Iklan Penaja 1

Isnin, Mac 05, 2018

Pas tutup KPK, PH akan buka semula, kata Husam

Pas tutup KPK, PH akan buka semula, kata Husam
Kilang papan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) di Jelawang, Dabong akan kembali beroperasi bila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pilihan rakyat mentadbir negeri Kelantan selepas pilihan raya nanti.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa (gambar atas kiri)  berkata kilang yang diasaskan oleh Tan Sri Mohamed Yacob itu perlu dihidupkan semula bagi memberi khidmat kepada rakyat kususnya golongan berpendapatan rendah.
“Sekarang tuan-tuan semua tahu, kilang papan milik KPK ini telah ditutup oleh kerajaan Pas.
“InsyaAllah bila PH dipilih nanti, kilang ini akan beroperasi semula,” katanya di majlis perasmian cawangan dan dialog rakyat di Jelawang, Dabong pada Sabtu.
Menurutnya pentadbiran KPK yang diketuai exco dan wakil rakyat Pas telah melakukan salah urus yang teruk hingga syarikat pembalakan itu akhirnya lumpuh sama sekali.
“Saya telah beberapa kali membangkitkan perkara ini di dalam persidangan dewan undangan negeri termasuk meminta kerajaan membenarkan laporan audit diumumkan,” katanya.
KPK menurut Husam sepatutnya digunakan untuk membuat penyelesaian bagi membantu golongan rakyat kurang mampu memiliki rumah.
“Walaupun kilang KPK ditutup, balak masih terus dikeluarkan.
“Ini bermakna sekarang balak berkenaan dijual kepada orang lain dan tiada lagi manfaat untuk rakyat yang bekerja di situ.
“Bila PH mentadbir, kita akan manfaaatkan kilang ini dengan cara menyediakan kayu gergaji untuk membuat rumah yang boleh dijual dengan harga rendah kepada golongan rakyat yang tidak memiliki rumah kediaman.
“Kita akan beri tanah, beri tapak rumah, kayu balak kita mesin di KPK, kita buat saiz rumah rakyat dan jual dengan harga diskaun,” katanya.
Penduduk Dabong yang hadir dalam majlis diadakan.
Beliau berkata Dabong memiliki sumber alam yang sangat bernilai tinggi untuk dimajukan dan dibangunkan.
“Di sini ada air terjun Stong yang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
“Sepatutnya direka bentuk laluan-laluan, denai-denai untuk pejalan kaki menikmati keindahan alam semulajadi di sepanjang air terjun ini.
“Telah ada banyak ekspedisi yang menemukan kekayaan pelbagai spesis dalam kawasan ini.
“Bunga reflesia, iaitu bunga terbesar di dunia ada di sini, burung enggang yang hanya dianggap wujud di Sarawak juga ada di sini.
“Taman negeri Nenggiri telah digazetkan sebagai taman negeri tetapi tidak dimajukan bagi membolehkan pelancong-pelancong memasukinya dengan selesa dan selamat.
“Saya yakin sekiranya kawasan ini dimajukan, ia mampu menarik lebih dari 2 juta pelancong ke sini setiap tahun,” katanya.
Menyentuh kejatuhan harga getah, beliau kesal kerana kerajaan negeri tidak mengambil apa-apa langkah untuk membantu rakyat.
“Gapo (Apakah) kerajaan Pas telah tolong Dabong dalam masa lima tahun ini,” soalnya.
Pekebun-pekebun katanya patut dibantu dengan cara menyediakan sumber pendapatan kedua selain bergantung kepada getah dan kelapa sawit.
“Sepatutnya kerajaan secara sistematik membantu pekebun memodenkan kaedah penanaman mereka.
“Pokok-pokok yang menghasilkan buah bernilai tinggi perlu diperkenalkan untuk diusahakan oleh rakyat.
“Kaedah pemasaran perlu diperkemaskan supaya hasil yang diperolehi oleh para pengusaha dapat ditingkatkan,” katanya.
Dalam majlis itu, Husam disambut meriah oleh penduduk Dabong. Sekitar 50 pemuda bermotosikal mengiringi beliau sebaik tiba di Dabong.Beliau kemudian menerima permohonan untuk menubuhkan 20 cawangan AMANAH di Dun Dabong.
Pengerusi Amanah Negeri Wan Rahim Wan Abdullah (tiga dari kiri) menerima 20 borang penubuhan cawangan baru di Dabong.
 mdl
Picture

9 ulasan:

  1. Stedy husam!!!!
    Hebat kempen...hehehehe

    Hrp bukan mimpi...hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Husang memang terkenal dengan mimpi, dah 15 kali mimpi jumpa ATGNA....kahkahkah

      Padam
  2. TAHNIAH,Huse...kelate kali ni jatuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inshaa-Allah Kelantan akan jatuh menimpa PAN....

      Padam
  3. Pembangkang tidak menghiraukan fakta atau kebenaran dalam melontarkan isu asalkan isu yang ditimbulkan boleh mencetuskan persepsi buruk terhadap kerajaan pemerintah, dedah Bekas Editor Suara Keadilan, Datuk Seri Dzulkarnain Taib.

    Ujarnya, prinsip sama digunakan Ketua Propaganda Nazi, Joseph Goebbels iaitu penipuan secara berterusan akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran.
    "Sebagai contoh, ketika saya menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, parti PKR mahu akhbar Suara Keadilan untuk menyiarkan tajuk utama ‘Felda Bankrap'.

    "Tapi ketika itu saya tidak bersetuju dengan arahan parti kerana artikel tersebut tidak ada bukti dan fakta yang kukuh untuk membenarkan perkara tersebut," katanya dipetik UMNO Online.

    Suara Keadilan merupakan lidah rasmi PKR sejak awal penubuhannya dan kata Dzulkarnain, parti tetap berkeras mahukan isu Felda muflis sebagai tajuk muka hadapan.

    "Dan sebaik sahaja keluar berita tersebut, saya serta merta dihubungi oleh KDN untuk hadir memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. Dalam sehari dua, kami menerima pula surat saman fitnah daripada Felda berhubung artikel itu," ujarnya

    Tuduhan Felda Bankrap dinyatakan tidak lain adalah Presiden PKR sendiri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2010, ditulis oleh wartawan Suara Keadilan, Rusnizam Mahat.

    Penulisan Rusnizam turut memetik kenyataan Senator Dr. Syed Husin Ali.

    Wan Azizah, Dr Syed Husin dan Rusnizam kemudiannya dihadapkan ke mahkamah dan selepas 7 tahun naik turut, ketiga-tiga mereka diperintahkan membayar RM2 juta kepada Felda diatas kenyataan fitnah tersebut.

    "Ini merupakan salah satu contoh bagaimana dasar parti yang mengamalkan konsep penipuan yang diulang-ulang itu bagi mewujudkan persepsi negatif rakyat, mengelirukan rakyat sehinggakan penipuan itu terlihat sebagai satu kebenaran.

    "Dan perkara inilah yang berterusan dilakukan oleh pembangkang hari ini dengan menipu dan memanipulasikan cerita dan berita untuk mengelirukan rakyat. Dan saya jangka ianya akan menjadi lebih hebat menjelang PRU 14 tidak lama lagi," kata Dzulkarnain menjelaskan strategi ala Nazi pembangkang menyebarkan penipuan.

    Katanya, setiap pembohongan pakatan 'ditelan' penyokongnya taksubnya bulat-bulat tanpa berfikir panjang berikutan pemikiran mereka sudah didoktirnkan sebegitu rupa.

    "Kebanyakkan penyokong pembangkang memiliki sikap taksub kepada pembangkang kerana pemikiran mereka telah didoktrin sekian lama untuk menerima dan membenarkan apa saja makkumat yang datangnya dari pihak pembangkang.

    "Sebab itu pembangkang tidak takut dan tidak teragak-agak untuk melontarkan cerita-cerita bohong tentang kerajaan kepada rakyat, kerana mereka yakin penyokong mereka akan membela dan membenarkan cerita bohong itu sehingga tampak ia seolah-olah satu kebenaran," jelasnya lagi.

    - mD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga FELDA tak bengkrap tetapi kalau tak durus dengan baik akan terjadi jugak. Simpanan yang berbilion dah menipis....

      Padam
    2. Bukan masalah Felda, masalah PKR ni suka sangat bermain dengan FITNAH, akibatnya PKR terpaksa menanggung saman RM 2 juta, bodoh ke cerdik ni?

      Padam
    3. PH suka ni dengan mainan fitnah dan saman, tubuh satu tabung ambil duit rakyat, rakyat jugak yang kena tanggung

      Padam
    4. Husam dah kena saman dgn syarikat kayu.. kasi setel dulu la..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive