Berikut adalah jawapan Tun Mahathir Mohamad tentang kemungkinan beliau bakal menjadi Perdana Menteri semula lantaran kebelakangan ini isu tersebut menjadi perbualan ramai dan diperkatakan di mana-mana.
Beliau memberikan jawapan itu ketika menjawab soalan dalam program #HangpaTanyaChedetJawab versi 2 yang disiarkan secara langsung melalui laman Facebooknya, semalam.
"Saya tidak boleh belakangkan kawan-kawan saya dalam Pakatan Harapan. Kalau mereka mempunyai cadangan yang seperti itu dan ini pula dipersetujui, mungkin saya terpaksa pertimbang.
"Tetapi pada waktu ini, saya tidak bersetuju untuk jadi Perdana Menteri. Saya telah menyatakan setelah saya bersara, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri semula,” tegasnya.
Ditanya apakah peranan yang bakal dimainkan beliau sekiranya Pakatan Harapan menang dalam PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, Mahathir menyatakan kesediaannya untuk menjadi penasihat.
"Saya cuma berharap parti memerintah bertanyakan kepada saya berkenaan isu-isu tertentu kerana saya menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, saya ada banyak pengalaman berguna.
“Kalau pun ada kerajaan-kerajaan yang didirikan selepas PRU14, kalau saya diberi peluang untuk beri pendapat, kalau ada soalan-soalan memerlukan perbincangan, saya bersedia ambil bahagian dalam perbincangan untuk mencari penyelesaian," katanya lagi.
Apakah makna paling mudah untuk kita fahami daripada jawapan Tun Mahathir itu?
Pertama, beliau tidak berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri semula setelah Najib Razak disingkirkan.
Kedua, keputusan melantik Perdana Menteri setelah Pakatan Harapan memenangi PRU 14 mesti dilakukan melalui perbincangan dalam gabungan itu dan akhirnya satu keputusan konsensus hendaklah dicapai.
Ketiga, kemungkinan Tun Mahathir kembali menduduki kerusi Perdana Menteri hanyalah jika terpaksa saja dan ia pula diputuskan oleh Pakatan Harapan sendiri.
Keempat, berdasarkan pengalaman mentadbir dan beberapa kejayaan yang dicapainya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri sebelum ini, Tun Mahathir hanya berharap untuk memberikan nasihat-nasihat berguna demi memulihkan kembali imej negara yang telah dirosakkan oleh Najib sejak 2009 yang lalu.
Kelima, keinginan mencapai kemenangan dalam PRU 14, menjadi penasihat atau apa saja selepas itu adalah semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada terus rosak dan musnah binasa.
Tidak seperti Najib yang telah melakukan banyak kerosakan dan ingin memenangi PRU 14 semata-mata untuk menyelamatkan nasib dirinya, Tun Mahathir sebaliknya tiada apa-apa lagi kepentingan bersifat peribadi yang ingin diperjuangkannya.
Sebagaimana beliau melepaskan jawatannya pada 2003 dahulu dalam keadaan negara aman dan makmur, Tun Mahathir bersedia "mengotorkan tangannya" sekali lagi dalam perjuangan menyingkirkan Najib, UMNO dan BN ini tidak lain adalah bagi memulihkan semula negara dan kemudian meninggalkannya buat kita semua dalam keadaan yang lebih baik dan sejahtera.
Dalam menjangkau usia 92 tahun dan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan panjang umur oleh Tuhan, beliau dengan perjuangannya adalah untuk menyelamatkan kita semua.
Apakah kita masih tidak mahu bersama dengan seseorang yang sepatutnya selesa bersara, tetapi masih terus berjuang kerana sayangkan negara dan dengan harapan generasi tinggalannya nanti dapat hidup dengan lebih selesa?
mdl
Nampak tak tun m dah disucikan sedari awal bila dikatakan melepaskan malaysia dlm keadaan negara AMAN DAN MAKMUR!! Kesian Pan, ahli Pan bolehlah kau goreng sampai hangit..
BalasPadamDalam peperangan..an enemy to an enemy is a friend..ala macam pas x buat bila nk berkawan dengan umno!..pas gabung umno jadi pasu..mcm pasu bunga! Cantik
BalasPadamItu saja hujah PANCAI, PAS bergabung, UG, dengan umno, bilakah saat ini akan tiba, tak sabar rasanya.....jadi ke tak jadi nih?.....kahkahkahkah
PadamJadi penasihat lagi mudah untuk madey merompak harta rakyat, kalau madey jadi penasihat sudah tentu PM nya muhriz atau muhyiddin, sama kes macam di Perak MB nizar tapi DAPigs yang jadi penasihat, banyak la tanah yang tergadai......
BalasPadamduit rakyat, maruah negara yg dah already kena rompak oleh najib bulat ko x kesah?
BalasPadamKami dah lama kisah pasal negara kena rompak sejak dari madey lagi kami kecewa hinggalah sekarang disempurnakan pula oleh najib, sama je mulut buaya dengan mulut harimau.....
PadamaKU RELA MADEY JADI pm,pastu dia bicarakan anwar di mahkamah shariah secara adil pastu adakan pilihanraya kecil di permatang pauh,bila dia menang lantik dia jadi pm.......hanya 2 penggal sahaja,pastu jika PH diberi mandat lagi boleh lantik muhyiddin pula jadi pm......dan seterusnya.
BalasPadamaku takk rela najib jadi pm lagi berpenasihatkan ulamak dunia pas......sebab mereka-mereka ini akan teruskan GST.LAGI DAN LAGI.
Aku tak nak mahafiraun tu jd pm...ISA..kronisme..nepotisme dan perjanjian berat seblh yg merugikan rakyat akan berleluasa kembali.Wang rakyat dah berbillion2 habis hanya utk bailout syarikat anak dan kroni yg bermasalah.Belum lagi pelaburan2 yg merugikan.Mahdey hebat krn dia ada ISA dan memerintah ketika smartphone belum wujud.Tu pasal budak2 baru tak nampak najis dia merata2 sblm ini...
PadamSelagi mahdey tak mengaku tuduhan liwat ke atas anwar adalah fitnah dia msh ditolak.Sama dgn anwar yg selagi dia gagal dan takut bersumpah laknat tidak pernah mendubur dan memuki chinadoll...dia adalah manusia munafik yg memperbodohkan para pengikutnya.
Mrk berdua mmg layak memperbodohkan pengikut2 dlm PANxxx dan pgayR krn sejak azali mmg mudah diperbodohkan.