Beritahu susah berjuang agama, tapi sebenarnya tak susahpun…


Beritahu susah berjuang agama, tapi sebenarnya tak susahpun…

Mereka mengaku pejuang Islam. Kemudian mereka gambarkan perjuangan mereka begitu sukar, susah, penuh onak duri, nyawa terancam, kehidupan terhimpit.
Lalu mereka bacakan ayat al-Quran, hadis dan sirah Nabi tentang sulitnya berjuang Islam. Mereka termasuk kelompok orang yang dimaksudkan oleh ayat dan hadis itu. Pentaksub mereka pun angguk setuju dengan tafsiran itu.
Jika ditinjau, apa yang mereka namakan perjuangan Islam itu adalah perjuangan Islam dalam versi yang mereka cipta sendiri. Bahkan jika diteliti dengan jujur, perjuangan itu tidak menepati perjuangan Islam yang diwariskan oleh Nabi.
Perjuangan Islam Nabi penuh dengan kasih-sayang, menghormati manusia, mengelak perseteruan, membina hubungan baik dengan semua orang dan tidak memandang orang lain yang berbeza sebagai musuh agama.
Sementara perjuangan Islam yang mereka bawa tidak seperti perjuangan yang dibawa oleh Nabi. Dengan rasa suci diri, mereka bermusuh dengan semua orang yang berbeza, mempamerkan Islam dalam wajah tanpa toleransi dan suka melabel orang lain musuh Islam.
Ayat yang suka mereka baca adalah ayat perang, padahal ayat perang sesuai diimplementasi hukumnya dalam suasana perang, bukan suasana aman. Malaysia kini bukan dalam kancah perang seperti latarbelakang ayat yang dibaca itu.
Sambil mereka mengaku berjuang Islam dalam versi yang mereka cipta itu, mereka pun beritahu orang bahawa perjuangan Islam sukar dan payah. Seolah-olah mereka sudah mewarisi perjuangan Nabi yang sukar itu, dan merekalah pejuang Islam tulen.
Namun di sela-sela kesipongangan itu, hakikatnya mereka tidak susah pun. Mereka ada gaji dan elaun bulanan puluhan ribu sebagai MP, pakai kereta sedap, ke sana-sini naik ‘belon’ (kapalterbang), pangkal nama ada datuk, hadiah kereta mewah kepada isteri, ada yang ada isteri lebih daripada satu dan banyak lagi.
Mereka “berjuang Islam” dalam keadaan sebegitu mereka kata susah? Sukar? Payah? Nak bandingkan perjuangan mereka dengan perjuangan Nabi? Nak letakkan maksud ayat al-Quran tentang susah perjuangan untuk diri mereka?
Inilah yang boleh dinamakan candu agama, yakni menamakan sesuatu atas nama agama untuk menarik sokongan umum dengan labanya pulang kepada diri sendiri.
Namun pentaksub mereka tetap bertakbir, mereka tetap rasa diri mereka suci, dan hujan yang turun tanpa henti adalah simbol kemenangan mereka. Khurafat apakah yang sedang mereka promosikan?
____________________________
Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi ialah Pengarah Syariah AMANAH Nasional
mdl
Picture
Previous
Next Post »

11 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
22 September 2017 2:36 PTG delete

Perjuangan Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w tidak semudah yang disangka oleh PANdir, lihat saja sirah dan sejarah Rasulullah s.a.w. yang membawa perjuangan Islam, ada yang terkorban mati syahid, ada yang diseksa dan tidak terlepas juga dari maki hamun dan penghinaan.

Perjuangan Islam PANdir amat mudah sebabnya PANdir hanya perlu tunduk dan patuh kepada kafirun DAPigs, walhal didalam Al Quran begitu banyak larangan dari Allah s.w.t. tentang larangan mengambil golongan kafirun untuk menjadi imam atau pemimpin yang akan memimpin umat Islam, apatah lagi tunduk dan patuh dengan kehendak golongan kafirun.

Apakah PANdir ada hujah untuk mematahkan larangan Allah s.w.t. ini?

Apa yang hendak disampaikan oleh Ustaz PAndir ni sebenarnya? Hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui apa niat sebenar Ustaz ni. Al Quran dan Al Hadis dah menjelaskan segalanya, jangan dikelirukan umat Islam dengan kenyataan yang mengelirukan ini. SubhanAllah.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 September 2017 8:11 PTG delete

Peduli apa PAN nk ikut siapa. Apa perlu penyokong PAS dan ahli PAS nk sibuk sangat. Dulu semasa dorang semua berada dalam PAS bolehlah ditegur. Selepas di hina..dimalukan dan dihalau keluar dari PAS masih nk sibuk2 pasal PAN...imej Islam apa yg nk ditunjukkan oleh PAS sekarang ini.....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 September 2017 9:27 PTG delete

PAS tidak pernah menghalau keluar G-18, mereka sendiri yang keluar dari PAS dengan rela hati, sebabnya semua tahu G-18 ni kalah semasa pemilihan dan mereka hilang kuasa dan jawatan, itu saja yang mereka idamkan, tanpa kuasa mereka jadi lemah dan lesu, lalu G18 menubuhkan parti sendiri dan membahagikan jawatan-jawatan terpenting sesama mereka, dan mereka dah berkuasa sekarang dengan jawatan yang mereka sendiri cipta, berkuasa untuk mengarahkan ahli dan pengikut PANdir yang hanya tidak sampai 1%, politik macam ni amat mudah dibaca.

Reply
avatar
jalilnor
AUTHOR
22 September 2017 9:38 PTG delete

candu agama.. candu agama .. jawblah ketika dlm kubur nanti...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 September 2017 7:55 PG delete

Maaf saudara,
Saling berpesan untuk memeriahkan ukhuwah dan kebenaran.
Bandingkan Kehidupan pejuang sezaman dengan Nabi..
Bandingkan kezuhudan mereka..
Bandingkan kemewahan diri, anak isteri dan keluarga mereka..
Bandingkan tutur bicara mereka yang penuh hikmah dan sesuai dengan situasi..
Bandingkan akhlak mereka sesama muslim, mukmin dan orang yang belum mendapat hidayah Allah..
Bandingkan sikap sesama mereka terhadap rakan seperjuangan yang berbeza fikir dan tindakan..
Bandingkan ibadah mereka..
Bandingkan pengorbanan mereka terhadap masa, harta, kesenangan hatta nyawa..
Bandingkan kesabaran mereka..
Bandingkan ketelitian dan kejelasan matlamat dan tindakan mereka seperti kisah Saiyyidina Ali kw yang tidak jadi membunuh musuhnya semata-mata ragu akan niatnya dan asbabnya..
Bandingkan pelaksanaan AMANAH mereka..
Bandingkan amalan amanah PEMIMPIN saudara..
Bandingkan..
Bandingkan brooo..

Tidak semua kebaikan dapat kita lakukan..
Akan ada orang lain yang Allah datangkan bagi memenuhi kekurangan kita..
Lihatlah kebaikan yang dilakukan oleh rakan kita yang lain..
Kebaikan kita bergabung dengan kebaikan rakan kita akan menjadi sendi yang saling menguat dan mensyumulkan Islam ini.
Saudara,
Nak tahu rumah kita cantik atau tidak tengok dari luar..
Nak tahu kita betul atau salah selalu nilai apa telitiapa kata musuh atau orang yang tidak sefikir dengan kita..

Saudara,
Bercakap tentang sejarah berlambak orang boleh cakap..
Merialisasikan sejarah pada urusan kehidupan rialiti itu yang berlambak gagal.
Lihat sendiri tuturkata, jalan fikir, kerja buat dan amalan hidup duniawi para lebai-lebai dan walaun yang perasan ahli-ahli syurga itu..
Islamik atau perasan Islamik sahaja..?
Nanti..
Nanti ada orang lebel cerdik tak boleh di ikut dan bangang tak dapat di ajar saudara marah..
Jangan bodoh sombong..

Saudara,
Jika telah melakukan kebaikan lalu terasa baik jaga-jaga lah hati takut-takut itu mainan daripada SYAITAN..
Apabila melihat orang lain lalu yang dinampak hanya pada salah mereka itu pun kena jaga-jaga juga broo..
Manalah tahu sekiranya kesalahan orang itu umpama cermin yang Allah pamerkan dihadapan mata kita..
Syukurlah puak-puak saudara dengan sikap seperti yang kami dapat lihat, seperti sudah boleh memilih pintu-pintu syurga yang ingin dimasuki..
Tahniah..
Maaf,
PAS dan pengikutnya sudah banyak mengarut dan tersasar..
Kamu..
Kamu..
Kamu sedang membuat FITNAH
Kamu sedang membiakkan fitnah terhadap perjuangan dan keindahan Islam.
Para WALAUN yang membekukan otak untuk berfikir dan membuat perbandingan bagai unta dicucuk hidung.
Al-hasil jadilah kamu umpama si kaldai yang ditunggangi dan dibebani untuk keselesaan tuan mereka..
Bodoh itu kelemahan diri dan boleh belajar..
Tetapi jika diporbodohkan itu tandanya kamu kekurangan sifat INSAN.
JUMUD MINDA.
Maaf zahir batin.

Reply
avatar
23 September 2017 10:13 PG delete

TAK SUSAH BAGI YANG BERPOLITIK BERIDEOLOGI AKAL BERACUAN PENJAJAH/DAP BERLIDAH DAJJAL.MUSUH ISLAM YANG SEBENAR IALAH YANG JAHIL DENGAN AL-QURAN DAN HADITH SERTA MENOLOK ISLAM ITU DARI MEMERINTAH BUKAN DIPERINTAH SERTA BERSEKONGKOL DENGAN MEREKA-MEREKA YANG ANTI ISLAM.PAS BOLEH MENERIMA SESIAPA SAHAJA ASALKAN BOLEH MENERIMA DASAR PAS,HATTA SYAITAN SEKALI PUN.PAS BUKAN HENDAK JATUHKAN NAJIB DAN UMNO SERTA SEKUTUNYA TETAPI MENGUBAH DASAR DARI SEKULAR,BERIDEOLOGI AKAL KEPADA PRINSIP ISLAM YANG BERDASARKAN AQIDAH DAN AKHLAK.

Reply
avatar
23 September 2017 10:21 PG delete

PAN BERDASARKAN APA BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YANG TOLAK ISLAM TERUTAMA DAP.DAN PAN HANYA BERETORIK DENGAN ISLAM.DULU MAT SABU TUDUH MAHATHIR MAHAFIRAUN,MAHAZALIM DAN MAHATHIR PULA BERSETUJU DENGAN BUKU 50 DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM HARI MEREKA-MEREKA INI BERSEKONGKOL DENGAN ORANG YANG ANTI ISLAM SEHINGGA ADA SUATU KETIKA MAHATHIR PERNAH MEMBARI AMARAN KEPADA ALLYARHAM NBIK AZIZ JIKA KELANTAN LAKSAKAN HUDUD KERAJAAN PUSAT AKAN MENGAMBIL TINDAKKAN.HANYA ORANG YANG BENAR-BENAR BERIMAN SAHAJA YANG CIPTAKAN WAHYU ALLAH SEBAGAI PENGHIDUPAN DIDUNIA DAN AKHIRAT.BUKAN PERJUANGAN DIDUNIA SAHAJA SEPERTI DAP.KALAU PH/DAP MENANG PRU14 NANTI DAP DAN SEWAKTU DENGANNYA HENDAK KE JALAN HUKUM ALLAH SEBAGAI HUKUM TERTINGGI NEGARA.

Reply
avatar
23 September 2017 10:31 PG delete

ASP TIDAK MENYINBUK TETAPI MENUDUH PAS TIDAK HENDAK BERKERJA SAMA DENGAN PUAK YANG MENETANG ISLAM ITU YANG PAS TERPAKSA BERI PERJELASAN.TUDUHAN DAN TOMOHAN ITU ADALAH PERMAINAN PENETANG TEGAR ISLAM PARA NABI DAN RASUL DITUDUH SEBAGAI AHLI SIHIR,GILA,PEMECAH-BELAH MASYRAKAT DAN SEBAGAINYA.KALAU KITA TIDAK HENDAK JADI SEPERTI ABU JAHAL DAN ABU LAHAB PENETANG TEGAR ISLAM MAKA JADILAH SEPERTI ABU MUTALIB DAN ABU TALIB WALAUPUN TIDAK MASUK ISLAM TETAPI PENOLONG KEPADA ISLAM.BACALAH AL-QURAN DAN TAFSIRNYA SUPAYA APA YANG KITA BERJUANGKAN ITU ADALAH DUNIA SEMATA-MATA TANPA BERDASARKAN WAHYU ALLAH IAITU BERPOLITIK BERIDEOLOGI AKAL.SYAITAN AKAN MENAMPAKKAN KESEMPURNAAN DIDALAM PERJUANGAN YANG TIDAK BERDASARKAN WAHYU ALLAH SERTA PERJUANGAN TANPA ILMU DAN TAKWA.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23 September 2017 11:44 PG delete

Fitnah apa yang kamu maksudkan? PAS nak berUG dengan UMNO?

PAS makan duit 90 juta?

Pemain fitnah sebenar ialah mereka yang benci dan cemburu dengan PAS.

Apa bila PAS tunduk pada DAPigs baru dikira PAS hebat, berwawasan, berprinsip dan segala kata-kata mulia diberikan kepada PAS.

Mintak maaf banyak2 bro, ini PAS bukan PANdir, PAS berprinsip dan tidak akan tunduk pada kafir yang menentang dasar Islam.

PANdir tiada dasar dan prinsip, berpolitik macam lalang, tidak berteras, amat mudah ditundukkan oleh DAPigs demi sesuap dedak dan sanggup membaruakan diri demi jawatan dan kuasa.

PANdir kalau nak membodohkan diri pada kafir silakan, jangan heret kami sekali yang cintakan perjuangan Islam.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
24 September 2017 1:41 PTG delete

Pada PAN, tunduk membabi buta serta sujud di kaki pemakan pigs (babi) dan peminum better beer adalah amat selari dgn islam ala PAN..

Lihatlah serangan kpd para pemimpin pas oleh pan yg tak henti2 selama ini..selagi tghh tidak tunduk kpd dap selagi itulah pan tidak mengiktiraf kaedah perjuangan islam pas.. lantaklah kamu wahai pan.. melayu islam tak peduli pun kpd kamu lagi kecuali mereka yg sudah kena klepet oleh pemimpin mereka..

Reply
avatar
Kaw kaw
AUTHOR
30 September 2017 9:27 PG delete

Mencaci orang islam sah sah fasik, mencaci organisasi, perlu lihat penjelasan Hassan Al banna terutama orang pas yang bertarbiahkan ikwan,

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes