Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, April 10, 2015

HOT!! : BUKTI KERAJAAN NAJIB LEMAH..

 rafizi ramli

KUALA LUMPUR - Lebihan bayaran kepada penerima skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM3.34 juta bukan sahaja ditebus dua kali bahkan didakwa kerana berlakunya ketirisan dalam proses pemilihan.

Ahli Parlimen (PKR-Pandan), Rafizi Ramli mendakwa ketirisan itu boleh dikesan dengan lebih banyak lagi sekiranya Jabatan Audit Negara boleh mengaudit kelayakan kesemua 7.9 juta penerima bantuan tersebut sejak diperkenalkan pada 2012.

"Saya rasa tuntutan bertindih itu lebih besar daripada yang dilaporkan Jabatan Audit Negara kerana agensi kerajaan itu selalunya berdasarkan kepada sample yang dipilih.

"Sebab itu saya minta supaya Jabatan Audit Negara bukan sahaja melihat kepada pembayaran berganda tetapi juga melihat kepada proses pemilihan yang dibuat untuk BR1M itu bagi memastikan sebarang bantuan sampai kepada orang yang betul-betul miskin," katanya kepada Sinar Online di lobi bangunan Parlimen, di sini, semalam.


Beliau berkata demikian mengulas Laporan Ketua Audit Negara pada Isnin yang mendedahkan bahawa terdapat penerima BR1M menebus baucar mereka lebih daripada sekali.

Menurut itu, sekurang-kurangnya 6,577 orang menebus dua kali bantuan BR1M daripada 2012 hingga awal 2014, melibatkan wang kerajaan RM3.34 juta.

Mengulas lanjut, Rafizi juga berkata jika kerajaan masih gagal menyelesaikan masalah ketirisan dana awam tersebut, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak relevan lagi kerana perbelanjaan kerajaan semakin melebar disebabkan kelemahan itu.

"Kalau masalah-masalah ketirisan seperti BR1M ini dan perbelanjaan lain tidak dapat diselesaikan dengan lebih baik, saya yakin kita tidak perlu membayar GST.

"Adalah mustahil boleh menutup keperluan perbelanjaan yang semakin besar setiap tahun kerana punca bertambahnya perbelanjaan itu adalah tiris," katanya lagi.

sh

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...