Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 20, 2017

Panas!! : Pas akui selepas putus dengan DAP sukar untuk dapat sokongan bukan islam.

Nik Mohamad Abduh Nik Aziz
Pas mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina selepas parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Anggota Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana menyifatkannya umpama tembok untuk memisahkan golongan bukan Islam dengan Pas sudah pecah dan tidak boleh dibina mana-mana parti lagi.
"Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap Pas, tetapi ia mudah dipadamkan dengan air...kami sendiri (dalam) Dewan Pemuda Pas mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.
"Walaupun parti berpecah (Pas dengan DAP) tetapi hubungan peribadi tidak pernah pecah, ini menandakan ada (pihak) yang kata Pas akan mengambil masa 1,000 tahun untuk mendapat sokongan Cina, tidak (tepat) sama sekali, kita akan ambil masa lebih cepat untuk mendapatkan sokongan itu.
"Cumanya kita akuilah sokongan itu (daripada bukan Islam) untuk PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) kita tidak akan dapat sebagaimana dalam PRU13 lepas," katanya pada sidang media selepas sesi dialog (Program Munaqasyah) Ucapan Dasar Presiden di Kompleks Pas Kedah, semalam.
Namun, Nik Mohamad Abduh tetap yakin dengan kekuatan Pas untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
"Kita sudah ada Gagasan Sejahtera menerusi kerjasama politik bersama Ikatan. Dalam Ikatan pun ada pelbagai kaum terdiri kaum Cina dan India, lagi pula PCM (Parti Cinta Malaysia) di Pulau Pinang ada menyatakan hasrat untuk menyertai Gagasan Sejahtera, tetapi masih sedang dalam proses perbincangan," katanya.
mdl
Picture

12 ulasan:

  1. DAP pun mengakui selepas putus hubungan dengan PAS sukar untuk dapat sokongan melayu Islam, yang sokong hanya melayu yang terhutang budi kerana dedak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pan dok buat apa? Oh ye target hanya undi cina..

      Padam
    2. Pan kalau silap lebihkan sikit je hal ehwal berkaitan Islam habis la undi cina, melayu dari dulu lagi ada dua je iaitu PAS atau umno.

      Padam
  2. brp sgt lah ahli sejahtera diorg nih... plus ahli pas yg ada boley menang kerusi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tunggu yer.

      Padam
    2. Yea kita tak sabar tunggu pas melingkup di kelantan pada pru nanti...kita tunggu yer...

      Padam
  3. Yg pastinya bn berjaya memisahkan pengundi pembangkang, hahaha. Sblm tu semua x mau pikiq. Kita tunggu pru 15 siapa yg berkuasa pulak. Kalu mcmni punya sikap pembangkang pakai lambat lg la

    BalasPadam
  4. Tahniah pada pas. Sejak jadi punaisihat ni GST 60 barangan baru pun tak jadi dikenakan. Mmg hebat lebai2 ni. Lepas ni nasihatkan haga minyak minta turun ya kalau bole rm1 aje seliter. Siapkan doa oenerang hati n air yassin supaya tebuka hati kerajaan nak turunkan haga barang. Doa2 lebai2 pas ni kan mustajab .

    BalasPadam
  5. In shaa Allah PIGS akan bungkus pada pru akan datang... sama2 kita tunggu...

    BalasPadam
  6. Setuju dgn 9:24.. malah mungkin hingga ke tahap menyebut perumpamaan 'cina buta' pun dorang tak berani kerana bimbang cina taknak undi pan lagi..keh keh..

    Kita tgk samada pakatan yg dikuasai oleh pemimpin yg makan PIGS (PORK) atau parti islam yg diredhai Allah yg bungkus!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perangai suka memaki hamun dan melabel org sesuka hati...ada hati kata parti dia diredhai Allah... wooii...org yg bawak akhlak islam bukan begitu perangainya... walaun2...

      Padam
    2. Habis tu takkan yg membela kegiatan dakyah kristian evangelis pulak kut!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...