Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, April 18, 2015

1MDB KAJIAN : NAJIB PALING DIPERSALAHKAN..PANAS!!


Kebanyakan orang tidak tahu untuk menyalahkan pihak mana dalam isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun, kebanyakan mereka paling banyak menuding jari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Tinjauan pusat penyelidikan bebas Merdeka Center bersama stesen radio BFM, mendapati 52 peratus responden tidak pasti siapa harus dipersalah.




Dalam masa yang sama, enam peratus lagi berkata “tidak tahu”.

Dalam wawancara disiarkan BFM pagi tadi, Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata 18 peratus menyalahkan Najib dan 16 peratus lagi kerajaan pusat.

Lima peratus mempertanggungjawabkan perkara itu kepada pengurusan 1MDB manakala tiga peratus melihat masalah berpunca daripada institusi lain.

Seramai 1,011 pengundi di semenanjung Malaysia terlibat dalam tinjauan yang dijalan dari 12 hingga 27 Mac itu.

Berdasarkan pecahan kaum, ia terdiri daripada 60 peratus Melayu, 31 peratus Cina dan 9 peratus India.

Tinjauan juga mendapati 49 peratus responden berkata tidak yakin sama sekali atau agak kurang yakin dengan cara pengendalian kerajaan terhadap syarikat pelaburan negara itu.

mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...