HOT!!! : ULAMA PAS DESAK SEMAK SEMULA FATWA CUKAI ZALIM GST..

 

Bersediakah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tentang cara perbelanjaan kerajaan berdasarkan kepada Laporan Audit Negara sejak 10 tahun lalu?

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata jika negara berdepan masalah kewangan, apa yang mesti dikaji ialah bagaimana negara berbelanja.

“Selagi kerajaan tidak berbelanja secara berhemah, sampai bila pun negara tidak akan memiliki hasil dan pendapatan mencukupi walaupun cukai dikutip bernilai berbilion ringgit," katanya dalam satu kenyataan.



Mohd Khairuddin mengulas kenyataan majlis fatwa mengenai hukum harus untuk kerajaan mengutip cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak awal April lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, GST sebenarnya bertentangan dengan Islam kerana cukai tidak dikenakan kepada orang miskin atau tidak berkemampuan.

“Sekali lagi saya memohon untuk fatwa tersebut (berkenaan GST) kembali disemak dengan lebih cermat,” katanya

mk

Previous
Next Post »

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes