Iklan Penaja 1

Khamis, Mac 29, 2018

Panas!! Pakar sedang analisa audio suara Nik Abduh, akan bawa ke mahkamah London?

Pakar sedang analisa audio suara Nik Abduh, akan bawa ke mahkamah London?
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Naib Presiden AMANAH Husam Musa mendedahkan dakwaan ke atas audio suara Nik Abduh Nik Aziz kini sedang dianalisa di makmal sebuah university dan akan di bawa ke mahkamah London pada April depan.
Pendedahan perkembangan audio suara yang dipercayai milik Ahli Parlimen Pasir Mas itu, dimaklumkan Husam, ketika menyampaikan ceramah di Dun Tanjong Mas, Kelantan malam tadi.
Menurut Husam, beliau difahamkan secara saintifik suara audio yang dipercayai menyamai suara Nik Abduh itu telah dihantar ke makmal di City Universiti di London.
“Saya difahamkan audio Nik Abduh di hantar kepada seorang lecture bahagian phonetic (suara) Profesor Allen Hirson.
“Saya tengok dalam google beliau telah kendalikan 1,100 kes di mahkamah berkaitan mengecam suara orang. Insyallah kita tidak
perlu berbalah di Kelantan ini.
“Saya difahamkan suara Nik Abduh ini akan dibawa ke lab city universiti dan akan dibawah ke mahkamah London pada 30 April
akan datang.
“Bukan saya nak bawa, orang lain suruh saya cakap..saya tengok dalam internet jer (mencari sumber nama Allen Hirson)…takut tiba 30 hari bulan tak seorang pun naik mahkamah di London,” ujarnya yang tidak mahu beliau dipersalahkan sekiranya apa yang disampaikan itu tidak berlaku.
Pencarian di google menemui laman sesawang Expert Witness Institute yang mencatatkan latarbelakang kerjaya dan pengalaman Allen Hirson.
Dalam pencarian google yang dimaksudkan Husam itu, mendapati Allen Hirson adalah seorang pensyarah kanan fonetik di City University di London.
Beliau telah mengendalikan sebanyak 1100 kes yang melibatkan rakaman percakapan dan berpengalaman selama 23 tahun sebagai seorang pakar di bidang tersebut.
Beliau adalah Pensyarah di bidang fonetik dan Pengarah Makmal Akustik Ucapan juga merupakan Pengasas Makmal di institusi tersebut.
Beliau juga merupakan ahli pengasas persatuan profesional di dalam Fonetik Forensik di peringkat antarabangsa (IAFPA) dan
ahli Lembaga pakar di Witness Institute.
Beliau pernah mengendalikan 21 bahasa selain bahasa Inggeris di mana beliau telah bekerjasama dengan pakar bahasa yang sesuai.
Bagaimanapun pada 1 Mac lalu, Nik Abduh menafikan menafikan audio rakaman berdurasi 18 saat yang didakwa mengandungi ucapannya mengenai penyaluran wang dari Umno kepada Pas.
Penyebaran audio yang tular itu sebagai sampah di kalangan pemfitnah dan turut merujuk kepada AMANAH yang bertanggungjawab mendedahkan audio itu sebelum ia menjadi viral dimedia sosial dan mendapat liputan media.
Bagaimanapun sehingga kini Nik Abduh tidak mengambil tindakan undang-undang untuk penafian yang dibuatnya.
Husam Musa ketika menyampaikan ceramahnya di Dun Tanjong Mas malam tadi, mendedahkan perkembangan terkini berkaitan dakwaan audio suara yang menyamai suara Nik Abduh Nik Aziz
Husam yang juga Adun Salor berkata, walaupun Nik Abduh membuat penafian dan disokong oleh beberapa pimpinan Pas lainnya, Husam secara peribadi mendakwa, yakin suara didalma audio itu adalah suara Nik Abduh.
“Ada orang kata bukan suara dia, ada kata suara dia. Suara dia…dia tidak ngaku lagi.
“Kalau nak harapkan dia, dia tidak akan mengaku jadi macamana kita nak tentukan perkara ini?
“Kenapa perkara ini penting khususnya ahli Pas nak menentukan perkara ini.
“Jika kandungan audio itu betul, nik abduh kata ustaz hadi terima duit dari umno, dia dan ayahnya terima duit daripada
Umno, dia berhubung dengan CIA, Pas dan umno bekerjasama, dalampilihan raya Dun Sarawak Pas kerjasama dengan Umno jatuhkan DAP, terima duit Umno RM2juta.
“Jadi perkara ini kena ditentukan khususnya rakyat kelantan yang nak mengundi sebulan lagi.
“Nak undi pas jika betul terima duit dari Umno nak ke undi Pas? Ini yang mustahak kena tahu. Jika tak betul, undilah Pas.
“Tetapi jika Pas ambil pitih (duit) dari Umno patutkah kita nak undi Pas?…serupa kita undi Umno. Jadi kita rakyat kena tahu
audio ini betul ke tidak.
“Nik Abduh ambil jalan mudah kata bukan suara dia.Saya dengar suara dia masa dia kecik lagi…suara dia tu,” ujar Husam dihadapan lebih kurang 300 hadirin.
mdl
Picture

22 ulasan:

  1. Ngaku aja lah nik beduh woiiii..
    Saksi ada
    Jgn lah kerana politik kamu sanggup berdusta puluhan juta manusia.
    Tak kemana politik tu...
    Lebih baik jaga kemuliaan islam dpd politik yg mengelabui nafsu kamu tu.
    Islam di utamakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan ramai pemimpin PH yang ada audio dengan isteri orang, video china doll, video rasuah, video penipuan dan banyak sekali video memfitnah, kenapa mereka tak nak mengaku?.....kehkehkeh

      Padam
    2. Aku tak kesah pon duut mana asalkan jgn dpd yahudi zionis....hehehehe

      Apa nak kecoh sangat?Apa fungsi wang itu sehingga husam tugu meroyan sgt...hehehehe
      Dia dah giler ker???

      Klu wang itu menjadikan nik abduh keluar pas dan masuk umno...lain ceritalah.
      Pas tak keluar dpd haprak tetapi ditendang keluar oleh dapigs yg kononnya big boss dlm haprak.Itu jer...
      Nak kaitkan audio yg tiada bukti khusus menjadikan husam tugu hanya taik fitnah oleh rakyat..krn rakyat tak bodoh.

      Klu husam tugu nak meyakinkan macai2 haprak dan macai2 DOJ dgn audio tersebut...silakan.Mrk layak dpt bunga dan taik....hehehehehe

      Padam
    3. Bukti jelas dan nyata Melayu Islam bawah Umno - Pas memang sukar menjauhi rasuah dan dedak. Ibarat dah jadi darah daging. Allahu. Semoga cepat pupuslah zuriat mereka ini. Amin.

      Padam
    4. la ngaku ajelah,tukar tajuk lak!

      Padam
  2. Kehkehkeh......akan cadangkan Husang bukak satu office kat London supaya senang berurusan kat sana, tak perlu ulang alik....kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe puak walaunta! ngaku ajelah!membangun bersama 'DEDAK'

      Padam
  3. Nak molek dapatkan tarikh masa tempat dan siap yang hadir dalam pejumpaan itu. Lepa tu minta yang hadir tu buat pengesahan betul atau tidal. Orang2 agamawan kan tak bole berbohong kerana mereka ni maksum. Rasuah pun tak penah ambil kecuali DERMA. lagi baik angkat sumpah laknat diketuai oleh TGHH TTMI DAN pengikut yang disebut namanya termssuklah nik abduh sendiri yang buat ucqpan itu. Barulah real dan suci dan menyucikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lupa panggil prmbaca doa tu sekali minta bacakan doa tolak bala dan jatuhkan bala kepada yang terima duit2 itu sekiranya mereka tak mengaku.

      Padam
    2. Orang beriman diajar oleh Rasulullah SAW supaya jangan menuduh selagi tidak dibuktikan bersalah, itu prinsip PAS, liberal ni hanya tahu memfitnah.

      Padam
    3. Orang beriman Nik Abduh kata bila difitnah kena diam. Kena menyorok dan lari. Jangan tanya banyak-banyak. Sekali cukup. Kekeke. Dapat pahala dapat dedak lagi. Kekeke. Ini Islam Syiah ke Islam liberal punya fatwa? Kekeke.




      Padam
  4. Setahu hambo,org2 pas yg terror fitnah,caci org,maki org,hina org,murtadkn org,jatuhkn hukum pada yg tk sokong pas,org2 pas jer yg islam,org2 pas jer yg solatnya sah..hanya solat org2 pas jer yg diterima Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errrr....bgmana pula dgn pengerusi haprak????

      Isu fitnah liwat anwar ibrahim pon tak setel2...hehehehe
      Sggh jijik kata2 tun klepet klu bab2 mengata dan memaki org nie....hehehehe

      Mgkin dah kena sumpahan....hehehehe

      Padam
  5. Bila hati sudah hitam. Nik Abduh dan geng Ustaz pemecah belah parti Pas. Sepatutnya ahli Pas pasang lebih banyak perangkap macam Ana Tahu untuk dedah sifat mazmumah Geng Ustaz ini. Semoga orang Melayu Islam tidak lagi tertipu macam Projek RUU355.



    BalasPadam
  6. Walaun2.. tak payah lah.. nak babit2 cerita2.. kes2 lain... kita tunggu je keputusan analisa audio tu.. boleh agak kalau keputusan analisa tu benar suara nik abduh... nanti jgnlah pulak tak dpt taget 40 kerusi salahkan dap..nanti jgn lah pulak kenapa buat analisa kat luar negara..dah mat salleh tu pakar..utk selesaikan kes2 mahkamah..jgn salahlan dap pulak..kalau analisa audio ni..sah2 suara nik abduh mcmana..?. Kes SR.. kita boleh tahu keputusannya.. jgn lah kes mahkamah kat uk tu.. masih salahkan dap...rasa2 walaun2 tak tahu ke.. AMANAH tgh saman 2 blog pro parti pak lebai.. sbb tuduh parti AMANAH pak turut DAP.. kita tunggu ya keputusannya.. mulut memang senang berkata2.. kita tunggu je keputusannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...lawak
      Sejak ada parti PANxxx...pemimpin2 dan wakil rakyatnya dah mcm org gila...hehehe
      Mgkin dah kematu sejak ditekan oleh abang long dapigs sehingga mental pon bercelaru...hehehehe
      Terbaru ada ahli parlimen PANxxx berkira nak jadi tuhan....hehehehe
      Sampai nak dilabel sebagai tuhan krn kecacatan emosi...hehehehe
      Kesian...tak bekerja takut periuk nasi tak berasap.Biarlah jadi hamba dapigs asalkan fulus masuk.Biarlah mencium tapak kaki tun klepet asalkan mendapat dedak...hehehehe

      Org lain sebok kukuhkan pasukan tapi puak haprak sebok tabur fitnah.Konon nak mengelirukan rakyat tapi macai2 haprak pula yg keliru...hehehehe

      Dpd fitnah rm90juta ke rm200juta dan lps nie apa pulak...hehehehe
      Berdasarkan kajian...semuanya gagal mengubah persepsi ahli parti bahkan sokongan semakin kuat dan jitu.

      Malang kpd team husam tugu yg menyalak mewakili pemberi dedaknya sejak menyertai team tun klepet semakin menampakkan kebodohan dan kecacatan emosi dgn gagal membuktikan segala tuduhannya yg lebih berunsur fitnah.

      Klu setakat ujian audio dpd pakar tanpa bukti visual dan saksi...tak membawa erti.Bukan sikit manusia di dunia yg boleh meniru suara org lain....hehehe
      Lainlah klu ada bukti DNA atau video serta saksi spt kes memuki chinadoll dan liwat anwar brahim...hehehe

      Kpd macai haprak...jiran taman aku dpt meniru sebijik mcm suara husam tugu..tun klepet dan najib.Sayang dia belum lagi pernah mendengar suara jho low.Klu tak mgkin dia dpt meniru...hehehehe

      Padam
    2. Saman je Beduh. Kekeke. Nak samakan kes liwat Anwar lawan sampai Saiful pun mengaku tak basuh berak 3 hari. Kekeke. Paling lawak mengaku pulak jadi penerima biasiswa tajaan Kleptokrat Sial Najib Tun Razak. Kekeke. Beduh terkucil sangat macam Dr UUM Sintok kenapa? Tengah cari lagi siapa yang bocorkan "rahsia besar" dedak Pas barua diberi broker Umno ke? Kekekeke. Sia-sia. Berdosa! Ana tahulah. Ana sumpah enta jadi abu. Kalau jadi abulah.



      Padam
    3. Burung tiong jiran sblh rmh aku mampu meniru suara abg mat sabun ketawa...

      Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...

      Padam
  7. PAS BERSAMA 'TGNA' MEMBANGUN SAME 'ISLE'.

    PAS BERSAMA 'HADI' MEMBANGUN SAME 'DEDAK'

    BalasPadam
  8. Kekeke. Kesian. Hadi Awang rupanya diremote control oleh agen CIA Nik Beduh. Kekeke. Tengok kes ponteng Hadi Awang mesti atas nasihat agen CIA Nik Beduh. CIA macam Ustaz Ridwan kawan baik Nik Beduh kata nak Islam dipandang lekeh. Kekeke. Berjayalah agen CIA Nik Beduh buat Hadi Awang jadi boneka. Kekeke.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Cai..tun klepet yg guna CIA dan FBI...hehehe

      Sampai skrg tak tertangkap2 jolok dan anak tiri najib.Lembab lahhhh...hehehe

      Sampai ada yg kata tun klepet bagi dana kpd akhbar yahudi zionis dan berjumpa billionaire george soros agar memanipulasi sistem pghakimanan dan media yahudi amerika utk memfitnah dan mencari pengaruh...ish ish ish

      Klu benar...patutlah jolok dan anak tiri najib tak tertangkap.Sekadar mainan politik puak penyamun tarbus yg gila nak kaya dan kuasa....hehehehe

      Cai..lps rm90juta..rm200juta..audio...apa pulak yer????hehehehe

      Dulu pon ada audio abg mat sabun...anwar dgn gay boy...semuanya tak membawa erti..cai.
      Hehehehehehe....

      Silap2 hari bulan...husam tugu mgkin hilang rm500k krn menyebar berita palsu....hehehehe

      Padam
    2. Ya begitu la...semoga kebenaran terserlah...semoga Allah bantu puak yang nak bantu agama Allah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive