GST ISU UTAMA PRK PERMATANG PAUH..

 Datuk Saifuddin Nasution Ismail

BUKIT MERTAJAM - Jentera PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh 7 Mei ini, akan terus menumpukan isu Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST), kata Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Datuk Saifuddin Nasution.

Beliau berkata keputusan itu diambil berdasarkan maklum balas dari 28 Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) PKR bahawa masyarakat Permatang Pauh lebih mengutamakan isu sistem pencukaian itu berbanding isu lain.

"Penerangan jentera kita tentang isu GST dan kesengsaraan akibat GST ini adalah isu yang paling teratas sekali menerima penerimaan dan sambutan yang baik dari rakyat.

"Contoh, dengan gerakkan jentera kami dari rumah ke rumah, pasar, tempat- tempat berhimpun penduduk, dengan menyebarkan risalah seperti ini, kami dapati petunjuk yang sangat terang dan jelas bagaimana rakyat begitu resah sekali akibat pelaksanaan GST," katanya pada sidang media harian PKR PRK Permatang Pauh, di bangunan Yayasan Aman, di sini hari ini.


Turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, MP Bayan Baru Sim Tze Tzin, MP Bukit Mertajam Steven Sim, Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin dan Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh.

Sementara itu, Izzah memohon Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara agar memberi kelonggaran kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengundi pada  PRK tersebut.

Beliau berkata ini sejajar dengan saranan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai 2013, bahawa kementerian sedang mengkaji mekanisme yang sesuai membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Saya sambut baik saranan Menteri Dalam Negeri dan mencadangkan agar PRK Permatang Pauh dijadikan projek perintis dengan membenarkan Anwar, yang kami tegaskan sebagai tahanan politik, mengundi pada 7 Mei nanti," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) PRK Permatang Pauh, ketika itu dilaporkan sebagai berkata, antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang diperuntukkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan banduan mengundi.
"Jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih dari tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan," kata Ahmad Zahid, ketika itu.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fokus BN yang menjurus ke arah isu pembangunan, Dr Afif berkata perbezaan pembangunan di tiga Dun di bawah Parlimen Permatang Pauh, iaitu Dun Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir dan Dun Penanti adalah berdasarkan tiga faktor iaitu bandar, separuh bandar dan kampung.

"Tentang pembangunan di Permatang Pauh, ini satu isu yang saya ingat sama sekali bukan isu kerana kawasan Permatang Pauh mewakili kawasan bandar, separuh bandar dan kampung-kampung.
"Kemudahan kerajaan negeri memang berpusat di Seberang Jaya dan kita ada banyak kemudahan seperti dewan komuniti, bahkan pelancaran pengumuman calon PKR diadakan di Dewan Seberang Prai Arena yang baru dibina kerajaan negeri," katanya.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Ketua Umum PKR itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Pada PRK kali ini, PKR melalui calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dicabar oleh calon BN Suhaimi Sabudin; anggota Parti Rakyat Malaysia Azman Shah Othman serta calon Bebas Salleh Ishak.
SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK Permatang Pauh pada 7 Mei.

sh
Previous
Next Post »

1 ulasan:

Write ulasan
Tanpa Nama
AUTHOR
26 April 2015 9:15 PTG delete

"Penerangan jentera kita tentang isu GST dan kesengsaraan akibat GST ini adalah isu yang paling teratas sekali menerima penerimaan dan sambutan yang baik dari rakyat. "

- ISU GST adalah MASAALAH UTAMA RAKYAT MALAYSIA mutakhir ini !

Reply
avatar

Komenlah dan berhujahlah dengan baik... EmoticonEmoticon

Senarai Blog...Geng

Iklan Penaja

Blog Pilihan

iklan penaja.

dana-100-all

Senarai Blog @ Bisnes