Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Mac 10, 2018

Banyak pendedahan dibuat, kenapa lima saman, soal Encik Husam

Banyak pendedahan dibuat, kenapa lima saman, soal Encik Husam
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Demi kepentingan rakyat Kelantan Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Husam Musa mengalu-alukan kesemua lima saman yang bakal diterimanya ekoran dakwaannya terhadap kerajaan negeri Kelantan.
Beliau dalam kenyataan malam tadi mempersoalkan mengapa hanya lima saman akan dikemukakan di mahkamah oleh kerajaan negeri sedangkan banyak pendedahan dilakukannya sebelum ini.
“Kenyataan saya mengenai salah urus dan dasar-dasar yang merugikan rakyat Kelantan, seingat saya sudah berpuluh-puluh. Sedangkan cadangan saman ke atas saya seperti kenyataan Datuk Mohd Amar hanya lima.
“Adakah dengan ini Kerajaan Kelantan mengakui kenyataan saya yang lain adalah benar?,soalnya dalam kenyataan semalam.
Husam menjawab balas kenyataan dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah semalam, seperti dilaporkan Astroawani dan dipetik Malaysiakini bahawa terdapat lima saman daripada kerajaan negeri Kelantan dan anak syarikatnya yang akan dikemukakannya.
“Ini saya nak maklum, kalau ada orang AMANAH sini tolong maklumkan kepada encik Husam, kita ada lima saman menanti dia,” katanya yang juga menteri besar Kelantan dalam ceramah di Kota Bharu semalam, seperti dipetik Astro Awani.
Adun Salor ini juga berkata setiap dakwaannya berdasarkan dokumen rasmi kerajaan negeri sebahagian menurutnya dilindungi dan perbicaraan mahkamah akan membolehkan rakyat Kelantan mengetahui keadaan sebenar.
“Menerusi perbicaraan nanti memberi peluang semua yang berkaitan didedahkan.
“Termasuk membawa menteri besar,Timbalan Menteri Besar, Exco-Exco dan pihak yang terlibat untuk turut memberi keterangan di mahkamah.
“Saya akan sapina mereka, termasuk Datuk Mohd Amar di mana berkaitan.Saya harap Datuk Mohd Amar tidak melarikan diri,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun Husam berkata tindakan saman ke atasnya oleh kerajaan negeri bukan untuk membuktikan siapa yang benar dan salah.
Sebaliknya ia boleh digunakan hanya untuk menunjukkan kerajaan negeri berani mengambil tindakan undang-undang semata-mata.
Beliau juga meletakkan syarat ke atas kerajaan negeri Kelantan.
“Nasihat saya ialah, Datuk Mohd Amar hendaklah pastikan Pas terus mentadbir Kelantan selepas PRU akan datang.
“Jika Pas kalah, Kerajaan Kelantan yang baru mungkin tidak akan meneruskan saman itu.
“Dengan itu, peluang melihat MB dan TMB Kelantan yang ada naik mahkamah akan hilang.
“Saya juga bercadang menggunakan afidavit jawapan saya kepada saman-saman itu untuk diedarkan kepada orang ramai. Saya berharap Kerajaan Kelantan nanti jangan membantah.
“Ini perlu untuk pengetahuan rakyat Kelantan sebelum PRU, jika saman-saman itu difailkan sebelum itu,” ujarnya.
Dakwaan terbaru Husam berkenaan pemberian tender projek Skim Bekalan Air Merbau Condong Fasa II bernilai RM27.1 juta kepada syarikat yang belum wujud, yang dinafikan AKSB yang berkata syarikat usaha sama penerima tender hanya “menukar nama”.
Pada 4 Julai lalu pula, Husam mendakwa kerajaan negeri memeterai perjanjian melibatkan 1 juta ekar tanah hutan simpan dengan syarikat yang beroperasi tanpa kelulusan Bank Negara.
mdl

Picture

3 ulasan:

  1. Satu satu la Husang, saman mung mananya? kata 7 hari akan saman, ni dah dekat setahun tak dengar pun Husang saman Zaharin, hampeh la mung Husang, macai2 PAN boleh la mung memperbodohkan mereka, kami tak bodoh macam mereka...kahkahkah

    BalasPadam
  2. Sekali kena gertak balik dgn Husam,telor lebai masuk dalam balik..kah,kah,kah..
    Walaun dgn bodoh berpisah tiada..kah,kah,kah

    BalasPadam
  3. lebai amar ni muka yg suka lepas tangan...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...