Sabtu, September 21, 2013

Terbaik!!!! PKR tubuh pusat latihan REFORMASI


PKR tubuh pusat latihan REFORMASI
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan pusat latihan parti tersebut yang dinamakan Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat (REFORMASI).

REFORMASI menawarkan latihan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dengan misi untuk membawa golongan tersebut "beranjak daripada toleransi kepada penghargaan dan penghayatan sebuah Malaysia yang majmuk kaum, budaya dan kepercayaannya".

Pusat latihan yang terletak di Puchong itu antara lain menawarkan bengkel Neuro-Linguistic Programming (NLP), kemahiran berunding berkesan untuk pemimpin politik serta siri kursus negara dan diri dalam rangka kursus pembangunan diri.

Tokoh korporat Datuk Seri Dr Edmund Santhara bertindak sebagai pengarah eksekutif REFORMASI sementara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertindak sebagai pengarah.

Pusat latihan itu mula beroperasi secara rasmi esok dengan kursus melatih jurulatih dengan topik khusus 'Tahaluf Siyasi'.

Kursus esok akan dibimbing oleh seorang pendidik Nigeria, Sheikh Nuruddin Lemu.

Orang ramai yang berminat untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan boleh mengunjungi www.reformasi.com.

Malaysiakin

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng