Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Mac 26, 2018

Pas janji bebas rasuah tetapi bisu kes rampasan kapal Equanimity, kata Husam

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Naib Presiden AMANAH, Husam Musa terkejut apabila Pas berjanji untuk membentuk kerajaan yang bebas rasuah sedangkan realitinya parti itu membisu terhadap pelbagai angkara rasuah Barisan Nasional (BN) sekarang.
“Kita tidak mendengar sebarang komen dari Pas apabila kapal mewah Equanimity ditahan pihak berkuasa Indonesia,” katanya di majlis penyampaian watikah perlantikan jentera pilihan raya antara kaum Pakatan Harapan (PH) Kelantan di Salor khamis lalu.
Perkara 10 manifesto Gagasan Sejahtera yang diumumkan baru-baru ini menyebut untuk mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah, selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus ‘Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan’ (UMI).
Jika benar Pas serius katanya, parti itu perlu menunjukkan sikap yang jelas terhadap salah laku rasuah yang sedang berleluasa.
“Adalah meragukan untuk mempercayai janji mereka untuk bertegas dengan rasuah jika sikap mereka sekarang tidak jelas,” katanya.
Beliau turut terkejut apabila Pas menjanjikan untuk membuka tanah kepada rakyat melalui kerajaan-kerajaan negeri.
Perkara 15 dalam manifesto yang sama Pas berjanji untuk membantu kerajaan negeri membuka rancangan pembangunan tanah, khususnya untuk golongan muda.
“Sepatutnya perkara ini telah dilakukan di Kelantan jika benar ada perancangan seperti itu.
“Sudah cukup sepenggal Timbalan Mursyidul Am Pas jadi MB Kelantan, ada sesiapa dapat melihat rancangan seperti itu dilaksanakan?” soal beliau.
Pada majlis itu beliau menyampaikan wakitah perlantikan kepada jawatankuasa pilihan raya untuk masyarakat bukan Melayu di seluruh Kelantan.
“Tahniah kepada saudara Tan Ah wang yang telah berjaya membentuk pasukan khas untuk menjayakan agenda PH dalam pilihan raya ini,” katanya.
Perkembangan ini katanya, menambahkan lagi keyakinan bahawa PH akan berada di hadapan dalam kempen kali ini walaupun berhadapan pertandingan tiga penjuru.
mdl

Picture

7 ulasan:

  1. jilaka kamarul zaman... ajal maut urusAn tuhan. mungkin anak beranak ko mati dulu sblm ko..sapa tau. kaMu telah mendahului Allah dlm perkara ghaib. hebat kamu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekeke. Artikel mamat Dr ini yang jadi panduan macai sekarang. Ada pangkat Dr Macai pun rajin kopipes tulisan Dr. Ingatkan tulisan Dr mengutuk PH, bila berucap mesti lagi power. Kekeke.

      Rupanya jenis hafal teks dan nota. Fakta yang dikutip pun ikut suka hati tanpa semak imbang. English speaking berterabur. Lagi teruk daripada Wak Bagan Datoh. Kekeke. Dr yang memalukan UUM Sintok dan Pas - umno.

      Paling tak dilupakan renungan makrifat Tun kepada hasil produk UUM Sintok yang diusahakan sendiri zaman beliau jadi PM. Terkucil.



      Padam
    2. Kehkehkeh....fakta dan hujah yang dikemukan oleh DKY tidak dijawab sebaliknya hanya menjurus kearah hentam menghentam yang tiada fakta, syabas kepada Dr. Kamarul Yusuf. 4 lawan 1, yang 1 tu la hero...4 orang tu pengecut...kehkehkeh

      Padam
  2. Laaaaa... apa kena mengena PAS dengan kapal Equanimity....

    Prinsip PAS senang je, seseorang itu tidak bersalah jika tidak dibuktikan bersalah..

    Contohnya Lim Go End, PAS tak kata LGE bersalah selagi mahkamah belum buktikan.....

    Husang ni rakyat Kelantan dah tahu dah, kaki lebong dan manusia yang tidak berprinsip...

    BalasPadam
  3. Bukan husang pun sama juga ke? Dia pun bisu pd kes tun m dalam skandal perwaja, bmf, bbmb, misc, mas, pkfz, tnb, ipp, petronas, dan banyak skandal lain lagi selagi mahkamah belum buktikan tun m bersalah.. dan pas tak marah husang pun.. tapi dalam kes kapal layar bila pas tak bersuara pandai pulak dia marah.. keh keh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kekeke. Nak sabit Tun kes paling cikai macam Forex pun, macai terguling-guling berhempas pulas. Kekeke. Konon hilang 30b. Kekeke. Rupanya cuma berita palsu Kleptokrat Sial Najib Tun Razak. Kekeke.



      Padam
    2. Tak payah isu forex la, kemudian sikit takpe, isu sekarang ialah PRINSIP la cai, mung tahu dok apa itu PRINSIP?

      KLEPTOKRASI SIAL PH sama je dengan BN....kehkehkeh

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...