Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Oktober 08, 2020

Anwar Ibrahim Jumpa Agong hari Selasa, 13 Oktober 2020, InshaAllah

 KENYATAAN MEDIA

8 Oktober 2020
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.
Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober 2020, InshaAllah.
Pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini.
Saya amat berharap rakyat Malaysia untuk terus bertenang dan mendoakan dari rumah atau tempat pekerjaan masing-masing, serta menghormati Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
ANWAR IBRAHIM

2 ulasan:

  1. Mengadaplah nuar oiii....
    Makin kesian dgn kesewelan bertingkat2 ko tu....
    Semoga berjaya....

    BalasPadam
  2. HENDAK TIDOQ TIDOQ LAH MATA
    ESOK PLAK JANGAN LAYU LAYUAN
    13 OKT MESIA ADA PM BARU KATANYA
    TAWA BAHAK2 JADI BARANG MAINAN

    OTAI TERKINJA SAMPAI TAK KERUAN
    ATOK CEMAS GELISAH TAK SEDAP BADAN
    KARMA SI RENTA UDAH MULA KELIHATAN
    WALAUN TERKEDU AYAQ LIOR DI TELAN


    KIKIKI..

    ATOK BOBOI DIAM RENTAK DITENGOK
    RASA CEMAS GELABAH MAKIN GALAK
    SD RAJA GOYANG MAKAN DIRI ATOK
    RAKYAT JELATA TUNGGU NAK GELAK
    POP CORN COCONUT SHAKE DAH READY STOK

    KIKIKIKI..


    JON DOE BUDAK SUMAN DAH SILAP BACA
    HADIS PALSU DI JADIKAN RUJUKAN
    PANJI HITAM YANG GEBANG DICANANGNYA
    PANJI LGBT PULA YANG DI KIBARKAN


    WALAUN DAN OTAI BERBAGAI RASA
    RAKYAT TUNGGU DAN LIHAT SAJA
    POP KON COCONUT SHAKE READY SUMA
    NAK TAWA BAHAK2 SAMBIL TEPOK MEJA



    KIKIKIKIKI..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...