Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Mac 07, 2018

Husam guna laras bahasa Pas, bukan kempen cara mereka

Husam guna laras bahasa Pas, bukan kempen cara mereka
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Kontroversi ucapan Naib Presiden AMANAH, Husam Musa tentang haram undi Pas harus difahami dari sudut berbahasa dengan logik parti itu.
Demikian pendapat Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Dr. Muhaimin Sulam yang dimuatnaik di status facebooknya.
Beliau memetik ucapan Husam Musa pada 3 Mac lalu yang disiarkan di laman portal Malaysiakini yang menyebut:
“PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Ambo (saya) pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram.
“…haram undi bulan. Ini ambo nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” kata Husam.
Menurutnya dua perenggan ataupun ucapan tidak sampai dua minit itu seperti menjadi ketidaktentuan.
“Ada dalam kalangan penyokong AMANAH marah dengan kenyataan Husam.
“Bagi pihak sebelah lagi, inilah waktu memulangkan buah keras. Paku dulang, paku serpih. Katanya sohibul hikayat,” katanya.
Teks dua perenggan itu katanya adalah teks yang menggunakan nada sindiran atau mengajuk.
“Itu bukan bahasa Husam.
“Tetapi Husam menggunakan laras bahasa biasa yang difahami oleh penyokong Pas,” katanya.
Beliau meminta supaya disemak pada ayat pertama di perenggan pertama.
“Husam menggunakan ‘bahasa Pas’ dahulu baru diikuti dengan ayat kedua yang memberi maksud jika analogi itu digunakan, maka Husam kata bahawa hukum undi Pas yang menongkat (bantu) Umno adalah haram,” katanya.
Analogi itu sebenarnya amat mudah untuk difahami, ujar beliau.
“Melainkan kita hendak berkelahi tak henti-henti sampai mati,” katanya.
mdl
Picture

23 ulasan:

  1. Kehkehkeh...dah kena kutuk PAN cuba nak salahkan PAS pula...apa punya manusia macam nih?....kihkihkih

    BalasPadam
  2. Masa bersama PAS undi PAS boleh pahala, bila masuk PAN undi PAN boleh pahala undi PAS haram....kehkehkeh....pahala ni ikut Husam kemana-mana....kahkahkahkah

    BalasPadam
  3. PEMIMPIN Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa semakin teruk merosakkan dirinya sendiri melalui isu demi isu yang ditimbulkan sendiri.

    Kenyataan terbaru beliau mendakwa mengundi PAN dan Pakatan Harapan (PH) boleh mendapat pahala manakala mengundi parti bulan (PAS) hukumnya haram.

    “Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” kata Husam dipetik media.

    Apa yang paling menonjol di sini ialah sikap mahu menghukum dalam proses politik, menetapkan halal atau haram mengundi parti-parti tertentu.

    Husam yang selama ini dikenali sebagai tokoh dari golongan profesional yang kononnya bersikap progresif dalam PAS akhirnya menunjukkan wajah tersembunyinya yang mahu menghukum dengan hukum agama dalam menarik sokongan untuk partinya.

    Sebelum ini, sebagai orang kepercayaan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Husam bersetuju sekiranya dikatakan dapat pahala undi PAS, partinya sendiri yang memerintah negeri Kelantan.

    Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin yang pernah disebut-sebut bakal menggantikan Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan, tentu sebelum ini Husam tidak menolak kalau dikatakan dapat pahala undi PAS.

    Kali ini dalam Parti Amanah Negara (PAN), Husam mengeluarkan “fatwa” haram undi PAS dan dapat pahala undi PAN.

    Kenyataan kontroversi terbaru Husam ini terus menerima kecaman dari pemimpin-pemimpin PAN sendiri.

    Pemimpin pemuda PAN Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan mengkritik kenyataan Husam itu di laman Facebook beliau.

    Seorang lagi pemimpin PAN, Pengarah Komunikasi PAN Selangor, Jamzuri Ardani juga menolak kenyataan Husam yang mengeluarkan hukum agama itu.

    Pemimpin-pemimpin PAN berbalas-balas komen sesama sendiri di laman Facebook Nik Abdul Razak yang dikenali lantang mengkritik pemimpin partinya sendiri.

    Sebelum ini, Nik Abdul Razak mengkritik Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi yang mewajarkan tindakan Pengerusi PAN Kelantan, Cikgu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, memanggil PAS dengan gelaran “PIGS” (PAS, Ikatan, Gagasan Sejahtera).

    Perbalahan terbaru dalam PAN ini bukan sahaja menunjukkan perbezaan ketara dalam parti itu, tetapi juga menjadi satu kayu ukur penerimaan terhadap Husam yang kebelakangan ini terlibat dalam beberapa kenyataan dan aksi memalukan.

    Tahun lepas, Husam dalam satu rakaman video mengiklankan “sumbu jimat minyak” yang menyebabkan beliau ditertawakan oleh netizen dan dikecam hebat oleh komuniti sains tempatan.

    Baru-baru ini, Husam muncul lagi dalam rakaman video, kali ini bercerita tentang sejenis rumput yang suka dimakan oleh lembu.

    Dalam rakaman itu, beliau sendiri telah cuba merasa rumput tersebut, mencetuskan aksi lucu yang sekali lagi mengundang ejekan ramai.

    Aksi dan kenyataan beliau yang serba tidak menjadi kebelakangan ini telah mencetuskan penentangan secara senyap dan terbuka terhadapnya.

    Ada yang tidak bersetuju sejak awal kemasukan Husam ke dalam PAN, yang boleh menggugat pemimpin tertentu daripada naik kerana imej Husam sebagai pemimpin yang agak kuat.

    Kesilapan-kesilapan beliau akhirnya dijadikan alasan untuk menolak bekas pemimpin berpengaruh PAS ini.

    Husam kini telah menjadi liabiliti kepada PAN dan PH hasil kesilapan-kesilapannya yang merosakkan imej beliau dan parti yang beliau wakili.

    Husam sekarang bukan lagi Husam yang dahulu, yang dilihat sebagai pemimpin harapan masa depan, profesional dan progresif tetapi sebagai politikus terdesak yang sudah semakin tumpul dan hilang sentuhan.

    Semasa masih menjadi exco Kelantan, beliau dilihat sebagai bakal menteri besar di negeri, dan di peringkat pusat dalam PAS, disebut-sebut boleh melonjak lebih tinggi sehingga mampu mencapai timbalan presiden.

    Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini, Husam bakal menempuh jalan yang lebih sukar dalam mencari kerusi untuk ditandingi, membina kekuatan dan jentera untuk berkempen dan memegang peranan sebagai pemimpin dalam PAN.

    BalasPadam
  4. itu tak masuk kes yang kata belajar sains dan matematik cuma bahasa malaysia. patut la tak jumpa ayat dalam quran kenapa aku selalu ponteng parlimen. nak harap pasu bunga lain sengih je la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. LKS jumpa ke ayat dalam kitab buddha kenapa dia pun ponteng parlimen? Kalau kitab al quran kamu bukan main lagi nak sindir kan?

      Padam
    2. Spesis ikan memang otak kecik tak ada ruang untuk berfikir...kehkehkeh

      Padam
    3. Pasu bunga mahal boleh buat hiasan der. Ini pasu bunga murahan tak ada nilai. Kekeke. Dibalut cat Islam tapi isinya duit curi harta rakyat!

      Hutang Malaysia menjelang 2020 dengan cara Kleptokrat Sial Najib Tun Razak urus bajet?

      RM 1,000,000,000,000
      RM 42,000,000,000 Akaun JHO LOW
      RM 1,000,000,000 Harga Equanimity
      RM 2,600,000,000 Akaun NAJIB
      RM 200,000,000 Akaun Affin Bank
      RM 2,000,000 Nik Abduh PRK Sarawak

      Berapa Kleptokrat Sial letak harga Parti Pas? Sia-sia sebab sampai sekarang belum mampu nak bubar Parlimen lagi. Kekeke.



      Padam
    4. Takkan lupakan macai. Harga macai berapa? Kekeke.

      #RM50.

      Dedak Habibur anjing Kleptokrat Sial Najib Tun Razak pada Saddiq lagi tinggi chai. Kekeke.

      #RM5,000,000



      Padam
    5. Apa yang mung gegel ni macai, mabuk pil kuda ke?

      Padam
    6. Rakyat Selangor keluar duit saku beli 2 biji tong air RM120k siapa nak tanggung nih macai?....kehkehkeh

      Padam
  5. Asal kenyataan keluar dari mulut longkang PAN je mesti sampah, tiada fakta langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah namanya PANxxx...hehehehe

      Padam
  6. Berdasarkan penulisan para penyokong PAS dalam komen2 dan ucapan balas dalam berbagai blog dapatlah dikatakan PAS beruntung mempunyai pengikut setia atau walaun atau pun macai tanpa dedak... yang sangat setia membuta tuli... sentiasa menyokong pak lebai walau pun ternyata pak lebai silap.. pengikut macam inilah yg mati dulu kalau berperang dan pak lebai tetap selamat sebab mereka akan berunding ikut jalan belakang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis tu takkan nak memperbodohkan diri menyokong DAP yang bersekongkol dengan Zionist.....kehkehkeh

      Padam
    2. Tengok kat Selangor, pemimpin bersenang lenang, rakyat nak basuh berak pun susah....sokongan membawa bala....kehkehkeh

      Padam
    3. Tun klepet antara manusia yg dimusuhi sejak sekian lama oleh haprak.Cukup teruk pemimpin2 haprak dikerjakan dari segi fizikal dan mental sehingga haprak bertekad akan memenjarakan tun klepet jika berjaya ke putrajaya atas dosa2 tun klepet menyalahgunakan kuasa dan rasuah.

      Skrg dah berbeza...sekor2 melutut di kaki tun klepet.Yg berdrama suaminya difitnah ke hulu hilir mengusung kipas dah terduduk dicomolot oleh tun klepet.Cerita fitnah dan konspirasi dah hilang dlm otak sardin pemimpin2 dan macai2 haprak.Hebat tun klepet....hehehehe

      Paling hebat...beruk2 haprak menjulang tun klepet sebagai peeM recycle mrk.Kononnya tun klepet nak selamatkan malaysia.Nak selamatkan malaysia ker nak selamatkan lubuk2 emas anak..waris..proksi dan kroni tun klepet???!!!

      Yg pasti..pemimpin2 dah dan akan dpt habuan dan dedak pra dan pasca pru14 nanti.Macai2 pula hanya dapat bunga dan taik shj...hehehehe.
      Siapa tak kenal tun klepet klu bab2 merasuah yg telah jadi mainan selama 22tahun.

      Malang bagi banduan liwat krn isu fitnah liwat tak setel2 dan jangan berharap dan bermimpi 15kali pon utk jadi peeM krn dia akan ditikam kali kedua oleh tun klepet.Siapa yg tidak kenal tun klepet bila kuasa dah di tangan...hehehehe
      Kawan atau lawan...akan disanggah klu dah mengganggu laluannya.Yg hebat pemimpin2 dapigs..kuasa di tangan mrk dan restu perlu melalui mrk asal ada habuan.Biar prinsip tergadai asal bukan harta dunia yg tergadai...hehehe

      Hidup tun klepet!!!!
      Hehehehehehehehe

      Padam
    4. Mereka semua dah berjaya didedakkan oleh Mahathir sehingga lupa asal usul perjuangan mereka, hanya PAS je la yang berprinsip....kehkehkeh

      Padam
  7. Kekeke. Toksah berlakon orang Pas. Macai yang ada ni bukan wala pada Hadi Awang. Kekeke. Ingat aku post komen saja ke? Kekeke. Yang wala dia akan pertahan Hadi Awang sampai tahap imun dan kebal sebab ada kunci syurga. Yang meroyan ramai upahan JASA. Itu pasal kena kuat hentam KLEPTOKRAT SIAL nanti diorang gerenti turun macam lalat hurung najis. Kekeke. Mission accomplished. Kekeke.



    BalasPadam
  8. Akar umbi Pas Kelantan semakin goyah. Ingat amaran penyelidik Pas 60% pengundi tegar akan undi selain Pas dan Umno jika terbukti UG? Wind of Change. Suara audio rakaman serak-serak itik serati Ustaz Nik Abduh telah mengubah angin pengundi di Kelantan. Kekeke.

    #sumpahentajadiabu
    #anatahuanatahu
    #anaambilduitumno


    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni statement sampah macam ni cai, mana faktanya, kat Penang boleh dikatakan 90% rakyat Penang dah sedar atas kesilapan mereka kerana mempercayai LGE.

      Kat Selangor jangan cerita la, 99.9% dah berubah, mereka tunggu bubar je siap la Azmin, nak basuh berak pun susah....kahkahkahkah

      Padam
    2. Kekeke. Pengundi tegar Pas dalam media sosial dah merenyam. Biasalah. Anger management pada Nik Abduh bro. Mula-mula denial syndrome. Lepas tu mengamuk. Then murung. Akhir sekali Acceptance. Mereka akan sedar Pas sudah ambil duit Umno. Apa tindakan seterusnya? Nik Abduh kena tukar dengan Sajat? Kekeke.



      Padam
    3. Tiada siapa yang nak layan audio yang dicipta oleh PAN, meroyan la mung Husang dengan macai-macai mung, sampah je......kehkehkeh

      Padam
    4. Nak tahu husam cerdik ke ngok senang je.. kalau dia perjuangkan siasatan menyeluruh kedua-dua audio mat sabu dan nik abduh barulah dia nampak cerdik kalau tidak, memang dia NGOK ler..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...