Iklan Penaja 1

Isnin, April 27, 2015

PRK : KEMPEN ANTI GST PANAS!! DI PERMATANG PAUH

Jamu udang kara sebagai protes GST

PERMATANG PAUH - Sebagai tanda membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penduduk Permatang Pauh akan dijamu dengan udang kara (lobster) bakar dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, ia dilakukan kerana makanan orang kaya itu dikecualikan dari GST.

"Makanan orang kaya seperti udang kara tidak dikenakan GST, Sebab itu kita mengambil keputusan mungkin Rabu atau Khamis ini, kita akan adakan BBQ udang kara tanpa GST.

"Lagipun,orang Permatang Pauh jarang makan udang kara kerana ia mahal. Kami akan membawanya ke sini agar mereka dapat makan kerana tiada GST," katanya ketika berucap sebelum melancarkan bilik gerakan besar PR di Simpang Tiga Masjid Kubang Semang, malam semalam.


Turut hadir, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

 Menurutnya, bantahan itu juga sebagai mesej kepada Umno dan BN supaya tidak keterlaluan membebankan rakyat.

"Kita hendak memberi mesej kepada Umno dan BN agar jangan melampau. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah juga minta GST dihapuskan calon BN di Permatang Pauh ingin mempertahankannya," katanya.

sh

2 ulasan:

  1. Takyah la...jamu Lobster...terangkan saje dengan penuh kefahaman untuk rakyat berkenaan GST ini biar betul faham...
    tambah pendapatan sampingan sambil layari Internet Copy paste LINK
    http://WeeklyFixPay.com/?share=1497

    BalasPadam
  2. bile nak buat? aku x pernah makan udang kara...mahal...x cukup duit..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Popular Posts

Senarai Blog...Geng

Blog Pilihan

Senarai Blog @ Bisnes

Iklan C

http://www.gajimasyuk.com/user/toneexcel

Blog Archive