Panas!! Ketua Wanita Umno keluar parti

Mak Ne (dua dari kanan) bersama-sama rombongan Pakatan Harapan (PH) dalam satu program kebajikan.
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Parti adalah suatu wadah bagi seorang penggiat politik untuk membawa ideologi yang dipegang dalam kehidupan. Sememangnya di Malaysia selama ini telah mempamerkan beberapa senario yang membuatkan politik itu menjadi suatu wadah yang menarik. Namun bagi seseorang yang selama ini berpegang kepada kesan ‘selesa’ sebagai pemerintahan, hal itu agak payah atau susah untuk mereka menunjukkan sikap berpaling terhadap apa yang dimiliki selama ini.
Perkara itulah yang dihadapi oleh seorang tokoh wanita di kawasan Parlimen Tanjung Piai, Johor yang beliau merupakan seorang penggerak yang efektif dalam membentuk kerangka politik pemerintah di kawasan tersebut. Beliau yang dikenali sebagai Mak Ne atau nama sebenarnya Normah binti Mohamad, berusia 65 tahun adalah tokoh yang tidak asing lagi di kawasan Tanjung Piai.
Beliau adalah seorang peniaga kecilan. Ibu tunggal kepada tujuh orang cahaya mata itu adalah seorang wanita yang gigih dalam menjalankan aktiviti masyarakat setempat. Di tempat kediaman beliau di Kampung Serkat, Pontian Johor merupakan saksi di mana tokoh-tokoh tempatan dalam kalangan Umno Barisan Nasional (BN) telah diangkat di situ.
Tokoh seperti Datuk Mohamad Osman Yusof atau dikenali sebagai Tok Moy yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian Umno Tanjung Piai adalah merupakan salah seorang tokoh yang pernah bertandang di rumah beliau. Sememangnya jasa Mak Ne begitu banyak terhadap masyarakat setempat khususnya kaum wanita di Tanjung Piai melalui gerakan beliau sebagai seorang Ketua Wanita Umno Bahagian.
Sehingga kini, Mak Ne masih lagi disegani oleh masyarakat khususnya kaum hawa yang tinggal di kawasan Tanjung Piai. Pengerusi Jemaah Pengarah Wanita Peladang Pontian Selatan ini juga turut aktif dalam menjalankan aktiviti kempen sewaktu beliau bersama-sama dengan perjuangan Umno-BN sebelum ini.
Normah Mohamad atau Mak Ne
Namun setelah apa yang dilaluinya selama tiga puluh lapan tahun di dalam Umno, Mak Ne akhirnya mengubah haluan wadahnya dari selesa dengan parti pemerintah kepada aliran pembangkang. Hari ini Mak Ne yang dikenali sebagai seorang yang berjasa di dalam Umno telah mengisytiharkan untuk bersama-sama dalam parti baru yakni Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai wadah yang baharu.
Beliau sebelum ini bertindak keluar dari parti Umno kerana melihat bagaimana nasib rakyat sekeliling yang disantuni selama ini semakin terjerat dengan kesan-kesan pemerintahan di bawah pemimpin utama UMNO yakni Dato Seri Najib Razak. Tindakan lebih parah lagi bagi Mak Ne ketika di dalam Umno apabila Tun Dr. Mahathir sebagai mantan Perdana Menteri telah ditentang hebat oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Hal itu membuatkan Mak Ne sayu sehingga Mak Ne mulai memikirkan apakah masih ada sinar harapan untuk mengubah parti pemerintah itu kepada haluan untuk menyelamatkan rakyat. Lebih memuncak lagi apabila Timbalan Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dipecat kerana bersuara bagi pihak rakyat dalam isu berkenaan 1MDB yang menjadi liabiliti kepada pemerintahan di Malaysia ini.
Keputusan telah dibuat, Mak Ne telah bertekad untuk mengubah haluan dengan berusaha menukar pakaian dari hidup sebagai seorang yang selesa memerintah kepada haluan pembangkang. Bagi Mak Ne, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana lebih dari separuh usianya, beliau terlibat di dalam parti Umno.
Oleh kerana prinsip untuk menyelamatkan rakyat, Mak Ne membuat keputusan untuk meninggalkan tahap keselesaannya kepada perit jerih perjuangan demi menyelamatkan nasib rakyat yang lebih disayangi oleh Mak Ne. Kini beliau telah berada di dalam Bersatu sebagai seorang tokoh wanita di Tanjung Piai dan hasrat beliau adalah untuk mengubah serta meletakkan harapan yang baru kepada rakyat.
Beliau kini yakin, walaupun sebelum ini beliau menjadi seorang yang teguh sebagai pemikir gerak kerja wanita UMNO dan pernah membuat gerak kerja menewaskan musuh politik Umno di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang suatu ketika dahulu, bagi Mak Ne itulah adat resam dalam perjuangan memartabatkan rakyat di Malaysia ini.
Hari ini, Mak Ne tidak lagi melihat Umno masih mempunyai peluang dan ruang untuk membawa agenda menyelamatkan rakyat di negara ini. Namun semangat Mak Ne tidak pernah luntur dan kini beliau semakin bersemangat untuk menyalakan obor kebangkitan rakyat sebagai panji untuk beliau terus berjuang di dalam arena politik di Malaysia khususnya di Tanjung Piai.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

16 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mac 2018 1:48 PTG delete

syabas mak ne!teruskan perjuangan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mac 2018 4:53 PTG delete

Kalau dari UMNO masuk PH begitu juga sebaliknya, tiada yang pelik, dasarnya sama namanya je yang berbeza, Pepsi dan Coke, pi mai pi mai tang tu jugak...kekeke

Reply
avatar
mahligai seni
AUTHOR
3 Mac 2018 6:19 PTG delete

Habis tu apa yang peliknya?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
3 Mac 2018 7:09 PTG delete

Kalau keluar UMNO masuk PAS baru la pelik.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 8:21 PG delete

Admin, ada lagi yang berita pelik dari ni, setakat seorang ahli UMNO keluar parti tak jadi kudis gatal pun, UMNO tak rugi PH pun takde UNTUNG, kenapa tak publish bro?

Di Kampar dan Tapah seramai 38 orang ahli DAP keluar parti, bukan seorang tu 38 orang bro, rugi DAP rugi PH berkuatkuasa hari ini, ni baru pelik.

Pelik, kenapa mereka boleh keluar parti secara beramai-ramai, menunjukkan salah satu tanda-tanda yang DAP mempunyai masalah diakar umbi akibat Mahathir.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 11:40 PG delete

Berita buruk bagi haprak jgn haraplah klepet nak dengar dan publish...hehehe

Isu fitnah liwat anwar pon belom setel2 demi menjaga kewibawaan penyamun besar tu....hehehehe

Maklumlah..hanya ke putra jaya shj dpt meneruskan legasi 22tahun dia yg memewahkan anak..waris..proksi dan kroni.

Mahdey mmg bijak memainkan isu persepsi dan fitnah.Sekor2 beruk dlm haprak yg pernah bertekad memenjarakan dia melutut mencium kaki dia...hehehehe

Anwar?!!Jgn bermimpilah nak jadi peeM krn telur aiskrimin pon dah dlm gengamannya.Dapigs pon sama...dah termakan dedak dan tunduk dgn perjanjian mewah dgn klepet tua tu...hehehehe

Macai2...hanya dpt bunga dan taik...hehehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 12:09 PTG delete

Tidak mustahil PH akan berdepan dengan kemusnahan disebabkan Mahathir, hanya pemimpin atasan PH yang mudah dibeli oleh Mahafiraun.

Ahli-ahli bawahan yang otaknya bergeliga akan menolak Mahathir, hanya yang otaknya bengap dan lembab je anggap Mahathir itu penyelamat.

Masalah dalaman PH dah makin bertambah dan kronik, tiada tanda-tanda ianya akan berakhir.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 12:10 PTG delete

Admin dah kepanasan...kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 7:36 PTG delete

Kekeke. Macai meroyan. Rakyat tak peduli dah berita Utusan atau media umno - be end. Penganalisis politik cap kangkong je yang sibuk dengan kes ahli keluar parti masa nak dekat PRU. Kekeke. Isu keluar parti dekat PRU dah basi dah lemau dan berulat. Kekeke. Rakyat tengah tunggu bila Kleptokrat Sial Najib Tun Razak nak call Jho Low Taek mintak balik Malaysia? Jho Low Taek keluar tak balik-balik lagi. Kekeke.



Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 9:10 PTG delete

Jho Low Taek musuh negara no 1 yang Rakyat harap akan dapat kembali ke Malaysia. Riza Aziz anak Sial musuh no 2 negara. Dadah jatuh musuh negara no 3. Kekeke.



Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 9:31 PTG delete

Kekeke. Maksudnya MCA dan MIC lagi bijak daripada umno sebab tak bagi langsung umno tuntut kerusi mereka. Kekeke. umno diperlekeh sebab kleptokrat Sial. Kekeke.



Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 9:49 PTG delete

MCA dan MIC bukan parti dominan dalam BN bro, DAP dominan dalam PH, Kalau bab mendominasi pakatan ada sikit perbezaan Pepsi dgn Coke.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 9:51 PTG delete

Dah 2 tahun DOJ masih lagi gagal memulakan pendakwaan keatas Jho Low, kenapa?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
4 Mac 2018 9:53 PTG delete

Kalau dah basi, lemau dan berulat kenapa admin publishkan isu ni bro? Sakit ke?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Mac 2018 9:23 PG delete

Admin published pasal Ketua Bahagian. Hierarki umno Ketua Bahagian ini sama taraf calon Menteri Besar. Setakat macai macam kau ni, sampah je dalam umno be end. Kau ni macai jenis apa tak tahu hierarki parti sendiri? Kekeke.




Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Mac 2018 10:57 PG delete

Sebenarnya mung yang sakit bukan admin, jangan berbelit la bro, 38 orang tu dibawa keluar oleh Ketua Perhubungan DAP di Kampar, bukan setakat ketua umno bahagian, apa barang....nak putar belit pun tgk kiri kanan dulu bro....kehkehkeh

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Senarai Blog @ Bisnes