PANAS!! : KENYATAAN TERKINI YB KHALID SAMAD BERHUBUNG PAS DALAM KERAJAAN PH SELANGOR


My photo

IKLAN : WWW.GAJIMASYUK.COM
Ramai yang membicarakan persoalan hubungan PAS dan Kerajaan Negeri Selangor setelah PAS memutuskan hubungan dengan Keadilan. Sebelum ini hubungan dengan DAP telah diputuskan dan tiada pula hubungan dengan PPBM ataupun AMANAH. Dengan itu ramai tertanya-tanya, apa rasionalnya PAS dikekalkan sebagai sebahagian dari kerajaan Selangor?

Ada juga yang meminta supaya PAS dipecat dan dikeluarkan dari kerajaan Selangor. Ianya kerajaan PH dan PAS tiada apa-apa hubungan dengan PH. Atas sebab itu, ramai juga yang membidas MB Selangor atas ketidak-sanggupan beliau untuk memecat PAS.

Bagi saya, sepatutnya yang dibidas adalah PAS kerana tidak sanggup meletakkan jawatan selepas memutuskan hubungan dengan setiap parti dalam PH. Dalam soal memecat PAS atau sebaliknya, itu persoalan strategi yang MB perlu fikirkan dari sudut untung rugi politik PH. Tiada salahnya MB mengekalkan PAS kerana bukan Keadilan yang mencaci dan menggelar PAS sebagai pengkhianat serta memutuskan hubungan dengan PAS. Tetapi PAS yang melakukan itu semua dan PAS yang sepatutnya meletakkan jawatan.

Sebenar PAS sememangnya ingin exco mereka dipecat. Maka dengan itu PAS akan dilihat sebagai mangsa. PAS dan UMNO boleh selepas itu menuduh kerajaan Selangor dikuasai DAP dan tindakan memecat mereka adalah kononnya desakan DAP. MB dan PH boleh dituduh tunduk pada DAP. Maka itulah sebabnya PAS tidak letak jawatan. PAS sanggup memfitnah DAP dan PH demi kepentingan politik sepertimana telah mereka lakukan sebelum ini. Oleh itu, strategi mereka adalah supaya mereka dipecat. Kenapa kita perlu ikut kehendak mereka? Biar mereka dilihat tidak bermaruah oleh semua, mencaci rakan sehingga mencerai namun masih ingin bersama.

PAS SEBAGAI SAINGAN SEMASA PRU KE 14

Saya rasa semua sudah jelas, sudah tiada apa-apa hubungan antara PAS dan PH. PRU ke 14 ini akan menyaksikan PAS bertanding menentang bukan sahaja parti BN tetapi juga parti yang mewakili PH. Persoalan tiga penjuru itu tidak lagi dapat dinafikan. Namun demikian itu adalah setelah Parlimen dan DUN dibubarkan. Oleh itu, dalam pada PAS terus berada bersama kerajaan PH di Selangor, persediaan untuk berhadapan dengan PAS semasa PRU ke 14 tetap perlu dilakukan.

Apabila keputusan dibuat untuk tidak memecat PAS, perlu diawasi supaya kedudukan mereka sebagai sebahagian dari kerajaan Selangor tidak dimanfaatkan untuk melemahkan PH dengan mengukuhkan PAS. Perlu dikawal keadaan supaya sambil mereka dikekalkan dalam kedudukan mereka, matlamat PH dicapai dan bukan matlamat PAS. Biar PH semakin mantap dan kuat sambil PAS diperlihatkan tidak berprinsip dan bermaruah kerana terus bersama kerajaan Selangor.

Ada yang bertanya, kalau begitu apa perlu PAS dikekalkan bersama? Tidakkah lebih mudah sekiranya mereka dipecat?

Saya membaca tindakan mengekalkan PAS dalam kerajaan Selangor sebagai satu taktik yang bertujuan ‘memanfaatkan PAS demi kepentingan PH’. Sepertimana UMNO/BN memanfaatkan PAS untuk kukuhkan BN dan pecahkan PR sebelum ini. Di sini kita boleh belajar dari tindakan UMNO. Ianya bagaikan pepatah Melayu, “menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak”.

Sebagai contoh kita boleh lihat tindakan UMNO dalam RUU 355. Mereka membenarkan PAS sekadar mensyarahkannya. Ia memuaskan hati dan kehendak PAS sambil mencapai matlamat merenggangkan lagi hubungan PAS dengan PH. Sambil itu, oleh kerana sekadar disyarah, ianya tidak menyebabkan UMNO berpecah dengan rakan-rakan BN. ‘Rambut tidak putus’, iaitu berjaya ditarik PAS semakin jauh dari PH dan mereka bertambah renggang. ‘Tepung tidak berselerak’ bererti BN tidak berpecah. 

Tipu helah UMNO sememangnya hebat. Apa taknya, mereka dibantu penasihat antarabangsa.

Sekiranya kita bersetuju itulah apa yang perlu dilakukan maka kita mesti juga memahami apa yang ingin dicapai dan apa yang ingin dielak. Yang ingin dicapai diumpamakan sebagai ‘rambut tidak putus’. Yang ingin dielak diumpamakan dengan ‘tepung berselerak’. 

‘RAMBUT TIDAK PUTUS’ DAN ‘TEPUNG TIDAK BERSELERAK’

Yang ingin dicapai adalah kerajaan Selangor tidak goyang atau tergugat. Tindakan mengekalkan PAS turut mengekalkan kedudukan lebih dua pertiga majoriti di DUN Selangor. Ini membenarkan kerajaan terus berjalan dengan baik dan lancar, sehingga ke pembubaran DUN. Ia menyebabkan PH berpeluang menamatkan tempohnya ‘on a high note’ atau dengan cemerlangnya. Ini akan membantu PH untuk menghadapi PRU dengan rakyat merasa bahagia dan berpuas-hati dengan PH.

Sekiranya tempoh penghujung pemerintahan dilihat bergelora dan bergolak, serta program-program tidak dapat dijalankan dengan lancar, maka apabila tibanya masa mengundi, rakyat mungkin berada dalam perasaan bosan dan tidak berpuas-hati. Walaupun ianya boleh disalahkan kepada PAS, sebhagian rakyat akan percaya dengan alasan itu, tetapi sebahagian lain akan menolaknya.

Pada masa yang ingin dielak pula adalah PAS bertambah kukuh sambil PH bertelagah. PAS perlu dihalang dari menyalahgunakan kedudukan mereka dalam kerajaan demi kepentingan PAS. Ini perlu diawasi dengan sebaik-baiknya. 

Keberadaan PAS dalam kerajaan bererti ‘memberi kuasa kepada bakal saingan’. Ia ada bahayanya yang boleh merugikan PH. Kalau jawatan yang diberi ‘bertaring’, maka taringnya perlu dicabut. Kalau ‘berbisa’ maka penawar perlu disediakan untuk merawat kesan bisanya. Mengekalkan PAS bersama bererti mengekalkan ‘bakal saingan’ bersama dalam kerajaan PH. Ini hakikat yang perlu sentiasa disedari dan oleh itu biarlah ianya menguntungkan PH semaksima dan PAS seminima yang mungkin. Malahan kalau boleh, tiada keuntungan bagi PAS kecuali dilihat tidak bermaruah atau berprinsip.

Untuk elak PH sendiri bertelagah maka perlu semua memahami ‘game plan’ PH terhadap PAS. Dalam soal ini ianya perlu dilihat strategi PH dan bukan strategi MB seorang. Semua kena faham apa yang ingin tercapai dan peranan mereka.

‘Game plan’ PAS juga perlu dikaji dan difahami dan jangan dianggap mereka tiada game plan.

Cara terperinci bagaimana matlamat ‘tepung tidak berselerak’ akan tercapai saya serahkan kepada kebijaksanaan semua. Namun ianya satu matlamat yang perlu dicapai bersama.

KESIMPULAN

Politik adalah seni. Walaupun batas-batas perlu dijaga, matlamat tetap perlu dicapai. Di sini letaknya seninya. Namun, ianya seni yang berprinsip dan matlamat.

Antara batas yang perlu dijaga adalah memperalatkan sentimen agama dan menipu rakyat. Di sini bezanya PH dengan politik UMNO dan PAS. Mereka sanggup memperalatkan sentimen agama demi mencapai matlamat politik mereka. Sepertimana jelas terserlah dalam kes RUU 355.

Maka bagi saya, biarlah PAS tidak dipecat. Tetapi saya yakin apabila mereka sedar betapa untungnya PH dan ruginya PAS melalui tindakan ini, mereka sendiri akan meletakkan jawatan. Atau adapkah mungkin juga terus berjawatan sehingga akhir tempoh dan sekurang-kurangnya memaksimakan tempoh berjawatan dengan bergaji penuh.

WaLlahu 'Alam 
KHALID SAMAD


Image result for duduk diam dapat duit
Previous
Next Post »

45 ulasan

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 9:22 PG delete

apa kata kalau kita minta Duli YM Sultan Selangor pecat Azmin sebagai Menteri Besar Selangor dan semamangnya hanya Sultan sahaja yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian kan ? Kerana sehingga kini semakin bertambah dan semakin parah masalah kat selangor ni selain dari masalah kedudukan PAS dalam Kerajaan Selangor dan mengikut undang-undang tubuh Negeri tiada sesiapa pun boleh di tamatkan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat/Exco mahupun Menteri Mesar melainkan dalam keadaan meletak jawatan atau pun dengan pemecatan yang dibuat oleh pihak Sultan. Beberapa minggu yang lalu Sultan Selangor mahukan barisan wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang sediada di kekalkan. Dan sudah pasti hanya Sultan jugalah yang berkuasa memecat mana-mana wakil rakyat kan ?

Reply
avatar
16 Jun 2017 10:04 PG delete

Cadangan saya supaya kuasa Exco yg ada pada Exco Pas di hadkan dan dipantau. Contohnya jika ada projek2 yang melibatkan rakyat program tersebut hendaklah diambil alih Exco dari Pakatan Rakyat.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 11:09 PG delete

Ini bukan strategi PH tapi cuba meraih simpati dan empati rakyat supaya rakyat khususnya Melayu Islam supaya menyebelahi mereka. Statement sebegini seolah-oleh macam nak cover kelemahan PH yg sememangnya org sedia maklum yg PAN tidak diterima oleh majoriti umat Islam kerana menolak dasar Islam serta menyokong dasar DAP bak kata Khalid Samad, politik itu berseni tetapi "MATLAMAT PERLU DICAPAI" hatta menggadai aqidah dan agama. Sedarlah wahai PH, pakatan kamu semakin lemah kerana iman yang kamu miliki juga lemah akibat dasar2 mempertikai dan menolak aspirasi majoriti muslim yg mahu memperkukuhkan institusi Islam di Malaysia. Umno lebih bijak kerana mengambil kesempatan dan mengikut arus serta kehendak majoriti muslim, tetapi PH khususnya PAN memilih untuk menentang arus demi memuaskan hati hasrat non muslim dalam PH. So, sehinggalah PRU 14 kita akan lihat strategi PH khususnya PAN lebih menyalahkan PAS untuk menutup kesilapan dan kelemahan strategi mereka. Blaming game akan ini akan memakan diri akhirnya, Insya Allah keputusan sebenar akan dilihat pd PRU 14 nanti.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 12:16 PTG delete

PANgan tak kemana pun, lps pru 14 bungkus la, tiada tambah nilai dan keuntungan pun buat DAPigs, pelacuran dan perjudian lagi banyak hasilnya, negeri mendapat keuntungan berlipat ganda hasil dari aktiviti haram.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 12:19 PTG delete

Tak boleh bro, exco dari pakatan haprak perlu dipantau sebabnya ramai kaki rasuah dalam haprak, kena ada exco dari PAS yang terbukti integritinya untuk menjaga exco dari pakatan haprak.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 2:34 PTG delete

Dulu aku respek geng "PANKIANAT"se masa dlm PAS , la ni mampus aku x respek dh..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 2:37 PTG delete

Sultan hanya ada kuasa melantik MB, tak ada kuasa memecat MB.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 3:34 PTG delete

Kerajaan PH Selangor kena menghadkan perlantikkan jawatan melalui lantikan politik kepada pihak PAS. Ahli-ahli dari lantikan ini perlu juga dari ahli-ahli dari parti AMANAH, PKR, PPBM dan DAP. Cth setiap 10 jawatan dalam setiap DUN hendaklah 2 dari setiap parti dan mereka ini berada bersama dalam jawatankuasa itu. Peranan memilih penceramah bagi kuliah maghrib, subuh dsbnya di masjid-masjid tidak boleh diberi kuasa pemutus kepada pihak PAS sahaja. Jawatankuasa memilih ini perlu ada ahli dari setiap parti.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 9:53 PTG delete

Sori bro, Selangor adalah dibawah kuasa kerajaan PAS, PKR dan DAP, tiada PPBM atau pun PAN, tunggu pru 14 la kalau gila sangat nakkan pangkat dan jawatan.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 10:35 PTG delete

Integriti Q7 koooo... ke integriti 90 juta...walaun2...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 10:37 PTG delete

Pigs dulu yg akan bungkus di kelantan pru nanti...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 10:40 PTG delete

Kahkahkahkah....lemah sangat la....mantap la sikit bro...kahkahkahkah

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 10:40 PTG delete

Dulu aku respek pas waktu arwah nik aziz ada... la ni mampus aku x respek dah..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 11:08 PTG delete

Kehkehkeh......yer ke?

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 11:09 PTG delete

Tau ke respect?...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 11:30 PTG delete

Lemahlah bro...kata nak saman...tp x saman2...ini dah selasa kali ke 1000 dah...kesian walaun...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
16 Jun 2017 11:36 PTG delete

Sultan Selangor sebagai ketua agama islam negeri adalah diyakini tak mahupun kpd pembela kristian evangelis ni..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
16 Jun 2017 11:38 PTG delete

Mmg tak sabar nak tunggu dan lihat brp kerusi pas boleh menang di selangor pada pru akan dtg...
Jgn dpt telor ayam dahlah...kikikii

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Jun 2017 12:03 PG delete

Dah saman la bro...tu la lembab sangat la lu bro, tunggu la, biar PAS yang uruskan...PANcai tak perlu sibuk, lebih baik PANcai fikir masalah haprak yang makin melambak...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Jun 2017 12:08 PG delete

Sama2 la kita tunggu yer....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Jun 2017 2:59 PTG delete

Betullah PAS lebih pentingkan jawatan. Pembahagian jawatan sama banyak demi kebaikan rakyat pun tak setuju, nampaklah jawatan yg lebih utama. Jgn sombong dan takbur bro, tanpa bantuan parti2 lain PAS tak akan menonjol di Pantai Barat. Di Kelantan kubu PAS pun dah hilang sokongan ini kan pula di Selangor. Kalau dulu penjual penuh memenuhi ceramah2 PAS skrg dah tak ada penjual yg sanggup membazirkan masa diceramah PAS yg sudah tidak diminati rakyat, ini fakta.

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
17 Jun 2017 3:34 PTG delete

Sama2 la kita tunggu yer....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Jun 2017 8:29 PTG delete

PAS tak menonjol takpe, ingat, tanpa PAS pakatan haprak akan kecundang jugak, boleh terima kenyataan ke kalau haprak kecundang? Yang paling kecewa ialah pemberi dana yang ada agenda peribadi......siapa pemberi dana?

Tentulah dari tauke2 judi dan hasil dari pelacuran dan yang paling kecewa ialah pemberi dana dari yahudi.....

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Jun 2017 11:16 PTG delete

Tunggu pas urus 10 thn pun tak settle2...samalah lembab mcm walaun...sel otak tak berhubung...taat membuta tuli...kikikiii...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
17 Jun 2017 11:20 PTG delete

Pas elok jadi badan dakwah jea... masuk pru pun bukan nak menang pun...kalau tak menang, tak ada kuasa...tak ada kuasa mcmana nak laksanakan dasar2nya? Rajin sikit mbaca walaun...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Jun 2017 12:27 PG delete

Sama2 la kita tunggu, sabar yer....

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
18 Jun 2017 12:28 PG delete

Sebab tu PAN tak boleh berada dlm PAS kerana IQ PAN agak rendah..

Dari kenyataan Tok Guru PAS, PAN faham PAS bertanding tak nak menang.. sedangkan ahli2 PAS yg bijak pandai memang dah lama faham dari kenyataan Tok Guru tu, bermaksud PAS bertanding tak nak menang jika kemenangan itu tak dapat keredhaan Allah..

Agak2 dlm PAN benda2 falsafah politik macam ni tercapai tak dek otak bebal mereka? Terutama bila ada yg membela penyebaran dakyah kristian evangelis..

Reply
avatar
diniewa
AUTHOR
18 Jun 2017 12:58 PTG delete

masalah timbul dari PAS je..yg lain ok je..bodo ko ni

Reply
avatar
mohd nasir
AUTHOR
18 Jun 2017 1:48 PTG delete

Wow! Kenyataan terbaru dan terbaik lebai wanrosli. IQ PAN agak rendah! Maknanya IQ PAS lebih tinggi. Tu yg pagi cakap lain, tgh hari cakap lain, petang cakap lain tu. Tu yg tunjuk kote kat org perempuan bukan isteri tu, tu yg tonton pay per view. Tu yg suka buat fitnah dan cakap berbelit belit mcm lebai wanrosli tu. Bercakap tu jgn le mcm org takde IQ lebai.

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Jun 2017 5:41 PTG delete

Amanah bertanding pru nak menang dan dapat redha Allah, pas pulak tak mau menang hanya nak redha Allah, eloklah pilih Amanah... mcmana nak dpt redha Allah kalau dgn penyamun diam seribu bahasa... kikikihhh...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Jun 2017 5:45 PTG delete

Maafkan dia tuan...dia duduk dlm dunia walaun...dunia walaun ni yg dia tau asalkan ularmak dia sokong, tak kiralah ularmak tu kaki u turn ke, kaki bohong ke, kaki songlap ke, janji ularmak... taat membuta tuli dan malas membaca pulak tu...walaun2...kesiann...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
18 Jun 2017 6:47 PTG delete

Redha Allah selari dgn redha DAP? Dalam penyebaran kristian evangelis pun diredhainya camana nak dpt redha Allah..?

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
18 Jun 2017 6:48 PTG delete

Macam biasa bila mohd nasir tiada lgi hujah maka dimainkan berkali2 fitnah kpd PAS.. dah dekat berbuka mohd nasir.. doa mintak ampun mustajab ni..

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
18 Jun 2017 6:51 PTG delete

5:45 .. Memang sikap kita berlawanan.. asal ulamak je pasti dibenci sampai presiden pun tak mau dia bg kpd ulamak.. cukup jadi tukang baca doa shj.. bila kristian evangelis berleluasa mudah lah musuh PAS membela si pendakyah evangelis manakala si tukang baca doa diam membisu tanda redha.. astaghfirullah..

Reply
avatar
mohd nasir
AUTHOR
18 Jun 2017 7:08 PTG delete

Sape kat sini yg sokong evangelist? Berenti le buat fitnah! IniSebab utama aku malas nak berhujah dgn lebai wanrosliar ni. Pointless tapi perasan bagus. Sudah2 le hidup dalam prasangka dan andaian. Kes fitnah video matsabu syiah pun tak settle lg. Amacam lebai, boleh settle ke sebelum raya ni?

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
18 Jun 2017 7:57 PTG delete

Video mat sabu dah lama diberi.. so tak usah buang masa melayan isu yg sama.. keh keh

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Jun 2017 11:05 PTG delete

Itu jealah ratib yg walaun mula belajar dgn umngok...dap, dap dan dap... setakat ni walaun2 pas ajak debat mmg penakut, gebang kat blkg jea lebih, tak caya tanya si mamat q7, nik abdoh dan yg sewaktu dgnnya... kikikihhh...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
18 Jun 2017 11:14 PTG delete

Walaun2...kenapa ulamak mcm nik aziz ramai org sanjung, dan tidak kpd ularmak mcm geng2 seangkatan hj hadi? Mestilah ada yg tak kena... tulah aku kata walaun ni jenis malas membaca dan analisa sesuatu isu...kesian walaunn...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
19 Jun 2017 7:16 PG delete

Kami berhujah dgn fakta.. sehinggakan hannah yeoh pun tak berupaya nak berhujah balas.. yg hanya mampu dibuat buat laporan polis dgn harapan dpt menutup mulut Dr Kamarul..

Kalau setakat. Ak berhujah Q7 aku boleh aje bg sebab musabab iaitu sbg pendakwah di seluruh negara dan yg berceramah sana sini pastinya memerlukan kenderaan yg baik utk memudahkan perjalanan.. simple kan.. ibarat kuda yg bagus utk berperang..

Bagaimana pula dgn alasan banglo disney dan beberapa kereta mewah dalam kawasan banglo.. utk berceramah jugak kah..? respeklah masih muda sudah boleh berceramah di sana sini dan berehat di banglo disney..

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
19 Jun 2017 8:05 PG delete

Kalau setakat ramai org sanjung nik aziz mmg aku setuju.. tapi tak 'ramai' orang kpd geng TGHH aku kurang setuju kerana ia hanya melibatkan segelintir org bekas PAS yg tewas.. atau dgn erti kata lain hanya hanya hanya org PAN shj.. ramai mana sangat..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 Jun 2017 10:49 PTG delete

Waahhh...kalau bab geng walaun pas semua ok tiptop...bikin fatwa sendiri utk halalkan tindakan...kuda bagus utk berperang konon...yeedeeiii...jalanlahhh...

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
19 Jun 2017 10:57 PTG delete

Cuba pas buat ceramah kat area selangor ni nak tengok berapa kerat yg hadir...taman melewar pun dah gulap gulita skrg...keluarlah dr perigi buta wahai walaun...

Reply
avatar
An Anonymous
AUTHOR
21 Jun 2017 6:36 PG delete

Wooi bengap.. kau lupa ke ratusan ribu di padang merbok? Kalau nak bodoh pun jgnlah sampai tahap gaban..

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
22 Jun 2017 12:23 PG delete

Di pdg merbok tu bukan demonstrasi...itu bersantai dan berkelah... polis dan umno pun mengalu alukan kedatangan... tak sama mcm himpunan pembgkang... diugut, diancam dan sebagainya... so simpan sikit bodoh tu utk hari2 mendatang yea walaun bengap...

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes