Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Mac 06, 2018

Ramai ahli Pas Perak dalam diam sokong AMANAH

Ramai ahli Pas Perak dalam diam sokong AMANAH
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Masih belum bersedia untuk menyatakan sokongan secara terbuka, rata-rata ahli Pas di Perak dijangka akan memberi undi kepada AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Ahli Jawatankuasa AMANAH Perak, Ir Megat Shariffudin Ibrahim memberitahu situasi tersebut berlaku kerana wujudnya tekanan di peringkat akar umbi termasuk dipulaukan masyarakat setempat.
“Ahli-ahli Pas sedikit rasa fobia kalau nak terang-terang sokong AMANAH dan Pakatan Harapan.
“Kalau keluar dari Pas memang terjadi dia akan diboikot termasuklah ketika kenduri-kendara.
“Jadi atas faktor itu, mereka selesa untuk tidak isytihar secara terbuka sokongan kepada AMANAH,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline di Pasar Minggu Changkat Jering, 3 Mac lalu.
Timbalan Ketua AMANAH Bukit Gantang itu berkata, di kawasannya sendiri bukan sedikit ahli Pas yang mengambil pendirian tidak aktif dalam parti mereka kerana dalam diam menyokong AMANAH.
“Kawan-kawan dari Pas di Bukit Gantang ini masih ada secara diam menyokong AMANAH. Dulu kawasan seperti di Ayer Kuning dan Bendang Nibong memang antara lubuk Pas.
“Sekarang ramai memilih AMANAH. Itu yang terjadi sekarang ini termasuk kawan baik saya yang asalnya penyokong tegar Pas,” jelas Megat Shariffudin lagi yang juga merupakan Penyelia AMANAH Dun Changkat Jering.
mdl
Picture

33 ulasan:

  1. Artikel ni sama je dengan artikel yang admin publishkan minngu lepas, kan dah dekat dengan pilihanraya, dalam diam ke atau secara terang-terangan ke semuanya dah lemau, basi dan berulat....kahkahkahkah

    Kenapa ni admin? Artikel macam ni dah basi, lemau dan berulat kenapa nak dipublishkan lagi?...kihkihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekeke. Kesian macai dan Salawati si penganalisis kangkung sebar FAKE NEWS ahli keluar DAP sebab Mahathir. Ahli Parlimen DAP yang keluar memang bermasalah disiplin burukkan parti sendiri.

      Tong Him dan Leong San sebelum ini digantung Jawatankuasa Disiplin DAP selama setahun sejak 7 Februari 2016. Ia ekoran tindakannya memburukkan nama parti melalui tindakan undang-undang yang menentang ahli DAP lain.

      Tak payah macai meroyan bagi Berita Palsu. Makan ubat meroyan chai. Kekeke.




      Padam
    2. Kahkahkah...berita palsu ke? Bukan kerana disiplin buruk? Yang 38 orang tu semua disiplin buruk ke cai?...Jangan nk belit la bro...terima lah kenyataan DAP akan terus menerus menghadapi kehilangan ahli akar umbi,,,sempat lagi macai nak cover....kehkehkeh

      Padam
  2. Admin, kalau mung suka sangat dengan artikel ni, aku tolong publishkan artikel yang tepat dan berfakta, seperti dibawah, bukan artikel tanpa fakta seperti diatas, macam sampah...kekekeke

    SHAH ALAM: DAP akan berdepan dengan banyak lagi siri ahli akar umbinya keluar parti berikutan masih ramai yang tidak puas hati parti itu menjalinkan hubungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata DAP perlu akur percaturannya berganding erat dengan Dr Mahathir mencetuskan kemarahan ramai ahli akar umbinya.

    "DAP paling tak puas hati bila (Pakatan Harapan) lantik Tun Mahathir sebagai ketua, sebab kita tahu DAP antara parti yang paling sakit dibawah pemerintahan Tun Mahathir dulu.

    "Jadi kenapa perlu kita mengangkat orang yang pernah mengkhianati kita?," katanya ketika dihubungi Antarapos.

    Beliau berkata demikian mengulas tindakan 38 ahli DAP Kampar dan Tapah keluar parti semalam selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak setuju dengan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri itu.

    Ini bukan kali pertama ahli akar umbi DAP keluar parti disebabkan Dr Mahathir.

    Pada Februari 2017, seramai empat wakil rakyat DAP keluar parti - juga atas alasan yang sama.

    Mereka ialah, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Goh Leong San; Lim Jack Wong (Bachang) dan Chin Choong Seong (Kesidang).

    Terdahulu pada Disember 2016, Perwakilan DAP, Shamseer Singh Thind mengisytiharkan beliau keluar parti berkuat kuasa serta-merta selepas berang DAP menerima Dr Mahathir sebagai sebahagian daripada pembangkang.

    Mengulas lanjut Salawati berkata DAP mahupun Pakatan Harapan (PH) sedar masih ramai yang hingga kini tidak sepenuh hati menerima Dr Mahathir.

    "Memang ada suara tersembunyi menganggap Tun sebagai liabiliti, cuma macam mana Pakatan Harapan memainkan isu itu, sembunyikan dan tutup (Dr Mahathir sebagai liabiliti).

    "Dia cuba potretkan benda tu (sebagai) ok, tapi sebenarnya kalau kita cari suara-suara di bawah ini memang mereka tak suka (akan Dr Mahathir).

    "Saya dapat lihat waktu AGM DAP memang ramai ahli yang marah dan kecewa dengan keputusan itu", ujarnya.

    Salawati juga tidak menolak siri ahli akar umbi keluar parti tidak kira mana-mana parti akan lebih banyak dilaporkan selepas ini memandangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hampir.

    BalasPadam
  3. Tanpa nama 11.23 jugak tak puas hati pasal tak jadi calon bn...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. BN perosak la bro manakala PH pula merosakkan...

      Padam
    2. PAS...Parti audiq7rangerovermerz Samalaysia.

      Padam
  4. Kisah politik ni penuh dengan lakonan aje. Tak puas hati kuar parti....tak dilayan kuar parti.. tak dapat projek...kuar parti.Masuk parti lawan dan kuar ramai2...pun satu strategi untuk kasi lemah semangat.

    BalasPadam
  5. Biasanya kumpulan yang sedikit dipulau oleh kumpulan yang ramai. Kalau dah Tak berani untuk menyokong PAN secara terangan takut kena Pulau, dah boleh agak lah kumpulan tu ramai ke sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu....setuju

      Padam
    2. Betul tu.. sebijik macam G18 dan bekas parti mereka dahulu.. separuh ahli PaS ikut keluar KATANYA!! Hmmmmhhhh..

      Padam
  6. Artikel yang tidak berfakta adalah artikel sampah, apa sudah jadi dengan admin? Artikel sampah macam ni tak perlu la dipublishkan

    BalasPadam
  7. Kekeke. Macai nak baca artikel sendiri ke? Buka blog macai tengok berapa hits kau boleh dapat jilat Jho Taek Low dan Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor. Kekeke. Tak payah der nak jadi jenis kopipes dan sabotaj blog admin macam blog Shahbudin juga. Kesian tengok macai berhempas pulas bekerja sambil dikerah Kleptokrat Sial Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor. Kekeke. Makin meroyan macai sekarang. Kekeke.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Sampai sekarang pun DOJ masih lagi gagal memulakan pendakwaan terhadap Jho Low...Mahathir pun masih binggung dan keliru betul ke Equanimity ni aset dari 1MDB.

      Kan mung yang kata dekat pilihanraya ni isu keuar masuk parti ni dah lemau, basi dan berulat...kehkehkeh

      Padam
    2. Kekeke. Macai. Ketua Bahagian keluar parti dengan ahli biasa keluar parti tahu beza ke macai? Kekeke. Cuba tengok Amanah buat berita tak letak bilangan. Tapi diam-diam akar umbi Pas sudah TST. Kekeke. Tengok Razman Zakaria PJ Perak kena saman tak mampu bayar lagi. Ahli Pas pun tahu PJ Pas Perak kaki fitnah dan penyebar berita palsu. Kekeke. Macai siap letak 38 orang ahli tapi kopipes sampai 50 perenggan. Meroyan ke. Kekeke.




      Padam
    3. Belum terbukti lagi cai, artikel sampah untuk meyakinkan diri sendiri je, hal saman menyaman tiada kena mengena dengan keluar masuk parti, 38 orang cai, bukan sorang yang dibawa keluar oleh Pengerusi Perhubungan DAP, PAN hanya bermain dengan angan-angan, dalam siam konon.....kehkehkehkeh...sampah betul.

      Padam
  8. Pengundi Pas Perak kita kasi goreng sampai garing yeop. Kekeke. Suara siapakah yang bercakap? Cer yeop teka? Slang Kelate slang Arab slang Melayu tak penting. Isinya sangat memualkan dan korupsi.

    Video SUMPAH ENTA JADI ABU.
    https://www.youtube.com/watch?v=HusHsHpp15c

    Video ANA TAHU. ANA TAHU. ANA AMBIL DUIT UMNO. TOK GURU AMBIL DUIT UMNO. SEMUA AMBIL DUIT UMNO.
    https://www.youtube.com/watch?v=3H8tRNBxFGU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suara orang PAN yang mabuk pil kuda kot...kehkehkeh

      Syabas Nik Abduh kerana anda adalah seorang yang tenang.

      Padam
    2. Audio “mat sabu” lagi sensasi.. walaun dap tak nak percaya ke??

      Padam
    3. parti BRAHMIN guna agama,memperkayakan tembolok2 ularmak2 mereka

      Padam
    4. Macam parti islam rahmatan lil alamin ke?

      Padam
  9. Satu nasihat kepada Nik Abduh, ketepikan dulu fitnah yang dirancang oleh PAN, berikan tumpuan sepenuhnya kepada persediaan untuk menghadapi PRU 14.

    Tinggalkan saja rentak sumbang yang dimainkan oleh PH untuk melemahkan kemaraan PAS, perkuatkan jentera PAS, biarkan saja mereka hanyut dengan tentera-tentera upahan cybertrooper mereka, jangan lalai dengan permainan mereka.

    Buat satu laporan kepada SKMM supaya menghentikan semua fitnah-fitnah yang berleluasa dicyber maya, berdoalah agar dipatahkan jari jemari para pemfitnah cybertrooper.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dengar ke belum yeop? Takkan belum dengar terus tuduh fitnah? Islam itu adil. Mana boleh tuduh fitnah tanpa dengar dulu yeop. Cer try test acu cuba teman share audio ter. Cer teka sore sape tu yeop? Cer teka sore Sajat ke sore Nik Abduh ke sore Usop Wilcha ke? Kekeke.

      Video ANA SUMPAH ENTA JADI ABU.
      https://www.youtube.com/watch?v=HusHsHpp15c

      Video ANA TAHU. ANA TAHU. ANA AMBIL DUIT UMNO. TOK GURU AMBIL DUIT UMNO. SEMUA AMBIL DUIT UMNO.
      https://www.youtube.com/watch?v=3H8tRNBxFGU

      Padam
    2. Dah dengar, tapi semua tu bukan bukti untuk menyatakan seseorang itu bersalah, mung dah dengar audio Mat Sabu bermanja dengan Normah? Dah dengar dan tengok audio dan video Anwar dengan "China Doll"? Mung percaya?...khkehkeh

      Padam
  10. Sibuk dengan pembahagian kerusi yang tak berkesudahan terlupa pada rakyat Selangor yang sakit perut akibat menahan berak, siap kau Jemin...

    BalasPadam
  11. Kekeke. Abduh sendiri tak berani bersuara nak kata fitnah. Hanya mampu pakai facebook. Bukan Facebook agen Yahudi Zionis ke? Kekeke. Apa punya Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda ni? Kekeke. Boleh calon Sajat jadi Ketua Pemuda Pas selepas ini sebab lagi berani daripada Abduh. Kekeke.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu ni dah semakin tenggelam dah, semua orang tahu ianya hanya satu fitnah yang dirancang oleh PAN, ahli dan penyokong PAS tiada masa dengan semua tu, buang masa je, mereka lebih sibuk dengan persediaan untuk menghadapi pru.

      Padam
  12. Kekeke. Kesian aku baca macai yang nak goreng 38 ahli DAP keluar parti. Dah tak tahu hierarki parti sendiri, meroyan lagi. Kekeke. Aku bagi analogi mudah, seorang Ketua Bahagian Wanita Umno mampu menyediakan 38 buah bas ekspress yang penuh X 40 ahli umno dengan bayaran RM50 satu kepala untuk makan angin di KLCC. Tapi 38 ahli DAP hanya mampu memenuhkan sebuah bas ekspress untuk tujuan yang sama dengan bayaran dedak yang lebih daripada RM5,000 satu kepala. Kekeke. Sila meroyan macai. Kekeke.




    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tolong mung publishkan sekali lagi artikel berkenaan dengan Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Leong Soon Fatt dan 38 ahli DAP keluar parti, aku bagi mung nama sekali cai, bukan macam PAN tiada fakta macam sampah, dalam diam pulak tu...kehkehkeh...lucu la PAN ni

      Padam
    2. PAN tak lucu sangat kut. Cuma bongok sangat jer..

      Padam
  13. KAMPAR: Seramai 38 ahli DAP Kampar dan Tapah bertindak keluar parti hari ini kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan tidak setuju dengan kerjasama DAP dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Antara yang mengambil tindakan keluar parti itu adalah Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Leong Soon Fatt yang mendakwa mereka sukar menerima kerjasama dengan Dr Mahathir.

    Soon Fatt berkata, pihaknya tidak boleh menerima kerjasama itu apatah lagi untuk dipimpin bekas Perdana Menteri berkenaan yang dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

    Katanya, tindakan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta hari ini kerana kecewa dengan kepimpinan parti yang sudah menyimpang daripada matlamat asal sejak dia menyertai DAP 10 tahun lalu.

    “Selama 10 tahun saya mengabdikan diri kepada DAP, namun hari ini selepas pertimbangan wajar, serius dan penuh kesal, saya hilang keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada dalam menangani isu dalaman serta luaran parti.

    “Kami juga tidak boleh menerima pendirian diambil dalam penjajaran politik baharu yang dilakukan DAP kebelakangan ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini selepas pembukaan pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM) Bahagian Kampar.

    Katanya, beliau tidak boleh menerima apabila DAP yang selama ini melihat Dr Mahathir sebagai musuh, namun kini memilih untuk bekerjasama.

    Ditanya adakah beliau akan menyertai PCM selepas keluar DAP, katanya, ia masih memikirkan perkara itu dan akan mempertimbangkannya.

    Sementara itu, Timbalan Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata, jika bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh masih hidup beliau mungkin tidak menjalin kerjasama dengan Dr Mahathir seperti pemimpin DAP lakukan ketika ini.

    “Saya rasa jika Karpal Singh masih ada, beliau pasti menjadi antara individu yang tak bersetuju dengan kemasukan Dr Mahathir dalam barisan pembangkang kerana beliau orang yang berprinsip,” katanya.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...