Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 12, 2017

Alhamdulillah!! : Ramadan beri peluang Amanah dekati derita rakyat

Abdul Halim paling kanan dan Ir. Marzuki menyampaikan zakat kepada Asnaf di Semerak semalam
Parti Amanah Negara (Amanah) kawasan Pasir Puteh mengunakan sepenuhnya bulan Ramadan sebagai jambatan untuk turut merasai derita rakyat.
Ketua Amanah kawasan, Abdul Halim Muhamad berkata pihaknya bersyukur kerana walaupun masih kurang dana dan baru tapi dapat turut membantu golongan daif yang semakin tertekan.
"Bila bergerak di bawah kita sedar begitu ramai perlukan bantuan dan sumbangan namun sekadar ini kemampuan kita buat masa ini," katanya di majlis penyampaian zakat dan tadabbur al-Quran serta berbuka puasa di Gong Kedak semalam.
Golongan bawahan katanya menghadapi situasi semakin sukar apabila harga barang keperluan dan caj perkhidmatan terus naik sedang hasil pendapatan tidak berubah.
"Satu-satu pilihan kepada rakyat adalah menggunakan kuasa undi dalam pilihan raya akan datang.
'Hanya dengan memilih kerajaan baru perubahan boleh dilakukan bagi meringankan beban rakyat," katanya,
Sementara itu, pengerusi Amanah Dun Semerak, Ir. Marzuki Yacob yang turut berucap di majlis itu yakin rakyat dapat memahami buruknya pentadbiran negara sekarang.
"Bila orang nombor satu sendiri bawa lari duit rakyat, siapa lagi yang nak diharap.
"Kes ini sekarang bukan sekadar didedahkan parti-parti pembangkang tetapi beberapa negara seperti Singapura dan Amerika Syarikat telah membuat tindakan melalui proses mahkamah," katanya.
Pada majlis itu 50 penerima menda pat sumbangan zakat bernilai RM100 yang diperolehi dari para demawan.
Turut hadir adalah Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Ustaz Muhammad Husain dan Ketua Angkatan Wanita (Awan) Kelantan, Normala Mohd. Nadzar.
mdl
Picture

10 ulasan:

  1. Ooooo....selama ini PAN tak pernah la mendekati derita rakyat kecuali hanya pada ramadhan.....

    BalasPadam
  2. Bodo komen ni. Org yg buat komen pun bodo kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang boddo adalah orang mudah diperbodohkan oleh PANgan.....

      Padam
  3. Apabila hati seseorg itu sudah rosak dan buruk, maka hanya kerosakan dan keburukan sahajalah yang berada dalam perkiraannya. Dalam kontel berita/artikel di atas, penulis mengatakan bahawa Amanah "menggunakan sepenuhnya" Ramadan untuk mendekati rakyat. Analisis yang natural akan melihat bahawa, Amanah sudahpun berbuat demikian sebelum/selain Ramadan namun pada Ramadan, kegiatan itu ditingkatkan. Sebaliknya, analisis yang "kejam" dan bermotif buruk akan melihat bahawa selain Ramadan, Amanah tidak mendekati rakyat. Demikianlah sedikit tazkirah kecil buat renungan kita pada malam ke-18 Ramadan. Marilah kira sucikan hati kita daripada keburukan dan kekotoran. Semoga Allah SWT memberikan kita keberkatan. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PEMBETULAN:
      Apabila hati seseorang itu sudah rosak dan buruk, maka hanya kerosakan dan keburukan sahajalah yang berada dalam perkiraannya. Dalam konteks berita/artikel di atas, penulisnya mengatakan bahawa Amanah "menggunakan sepenuhnya" Ramadan untuk mendekati rakyat. Analisis yang natural dan adil akan melihat bahawa, Amanah sudahpun berbuat demikian sebelum/selain Ramadan namun pada Ramadan, kegiatan itu ditingkatkan. Sebaliknya, analisis yang "kejam" dan bermotif buruk akan melihat bahawa selain Ramadan, Amanah langsung tidak mendekati rakyat. Itulah perbezaannya. Demikianlah tazkirah kecil buat renungan kita pada malam ke-18 Ramadan. Marilah kita (termasuklah yang berkomentar dengan cara yang tidak adil tadi) sucikan hati kita daripada keburukan dan kekotoran. Semoga Allah SWT memberikan kita keberkatan. Amin. Kita mampu berubah ke arah yang baik, insya-Allah.

      Padam
    2. Kalau hati rosak dan busuk boleh dicuci dan dibersihkan dengan menyertai pakatan haprak, semuanya akan jadi mulia.......kehkehkehkeh

      Padam
  4. Di bulan yg mulia ini jangan dipertahankan kegiatan penyebaran dakyah kristian evangelis sudahlah..

    BalasPadam
  5. Dalam bulan yg mulia tak payah le main ayat2 sinis wanrosli, ko tu jauh sgt drp pandai. Setakat berbelit belit, lps tu fitnah jgn cerita le. Tak payah le main ayat2 sinis berbau alim tu. Dalam blog semua tahu yg ko tu pemfitnah aka pembelit. Kalau ada yg tak tau pun ada le satu benda - powertrain. Dia ni boleh le bodoh2kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kristian avengelis akan mencari golongan yang senang diperbodohkan seperti PANcai...

      Padam
    2. Apa yg belitnya mohd nasir? Salah ke aku kata jgn dipertahankan atau jangan dinafikan kegiatan penyebaran dakyah kristian evangelis tu..

      Ataupun mohd nasir berpendapat memang perlu dipertahankan kegiatan seumpama itu.. kalau benar begitu memang patutlah rakyat jangan memilih ph utk menggantikan bn!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...