Panas!! : Sindrom bisu jadi ancaman baru Malaysia


Faiz Fadzil

Iklan : www.kelabsimkad.com
Pendedahan Sarawak Reports bahawa Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak telah menyalurkan sejumlah RM9.5 juta ke akaun peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah sebelum kes rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan amat mengejutkan semua pihak.
Kejutan (shocking) berkaitan berita tersebut telah melahirkan 2 reaksi berbeza. Segmen rakyat yang cintakan negara marah dan bertindak membuat laporan polis dan tuntutan siasatan dijalankan. Segmen pemerintah yang cintakan habuan dunia pula membisu seribu bahasa. Tidak pasti samaada sikap membisu ini disebabkan oleh perasaan takut atau masih teraba-raba mencari helah. Tiada seorang pun pemimpin Umno yang berani memberikan reaksi membela bos mereka yang kini terkapai-kapai mencari Syeikh Arab bagi melepaskan diri.
Bayaran jutaan ringgit tersebut menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap integriti pihak Pendakwaan dan kebebasan badan Kehakiman kerana Tan Sri Shafee adalah peguam yang dilantik Peguam Negara terdahulu bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan pertuduhan liwat 2.0 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana beliau telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 5 tahun.
Isu yang sebegini serius harus disiasat pihak Polis kerana Tan Sri Shafee mempunyai percanggahan kepentingan dalam kes tersebut dan ia menimbulkan spekulasi negatif kerana dibimbangi boleh mencemar ketelusan dan keadilan keputusan rayuan tersebut.
Pendedahan ini juga memberikan impak negatif terhadap profesion peguam kerana peguam perlu bertindak secara integriti dan digniti sepertimana yang termaktub dalam Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978. Bar Council perlu mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Tan Sri Shafee berhubung dakwaan ini bagi membersihkan nama baik profesion ulung ini. Menjunjung prinsip bahawa keadilan perlu dilihat dilaksanakan, peluang untuk Tan Sri Shafee untuk memberikan penjelasan yang positif dan konkrit harus diberikan.
Pendedahan ini adalah sesuatu yang amat jeopardise sistem pentadbiran negara kerana wang yang didakwa disalurkan tersebut adalah wang SRC International yang dipinjam daripada dana awam Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang didakwa oleh DOJ Amerika Syarikat sebagai wang yang telah diseleweng. Bukti bertulis yang didedahkan Peguam Negara pada 27 Januari 2016 bahawa Perdana Menteri telah menerima wang daripada SRC International adalah kes prima facie wujudnya salahlaku jenayah pecah amanah oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri hingga saat ini tidak menafikan menerima wang tersebut, malahan tidak pula membayar balik kepada KWAP walaupun telah dibuktikan ianya wang KWAP.
Seharusnya pihak Polis, SPRM dan Peguam Negara mengambil langkah segera agar siasatan dapat dijalankan di bawah pelbagai undang-undang jenayah termasuk Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 terhadap semua individu atau organisasi yang telah dibayar oleh Perdana Menteri daripada wang SRC ini. Pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab undang-undang dan sosial untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Tiada sesiapa yang boleh mengatasi undang-undang. Keluhuran undang-undang perlu sentiasa dijunjung dan dipelihara.
Sikap Perdana Menteri yang terus membisu terhadap dakwaan salahlaku dalam skandal penyelewengan berskala mega ini menunjukkan tiadanya sifat akauntabiliti Perdana Menteri. Perdana Menteri perlu menjelaskan tujuan beliau membayar wang sebanyak itu dan adakah wang itu telah diisytiharkan kepada LHDN bagi pengauditan dan potongan cukai.
Kelemahan Kerajaan dan pihak berkuasa menyelesaikan isu yang amat serius ini akan menghakis kepercayaan lebih ramai pelabur dan menyebabkan nilai ringgit semakin susut yang akhirnya mengakibatkan ekonomi negara semakin merosot dan kehidupan rakyat semakin tertekan dan menderita.
Maka, dakwaan Perdana Menteri bahawa keadaan ekonomi akan lebih parah jika bertukar kerajaan adalah helah bagi menipu rakyat sedangkan isu korupsi yang menjerut beliau adalah isu tunjang kemerosotan ekonomi sekarang. Perkara ini adalah konsisten dengan kenyataan mantan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zety Akhtar Aziz bahawa ringgit hanya akan pulih jika isu 1MDB diselesaikan. Siasatan menyeluruh dan bebas terhadap Perdana Menteri adalah langkah pertama penyelesaian isu 1MDB.
Namun, Perdana Menteri masih lagi bebas dan isu 1MDB tidak juga selesai kerana sikap membisu pihak berkuasa. Sikap membisu yang sedang melanda negara hari ini menjadi ancaman baru kepada kestabilan ekonomi dan demokrasi negara.
Faiz Fadzil ialah timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional 
mdl
Picture
Previous
Next Post »

21 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 10:04 PG delete

PANgan ni masih lagi bermimpi, budaya bisu ni dah lama bermula sejak dari pemerintahan madey lagi dan sekarang sudah menular kedalam pakatan haprak, nasib korang la.....kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 11:05 PG delete

Masuk mahdey dlm haprak...bukan saje bisu...tambah buta dan pekak para pengikutnya..hehehe

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 11:27 PG delete

Dulu semua para hakim dan para pendakwa yang mengendalikan penghakiman dan pendakwaan keatas DSAI dibisukan oleh madey daripada berkata kebenaran. Bukan dibisukan secara percuma mestilah ada habuannya cuma masa tu Sarawak Report belum ada untuk memfitnah madey.

Para pendokong reformasi yang sebenar tidak akan mudah untuk menerima madey berjuang bersama dengan mereka. Mahu ke pejuang reformasi bersama dengan mahafiraun?

Mereka yang bersama dengan madey kini bukanlah pejuang reformasi sebenar mereka hanyalah pendokong habuan duniawai. Kesian DSAI dan keluarga.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 12:34 PTG delete

Setuju......buta, pekak dan bisu jadi amalan pakatan haprak kini, mereka guna bahasa tangan je....kahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 5:04 PTG delete

Swk Report dah jadi kitab suci pakatan haprak.Hanya itu jer cara utk memperbodohkan pengikut2 mrk.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 5:12 PTG delete

Tuan ibrahim tuan man,support serawat report..heheh..kamu ni katak di bawah tempurung. atau kata tuan iskandar masih duduk kat perigi bute.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 5:16 PTG delete

hehehe..WALAUNTA..yg dok support pemimpin 90juta dia orang..seekurang2nya madey insaf..tetapi pemimpin AMANAT HADI....CEKAp duit najib..bini kedua dapat rumah free,kereta free..dapat klinik jantung free free di taja oleh najib....
MALULAH Pimpinan islam,songlap 90juta,tapi duit minta pada walaunta untuk bayar kos.............MALUNYA AKU...TAK BISING SEBAB BODOH PIANG /

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 6:14 PTG delete

Kepala hotak kau TITM support SR, saman ada la.....tu la kan lebih baik bisu dari berkata-kata, guna isyarat tangan je.....kahkahkah

Reply
avatar
Asry SI
AUTHOR
5 Jun 2017 9:04 PTG delete

SR dok tunggu bila parti Pekak@Senyap(P@S) nak saman..😂😂😂..temberang je lebih..😂😂😂

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 9:21 PTG delete

Pakatan haprak dah dilanda sindrom kebisuan, hanya bertelagah siapa nak jadi PM, PAS sibuk membantah perayaan Jerusalem Jublii di Melaka, manakala haprak seperti biasa bisu, pekak dan buta dalam isu berkaitan agama.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
5 Jun 2017 10:29 PTG delete

Masuk haprak dianggap insaf...

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah

Klu dah insaf...mana pengakuan mahdey isu liwat anwar brahim adalah fitnah...BODOHnya para pengikut haprak...

Isu rm90juta...SR dah pon terima surat saman dpd PAS macai oiii...
Ko jer yg meroyan mcm nuar qazaf tu....hehehe

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
6 Jun 2017 6:53 PG delete

Jgn buat pan malu asry.. kalau tak tahu diam jgn tambah malu pan lagi.. aku nasihat je.. sr kini menunggu nasib je kena saman dek pas di uk.. kelas tau pas ni.. bukan macam rapiji yg kena mintak maaf dari tski kat mahkamah mesia je pun.. kalau kat uk pasti terkincit rapiji tu. keh keh

Reply
avatar
mohd nasir
AUTHOR
6 Jun 2017 3:45 PTG delete

Please someone confirm this matter dgn rafizi. Kalau wanrosliar ni buat fitnah biar dia senasib dgn papagomo.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
6 Jun 2017 4:04 PTG delete

Fitnah ni mohd nasir yang lebih mahir bukan wanrosli, tak heran dah sebab haprak dengan fitnah berpisah tiada....

Reply
avatar
mohd nasir
AUTHOR
6 Jun 2017 10:49 PTG delete

Maknanya wanrosliar ni mmg le kaki fitnah cuma ada lebih mahir drp dia kan? Tanpa kenyataan ini pun aku dah tau yg dia mmg pemfitnah. Video matsabu mana wan?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
7 Jun 2017 5:32 PG delete

Setakat mat sabu orang dah tak heran dah, dah tak relevan, tunggu pemilihan je, tu pun kalau ada pemilihan, husang kuasa 10 didarab dengan mimpi 15 kali dah tak sabar lagi tu tunggu kerusi empuk presiden PANgan.

Reply
avatar
mohd nasir
AUTHOR
7 Jun 2017 12:23 PTG delete

Kaki fitnah mmg takada rasa bersalah. Fitnah ttp fitnah smpi bila2 pun bodoh. Sbb tu telah diingatkan ttg balasannya. Buat fitnah lps tu minta org lupakan. Manusia sial.

Reply
avatar
mohd nasir
AUTHOR
7 Jun 2017 12:26 PTG delete

One more thing tanpanama 7 Jun, posting ko dengan mainan kuasa2 tu sgt kebudak budakan. Tolong le jgn perasan hebat.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
7 Jun 2017 8:38 PTG delete

Kenapa sekarang baru nak cakap yg wang rohing tu kebudak2an.. dia yg bagi gelaran 10 kali ganda kpd husang..

Reply
avatar
7 Jun 2017 9:28 PTG delete

Hello,
Memerlukan pinjaman yang cepat, mudah, selamat dan terjamin?
Anda berada satu langkah lagi untuk Wang anda!
pinjaman cepat dan fleksibel!
Permohonan diterima 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ia mengambil masa hanya tiga langkah mudah
1) Pilih jumlah dan tempoh pinjaman anda
2) Lengkapkan permohonan anda
3) Dapatkan wang anda dalam beberapa minit!
Kami boleh memberi jaminan perkhidmatan kewangan yang terbaik berpengalaman & profesional!
Mesej ini ditujukan untuk anda!
Peti masuk saya jika anda berminat
Jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi kakitangan yang bertanggungjawab untuk pinjaman
pemprosesan melalui hubungan di bawah
Whatsapp +13176681073
atau sila membalas e-mel
idaghehernadez@gmail.com

Reply
avatar
8 Jun 2017 6:47 PTG delete

ANDA PERLU PINJAMAN A TODAY
Memerlukan pinjaman yang cepat, mudah, selamat dan terjamin?
Anda berada satu langkah lagi untuk Wang anda!
pinjaman cepat dan fleksibel!
Permohonan diterima 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Ia mengambil masa hanya tiga langkah mudah
1) Pilih jumlah dan tempoh pinjaman anda
2) Lengkapkan permohonan anda
3) Dapatkan wang anda dalam beberapa minit!
Kami boleh memberi jaminan perkhidmatan kewangan yang terbaik berpengalaman & profesional!
Mesej ini ditujukan untuk anda!
Peti masuk saya jika anda berminat
Jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi kakitangan yang bertanggungjawab untuk pinjaman
pemprosesan melalui hubungan di bawah
Whatsapp +13176681073
atau sila membalas e-mel
idaghehernadez@gmail.com

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes