Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Jun 08, 2017

AMANAH : KUKUHKAN PAKATAN HARAPAN, YAKINKAN RAKYAT MALAYSIA

Salahuddin Ayub


Isu calon perdana menteri bukan satu keutamaan yang mendesak dalam kalangan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah), tegas timbalannya Salahuddin Ayub.
Sebaliknya beliau berkata, keutamaan Amanah ketika ini adalah berusaha menjadi penyumbang terbaik untuk memperkukuh kedudukan dan pengaruh Pakatan Harapan (PH) agar mendapat sokongan dan mandat rakyat pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Kami terlalu banyak lagi tugas dan tanggungjawab untuk menguatkan organisasi dan jentera parti yang masih baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau juga, Amanah turut mengambil peranan untuk memastikan segala kepercayaan dan keputusan yang ditugaskan kepada parti itu sama ada oleh Majlis Presiden PH atau Sekritariat PH dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
"Melalui pengalaman kami di persada politik negara, kami bercita-cita untuk menjadi pemain politik yang kritikal (critical political actors) bagi menggapai hasrat rakyat untuk mengecapi kesejahteraan hidup dengan membina kecermerlangan PH," katanya.
Justeru, katanya, Amanah perlu memberi fokus bersama PH untuk memastikan rakyat di peringkat akar umbi difahamkan dan diyakinkan untuk melakukan perubahan besar dalam PRU14 melalui kempen besar-besaran ke seluruh negara.
"Segala polisi dan tawaran besar PH mesti disampaikan kepada rakyat jelata," katanya.
"Amanah berpandangan pada tahap hari ini, PH perlu untuk memahami apakah perkara-perkara yang menjadi keutamaan rakyat yang sedang bergelut dengan kehidupan yang semakin menghimpit ini. PH mesti tampil dengan tawaran-tawaran besar yang menyakinkan rakyat untuk memilih kita mentadbir Putrajaya," katanya.
Bagaimanapun katanya, Amanah mengakui tokoh-tokoh tersohor dan berpengalaman seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad amat berkelayakan untuk menggalas tugas besar itu, sekiranya PH diberikan mandat dalam PRU14.
mdl

7 ulasan:

  1. Siapa yang akan jadi PM? Peliwat atau yang memfitnahnya meliwat, rakyat jangan terkeliru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atau keduanya tidak layak untuk menjadi PM?

      Padam
    2. Sebenarnya secara jujur aku tak berapa suka perkataan peliwat digunakan kerana amat mengaibkan.. tapi apa boleh buat selagi yg menuduh tidak menarik balik tuduhan tersebut secara jelas di depan rakyat, terpaksa aku redha sahaja..

      Padam
    3. Huduhnya mulut kamu di bulan yg mulia ini...adakah kamu islam? Sbg islam, tahukah kamu apakah hukumnya utk membuktikan seseorg itu sbg peliwat? Moga Allah memberi hidayah kpd kamu...

      Padam
    4. Apa pulak yang huduhnya? Yang tuduh anwar bukannya rakyat tapi madey, kenapa tak suruh madey bawa empat saksi? Kenapa tak doakan madey supaya mendapat hidayat, bodohnya PANCAI.

      Padam
    5. Tak perlukan doa pan.. mahathir memang dah suci ibarat bayi yg baru dilahirkan the moment dia join PH!

      Padam
  2. Pemimpin PANgan adalah pemimpin yang penuh dengan hipokrisasi.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...