Iklan Penaja 1

Jumaat, Mac 30, 2018

Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan

Lautan rakyat Kedah hadir ceramah Jelajah Pakatan Harapan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Lebih 5,000 rakyat Kedah membanjiri ceramah perdana Jelajah Pakatan Harapan (PH) di Guar Chempedak malam tadi dengan kemuncak pidato oleh calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, siaran langsung menerusi Facebook PH juga menarik perhatian seluruh negara apabila mencatatkan jumlah tontonan mencecah lebih 7,000 tontonan ketika giliran Tun Mahathir berucap. Lautan kehadiran masyarakat setempat pada malam cuti bagi negeri di utara tanah air itu sekali gus menyaksikan sambutan paling menggalakkan selepas berlangsungnya enam siri jelajah yang sama ke negeri-negeri lain sebelum ini.
Gelanggang ceramah perdana didahului bacaan doa dan tahlil ringkas untuk bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid yang meninggal dunia pada 9 Mac lalu yang dipimpin Ustaz Mohamad Hassan dari Bersatu.
Lautan rakyat Kedah hadiri ceramah Jelajah PH di Guar Chempedak malam tadi.
Pengerusi PH Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir seterusnya membuka gelanggang pidato pada ketika hujan sedikit renyai sebelum diikuti aktivis Bersih, Hishamuddin Rais.
Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu PH, slot ceramah diteruskan dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Presiden PH seterusnya mengambil giliran dalam ceramah perdana yang dipengerusikan Ketua Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Azimi Daim.
Pentas ceramah di belakang Pasaraya Long Wan itu selanjutnya dihangatkan dengan penampilan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu. Ceramah tokoh pidato yang hanya 14 minit seperti rata-rata pemidato lain bagaimanapun dilihat tidak memuaskan hati penonton.
Mereka bersorak seketika mahukan Timbalan Presiden PH yang berceramah disulami nada humor dalam fakta itu diberi tempoh lebih lama.
Suasana ceramah kemudiannya bertukar sedikit hiba apabila rakaman video amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersiaran sebelum diceriakan kembali dengan dendangan lagu ‘Kamilah Penyamun’ dari filem P.Ramlee yang melatari bingkisan grafik berkenaan skandal rompakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kemuncak ceramah PH tentunya penampilan yang paling dinantikan negarawan Tun Dr Mahathir. Ceramah Pengerusi PH berkenaan yang selama 32 minit itu dimulai dengan status Umno dan Pas pada masa ini.
“Saya hentam Umno nak bagi runtuh Umno. Sebab apa? Umno sudah mati. Yang ada itu bukan Umno, tapi Parti Najib.
“Begitulah juga dengan Pas. Ini bukan Pas (zaman) dulu. Bukan Pas Burhanuddin Al-Helmy, bukan Pas (pimpinan) Datuk Asri, bukan Pas Nik Aziz.
“Ini Pas lain. Saya tidak payah sebut nama. Dah tukar. Sebab itu saya keluar Umno dan Mohamad Sabu keluar Pas.
“Kita tubuh parti bukan nak jawatan. Kita mahu buat kebaikan kepada negara kita,” katanya dalam program yang mendapat liputan rasmi Media Oren itu.
Ceramah berakhir kira-kira jam 11.30 malam dengan diakhiri laungan “Pakatan Harapan” oleh Tun Mahathir sebanyak tiga kali.
mdl

Picture

4 ulasan:

  1. PH ada empat parti didalamnya, boleh kumpul manusia jadi lautan tapi PAS satu je parti boleh kumpul macam tu juga, bila masa pru kalah juga, kenapa?

    BalasPadam
  2. Wah ramainyerrr...
    Nonton maharaja lawak melawak....hehehe
    Oopppsss...nonton penyamun tarbus menipu rakyat....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai penonton,nak humban penyamun,pencuri,penyangak dan lobai dedak.

      Padam
  3. Kekeke. Duit negara dicuri, PRU14 pun Kleptokrat Sial Najib Tun Razak nak curi juga. Kekeke. Patutlah macai Kleptokrat Sial Rosmah Mansor yakin sangat dengan persempadanan semula SPR. Kekeke. Patutlah macai Kleptokrat Sial Jho Low Taek tak puas hati dengan Amanah dan PPBM Bersatu. Kekeke.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive