata lain, menghalalkan penindasan dan penundukan sattu warga atas nama arkeologi. Tetapi ada kezaliman lain yang hadir dengan rencana itu yakni perampasan tanah yang meliputi tanah-tanah ladang dan tali-tali air.
Rencana zalim ini ternyata bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang melarang perampasan tanah, tapi sejak bila Israel ambil peduli?
Realitinya warga Palestin sedang dipadam dari sejarah. Mereka yang terus tinggal di Palestin terus terkurung. Yang lari pula menjadi warga pelarian global.
Namun, kita harus berjaga-jaga agar kita tidak terbeban dengan politik korban sepihak. Dalam ‘The End of the Peace Process: Oslo and After’, Said menulis “memori kolektif adalah warisan masyarakat dan semangatnya”.
Benar, namun hujah ini harus berfungsi secara adil. Jika ia terpakai kepada warga Palestin, ia juga terpakai kepada kaum Yahudi.
Saya tidak hanya mengenengahkan isu ini hanya kerana saya orang Islam, atau semata-mata hanya mahu mencela Israel, atau kenyataan yang berbaur anti-penjajahan.
Saya menulis sebagai komitmen kepada keadilan dan hak asasi manusia untuk semua manusia. Saya berdiri dan bersama dengan semua warga yang tertindas, termasuk Palestin atas nama kemanusiaan dan hak-haknya.
Untuk bersikap tidak peduli terhadap kesengsaraan yang dihadapi warga Palestin bermaksud bersekongkol dengan mereka yang menindas.
Kita sikapi sendiri samada aksi jenayah merampas tanah orang ini patut dianggap sebagai kebiasaan, yang baru atau apa. Tapi apakah mungkin untuk ada nurani, dan dalam masa yang sama tidak menghiraukan aksi menginjak hak asasi manusia yang sedang dan terus-terusan berlaku?
Atau bukankah kita sepatutnya menunjukkan pendirian terhadap sinar kasih sayang dan kemanusiaan yang semakin malap?
ANWAR IBRAHIM
5 Julai 2020, Kuala Lumpur

Picture

Ahad, Julai 05, 2020

Sabtu, Julai 04, 2020

Jumaat, Julai 03, 2020

Khamis, Julai 02, 2020

Rabu, Julai 01, 2020

Selasa, Jun 30, 2020

Sabtu, Jun 27, 2020

Jumaat, Jun 26, 2020

Khamis, Jun 25, 2020

Isnin, Jun 22, 2020

Sabtu, Jun 20, 2020

Rabu, Jun 17, 2020

Isnin, Jun 15, 2020

Sabtu, Jun 13, 2020

Khamis, Jun 11, 2020

Rabu, Jun 10, 2020

Ahad, Jun 07, 2020

Jumaat, Jun 05, 2020

Rabu, Jun 03, 2020

Selasa, Jun 02, 2020

Ahad, Mei 31, 2020

Sabtu, Mei 30, 2020

Jumaat, Mei 29, 2020

Khamis, Mei 28, 2020

Jumaat, Mei 22, 2020

Khamis, Mei 21, 2020

Isnin, Mei 18, 2020

Ahad, Mei 17, 2020

Sabtu, Mei 16, 2020

Jumaat, Mei 15, 2020

Rabu, Mei 13, 2020

Ahad, Mei 10, 2020

Sabtu, Mei 09, 2020

Jumaat, Mei 08, 2020

Selasa, Mei 05, 2020

Isnin, Mei 04, 2020

Sabtu, Mei 02, 2020

Senarai Blog...Geng