PANAS!! : YB RAFIZI RAMLI BUAT GEMPAK LAGI..WAJIB BACA!!

Rafizi Ramli
Tindakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang muncul menafikan laporan Sarawak Report berhubung pembayaran RM9.5 juta dari akaun perdana menteri kepada peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah menimbulkan lebih banyak persoalan sedangkan dua individu terbabit mengambil sikap berdiam diri.
Naib presiden PKR Rafizi Ramli berkata, sejak Sarawak Report menyiarkan berita sejumlah RM9.5 juta telah dipindahkan dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak kepada Shafee, tidak ada satu kenyataan pun dibuat Perdana Menteri mahupun peguam itu.
"Dua hari lalu saya telah mendedahkan pula bagaimana dalam tahun 2011, Datuk Seri Najib telah menggunakan dana awam 1MDB yang dipindahkan ke akaun beliau untuk membayar peguam-peguam yang mewakili beliau untuk mengenepikan sapina hadir memberi keterangan di dalam perbicaraan kes liwat yang dituduh terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pendedahan saya itu berdasarkan satu dokumen yang didakwa adalah kertas siasatan SPRM yang dibocorkan di laman SPRMInsider. Maklumat yang terkandung di dalam kertas siasatan SPRM itu juga telah disahkan benar dan tepat oleh peguam kanan yang diambil keterangan oleh SPRM. Pengesahan peguam kanan tersebut mengiyakan bahawa pandangan umum bahawa kertas siasatan SPRM itu adalah benar dan sahih," tegas Rafizi.
Beliau menambah, sehingga kini tiada sebarang kenyataan dari Najib mengenai butiran siasatan ke atas beliau yang terkandung di dalam kertas siasatan itu, khususnya berhubung penggunaan dana 1MDB untuk membayar peguam-peguamnya di dalam kes liwat 2 Anwar.
Sehubungan itu ahli parlimen Pandan itu terkejut apabila Musa membuat sidang media khas semalam mendakwa akaun Najib telah ditutup sebelum bayaran dibuat kepada Shafee.
Menurut Rafizi, adalah sesuatu yang memalukan apabila Perdana Menteri dan peguam kanannya tidak mempertahankan diri mereka secara berdepan; sebaliknya pesara seperti Musa terpaksa tampil membela membela mereka.
Bagaimanapun Rafizi menyifatkan kenyataan media Musa semalam sebagai memalukan kerana tidak teliti dengan butiran-butiran siasatan sehingga tersalah fakta.
Oleh itu beliau mengemukakan bukti balas bagi menolak hujah bahawa akaun Najib telah ditutup sebelum bayaran dibuat.
Menurut Rafizi, kertas siasatan SPRM pada muka surat 9 dan 10 secara jelas memperincikan tiga akaun baru telah dibuka bagi menggantikan akaun Najib yang ditutup pada 31 Ogos 2013.
Tiga akaun baru itu, jelas beliau masih beroperasi dalam tempoh September 2013 hingga Februari 2014 iaitu tarikh-tarikh bayaran dibuat kepada Shafee.
Kronologi tindakan menutup akaun, membuka akaun baru dan memindahkan dana, seperti yang diperincikan di dalam kertas siasatan SPRM, adalah seperti berikut:
i. Akaun asal yang digunakan Najib untuk menerima pemindahan wang yang besar dibuka dalam pada 13 Januari 2011 dengan no akaun 2112022009694 atas nama beliau sendiri di AmIslamic Bank Berhad di Ambank Jalan Raja Chulan (dirujuk sebagai Akaun - 9694).
ii. Dalam tahun 2011, sebanyak RM304,329,765.75 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun - 9694 ini.
iii. Dalam tahun 2012, sebanyak RM831,789,454.53 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun - 9694.
iv. Dalam tahun 2013, sebanyak RM2,081,476,926.00 dana dari luar negara dimasukkan ke Akaun - 9694.
v. Jumlah terkumpul dana yang dimasukkan ke Akaun - 9694 di antara 2011 dan 2013 ialah RM3,217,596,146.28 sebelum sejumlahnya mula dipindahkan balik ke luar negara.
vi. Di antara 2 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013, wang dari Akaun -9694 telah dipindahkan beransur-ansur dalam 5 pindahan dengan jumlah setiap pindahan di antara USD55 juta ke USD200 juta. Jumlah keseluruhan yang dipindahkan keluar negara adalah USD620 juta; bersamaan RM2,034,350,000.
vii. Sebelum penutupan Akaun -9694 dibuat pada 31 Ogos 2013, ada tiga akaun baru yang dibuka atas nama Dato’ Seri Najib pada 31 Julai 2013; iaitu AmPrivate Banking 2112022011880 (“Akaun -1880”), AmPrivate Banking 2112022011898 (“Akaun -1898”) dan AmPrivate Banking 2112022011906 (“Akaun -1906”).
viii. Sebelum Akaun - 9694 ditutup, bakinya (selepas pemindahan wang sebanyak RM2.034 bilion seperti diterangkan di atas) sebanyak RM162,436,711.80 telah dipindahkan ke Akaun -1880 yang baru dibuka.
ix.  Antara 27 Ogos 2013 hingga 26 Mac 2014,  Najib memindahkan pula sejumlah RM160 juta dari Akaun - 1880 ke Akaun - 1906 dan Akaun - 1898.
Menurut Rafizi, ketiga-tiga Akaun 1880, 1906 dan 1898 adalah akaun-akaun yang sama yang terkandung di dalam carta aliran dana wang SRC International Sdn Bhd yang mengalir ke akaun Najib yang ditunjukkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali.

Dapatan di atas, katanya membuktikan bahawa;
1. Wujud tiga akaun yang digunakan Najib di antara September 2013 hingga Februari 2014 ketika bayaran RM9.5 juta dibuat kepada Tan Sri Shafee, iaitu Akaun 1880, 1906 dan 1898, dan bayaran RM9.5 juta itu boleh datang dari mana-mana akaun ini.
2. Akaun-akaun 1880, 1906 dan 1898 itu dibuka sebelum akaun awal iaitu Akaun 9694 ditutup.
3. Sejumlah RM162,436,711.80 dari dana 1MDB yang dimasukkan ke Akaun 9694 telah dimasukkan pula ke dalam akaun-akaun yang baru dibuka ini.
4.  Semasa membuka tiga akaun baru ini, wakil Najib yang membuka akaun-akaun itu memaklumkan bank bahawa akaun-akaun ini digunakan bagi tujuan berasingan iaitu untuk dana politik, yayasan dan satu lagi untuk lain-lain.
5.  Ketiga-tiga akaun ini (yang dibuka selepas akaun awal ditutup) juga disiasat oleh SPRM kerana telah menerima dana dari SRC International Sdn Bhd dan digunakan untuk membayar perbelanjaan peribadi Najib bagi tujuan membeli belah dan kempen politik.
"Bukti-bukti yang dikemukakan adalah terlalu kukuh. Alasan yang cuba diketengahkan dengan menggunakan Tan Sri Musa Hassan juga memalukan kerana jelas ia tidak benar.
"Sampai bila Datuk Seri Najib akan berdiam diri dan mengelak dari menjawab bukti-bukti yang datang dari dokumen yang dipercayai kertas siasatan SPRM sendiri?" soal Rafizi.
mdl
Picture
Previous
Next Post »

15 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 10:25 PG delete

Inilah mastermind langkah kejang yg sanggup memfitnah tski demi menaikkan peliwat sebagai mb.Malang perancangan yb pondan nie tak sehebat ketentuan tuhan.
Dia nie juga yg mengutuk mghina mahdey sebagai perasuah dan pengamal kronisme serta nepotisme sehingga kekayaan waris dan rakan2 mahdey 7 keturunan tak akan habis.Malang sekali sejak mahdey menyertai haprak..yb pondan ini antara manusia yg tertunduk2 mencium tangan perasuah mahdey.Tertunduk malu bagai mencium tangan seorg maharaja kejam.
Jika begini maruah yb pondan ini maka eloklah dia belajar cakap serupa bikin barulah rakyat respect.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 12:02 PTG delete

Manusia hipokrik terlalu ramai dalam haprak, boleh hancur Malaysia.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 6:24 PTG delete

Kerajaan benggong penyokong bahalul bangang

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 9:28 PTG delete

heheh..yb rafizi pejuang rakyat.bukan macam kamu hanya mencium bontot najib yg memberi dedak.

Ayuh rakyat semua.kita jatuhkan BN dan sekutunya,supaya negara kita maju...aman..dan penting semua pendatang asing yg bersepah di malaysia di hantar balik.
no BN NO GST...HIDUP PH.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 9:29 PTG delete

tANPA bn,tiada barang naik,tiada GST

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 10:45 PTG delete

Hujah pencacai mudah saja . maki hamun, mencarut dan mengeji lepas tu guna nama tuhan. Semoga rakyat malaysia berupaya menjatuhkan pennyangak dan penyamun bangsa ini

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 11:42 PTG delete

Rakyat yang bodoh je nampak rapiji pejuang rakyat, rakyat yang cerdik nampak rapiji ni hanya membodohkan rakyat je.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 11:43 PTG delete

Tiada lain dah pakatan haprak la penyamun dan penyangak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
9 Jun 2017 11:50 PTG delete

Pejuang rakyat ker pejuang peribadi anwar dan dapigs??
Kenapa dia tak pernah bangkitkan penyelewengan dan salahguna kuasa keraJaan p.pinang dapigs?
Kenapa TSKI yg berintegriti dijatuhkan utk naikkan anwar?
Tapi malanglah si anwar disabit kesalahan meliwat krn bijaknya ts shafee melawan segerombolan loyar anwar.Klu tak mgkin anwar dah jd mb.Gagal mjwb kenapa mani dia boleh berada dlm dubur mangsa...hehehe
Pakatan Haprak...rakyat tak akan percaya dongeng yg ts shafee dibayar rm9.5juta.Apa kaitan wang tersebut dgn kekalahan anwar?Dah anwar dan loyar2 nya bodo tak pandai membalas hujah.Lain kali jangan gila nak angkat puak homoseks sbg pemimpin.Mahdey pon tak terima.Terima pon hanya lakonan nak jaga hati puak lgbt.Skrg timbul pulak agar PANxxx dan pgayR harus akur parti bunga mengetuai haprak.Lantaklah korang berkawan dgn manusia yg pernah terajang anwar keluar.PADAN MUKA..hehehe

Reply
avatar
mahligai seni
AUTHOR
10 Jun 2017 1:13 PG delete

Dalam kalangan komentator ruangan ini, saru pihak sangat patriotik, satu pihak lagi sangat tebal sikap dan kemahuan membiarkan negara ini diruntuhkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami sebagai pengundi sudah semakin tahu yang mana intan yang mana kaca. Maka itu nasihat saya kepada pihak yang mempertahankan kejahatan, bertaubatlah. Sertailah pihak yang tinggi kualiti jati dirinya. Siapakah pihak yang saya maksudkan? Saya percaya semua yang ada memasuki laman ini mengenalinya.

Reply
avatar
mahligai seni
AUTHOR
10 Jun 2017 1:14 PG delete

Ralat: ....saru pihak (satu pihak). Maaf...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
10 Jun 2017 5:11 PG delete

Intan...?
Kaca...mahdey dan anwar = boneka kapir dapigs
Plastik...PANxxx = kuli abadi

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
10 Jun 2017 8:35 PG delete

Maksud mahligai seni mengenai pihak yg tinggi jati diri ialah kpd mereka yg membenarkan tanpa menegur si kafir membelek fatwa negeri utk si muslim mcm mahligai sendiri..

Reply
avatar
Aziz Naim
AUTHOR
11 Jun 2017 10:37 PG delete

Baik Bahasa tuan ....

Reply
avatar
Aziz Naim
AUTHOR
11 Jun 2017 10:37 PG delete

Baik Bahasa tuan ....

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes