Iklan : WWW.GAJIMASYUK.COM
Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang telah berjaya meningkatkan peruntukan untuk hal ehwal Islam sebanyak 84% berbanding semasa kerajaan Barisan Nasional (BN), kata ketua menteri Lim Guan Eng.
Kerajaan BN memperuntukkan sebanyak RM249.09 juta untuk pembangunan hal ehwal Islam bagi tempoh 1999 - 2007 manakala kerajaan PH pula sebanyak RM457.05 juta bagi tempoh yang sama (2009 - 2017) di bawah kepimpinan kerajaan yang ada kini.
Beliau berkata demikian dalam majlis iftar dan penyampaian sumbangan kepada sekolah agama, maahad tahfiz dan tadika Islam negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di perkarangan Masjid Kubang Semang, Permatang Pauh semalam.
Jelas beliau lagi, sejak mengambil alih kepimpinan, kerajaan negeri PH telah pun melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada seluruh rkayat negeri ini tanpa membezakan fahaman agama, ras maupun ideologi politik mereka.
"Apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri kini membuktikan bahawa PH mampu untuk menjadi sebuah kerajaan yang dapat mentadbir dengan lebih baik dari Umno dan BN.
"Peruntukan pembangunan bagi sekolah-sekolah pendidikan Islam turut dinaikkan sehingga RM57.64 juta jika dibezakan dengan zaman pemerintahan BN dulu dengan hanya sumbangan sebanyak RM20.11 juta mulai 1999 hingga 2007.
"Perbandingan tersebut adalah bagi tempoh yang sama diterajui oleh PH sejak 2008 lagi, " ujarnya lagi.
Selain itu katanya, kerajaan negeri turut menyumbangkan sebidang tanah yang bernilai RM80 juta bagi pembinaan sebuah Kompleks Mahkamah Syariah yang lengkap dan moden dan sedang beroperasi kini.
"Kerajaan negeri turut membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya golongan usahawan dengan memperkenalkan pinjaman mikro kredit yang dikenali sebagai Program Titian Saksama Rakyat(PTSR).
"Melalui program ini sebanyak RM11.71 juta telah pun disalurkan merangkumi seramai 2,540 peminjam dimana 83.3 peratus adalah usahawan Melayu yang telah pun berjaya mendapat peruntukan yang disediakan.
"Di samping itu kerajaan negeri turut memberikan sumbangan berupakan ex-gratia, bonus dan bantuan khas kepada guru-guru KAFA, guru Sekolah Agama Rakyat, guru pondok dan juga tadika Islam dengan sumbangan sebanyak RM15.5 juta," tegasnya lagi.
Katanya, sumbangan sedemikian tidak pernah dilaksanakan oleh Umno dan BN semasa mereka menerajui kepimpinan sebelum tumbang pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan PH Pulau Pinang dan Kedah.
mdl
Apa yg baik utk agama islam dan rakyat pasti saya sokong.
BalasPadamBagaimanapun diharap kerajaan PP dapat juga mendedahkan jumlah sumbangn kpd kegiatan agama lain selain agama islam.. sekadar nak buat perbandingan samada ianya berpatutan atau sebaliknya..
Perjudian dan pelacuran dah jadi darah daging kerajaan pakatan haprak di pulau pinang, diharap duit derma pastinya bukan dari hasil pelacuran dan perjudian.
BalasPadamKalau x dak Hujah nak komen baik duduk diam.
PadamBodoh tu simpan sikit utk walaunta yg lain..
Kalau tak betul sila nafikan.. mudahkan?
PadamBila hujah tak boleh dijawab, mereka pusing kata tiada hujah, kesian PANcai mudahnya diperbodohkan oleh pemimpin haprak.
PadamPerjudian dan pelacuran adalah hasil utama kerajaan Pulau Pinang tanpa hasil dari perjudian dan pelacuran, Pulau Pinang tak mampu pun nak bayar gaji pada para KHODAM mereka.
Betul ke ko kata ada video matsabu syiah? Kalau tak betul sila nafikan. Kalau betul mana video tu? Kata nak selesaikan satu2. Ikut tertib le wanrosliar.
BalasPadamMat sabu dah out of service, tidak relevan lagi, tak kira la mat sabu syiah ke sunni ke, yang pastinya disini pelacuran dan perjudian bertambah macam cendawan tumbuh selepas hujan kat penang, mat sabu tetap juga jadi barua kafir dan dedak yang ditaburkan pada mat sabu pun mungkin dari hasil industri utama DAPigs iaitu maksiat, sama je pun....
Padam