Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 24, 2015

PEMUDA PAS : JANGAN BOIKOT PRK PERMATANG PAUH..

PERMATANG PAUH: MEDAN PROTES RAKYAT, JANGAN BOIKOT

JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK menggesa seluruh jentera mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk membantu gerak kerja pilihanraya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Kami tidak mahu berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya termasuklah boikot daripada mana-mana jentera daripada negeri Perak yang telah diamanahkan bertugas mengikut jadual ditetapkan.

Pemuda PAS Perak berharap semua dapat wala' kepada keputusan Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk kita bertugas di Permatang Pauh.

Harus diingat, PAS mempunyai satu kerusi di dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu Dun Permatang Pasir dan gerak kerja ini adalah salah satu usaha mengekalkan kemenangan PAS Dun itu.
 
Kami tidak mahu mana-mana pihak membuat keputusan dan tindakan melebihi apa yang diputuskan oleh PAS Pusat sebaliknya mengikut sahaja arahan yang telah dikeluarkan.

Dewan Pemuda PAS Perak beranggapan PRK Parlimen Permatang Pauh adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan bantahan serta kemarahan mereka terhadap perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kekecewaan yang sedang dirasai perlu dimanifestasi dalam bentuk undi sebagai isyarat kepada BN agar tidak mudah untuk sewenang-wenangnya menjerut rakyat.

Pengundi di Permatang Pauh adalah wakil kepada seluruh rakyat Malaysia dengan menggunakan kuasa yang ada menolak BN yang gagal mentadbir dengan baik hatta menambahkan lagi derita rakyat khususnya pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kami berpandangan, BN sememangnya takut dengan suara rakyat dan rakyat pula tidak seharusnya takut untuk memberi amaran kepada pemerintah agar lebih menghormati hak serta suara mereka.

Walaupun keputusan di Permatang Pauh nanti tidak memberi kesan dan perubahan struktur kerajaan secara total, namun ianya adalah cerminan kepada imej kepimpinan yang diketuai oleh Najib Razak di mata rakyat.

Undi kepada Pakatan Rakyat juga adalah sebagai solidariti terhadap Anwar Ibrahim yang kini disumbat dalam penjara atas tuduhan yang sangat tidak masuk akal.

Terus Beristiqamah

USTAZ MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR
Pengarah Jabatan Pilihanraya,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

2 ulasan:

  1. biar kepimpinan saja yg turun, kita sama-sama patahkan keegoan angkatan pemuda PKR, kta jadikan Permatang Pauh sebagai Teluk Intan ke2, Kita malukan Mat Sabu dan Mujahid.

    BalasPadam
  2. buatlah apa yang kau suka. Muktamar nanti buat usul keluar PR.Senang kan. Tak siapa larang

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...