Nasihat : Ulama Pas, Tidak salah undi PKR

 Dr Abu Bakar Abdullah

KUALA TERENGGANU - Selagi tiada keputusan dikeluarkan Majlis Syura Ulama dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak salah bagi ahli Pas mengundi calon PKR dalam PRK Parlimen Permatang Pauh.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah, yang meminta semua pihak merujuk kepada kedua-duanya mengenai isu dikeluarkan oleh Ketua Urusan Ulama Pas Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman berhubung fatwa pengharaman mengundi calon menolak hudud.

“Rujuk pada Majlis Syura dan juga presiden. Jangan mendahului kepimpinan. Masing-masing boleh bagi pendapat dan kita tidak boleh menghilangkan orang yang mahu beri pendapat atau pandangan, tetapi sebaik-baik pandangan dan pendapat hendaklah dibuat oleh pihak berautoriti.

“Dari segi asasnya, tahalluf siyasi masih berjalan dan kerjasama politik diteruskan sehingga kini. Setakat ini, tidak timbul perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Dalam laporan Sinar Harian 22 April lalu, Badrul Abdul Rahman memberitahu, hukumnya adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud.

Fatwa dikeluarkan oleh Badrul itu susulan daripada kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan yang mendesak PKR dan pemimpinnya menarik balik semua bantahan dan penghinaan terhadap hudud.

PKR sebelum ini membuat keputusan selari dengan DAP untuk tidak menyokong pelaksanaan hudud di negara ini.

Abu Bakar bagaimanapun berpendapat bahawa kenyataan dikeluarkan Badrul sebagai pandangan peribadi dan memberitahu tidak timbul keraguan di kalangan ahli dan penyokong Pas untuk mengundi calon PKR.

Beliau percaya, ahli Pas sinonim dengan sikap mentaati dan mematuhi arahan kepimpinan dan isu untuk tidak mengundi calon PKR di Permatang Pauh sama sekali tidak timbul.

“Saya berpendapat tidak timbul gangguan seperti ini. Ahli Pas dididik dan ditarbiah oleh kepimpinan,” katanya.

Pada masa sama katanya, Pas sebagai rakan dalam PR akan memberi kerjasama padu bagi memenangkan calon PKR dalam PRK Permatang Pauh, 7 Mei ini.

“Sebagai rakan, kita beri sokongan kepada calon yang memiliki pakatan dalam PR di Permatang Pauh sebagaimana juga di Rompin kerana pakatan turut menyatakan sokongan kepada calon Pas di situ,” katanya.

sh
Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes